Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 18, 2009

perancangan perbelanjaan


belum bukak lagi inbox, aku dah tersenyum.
syukur alhamdulillah.
RM3,500 masuk dalam akaun.
SMS kedua masuk.
RM360 keluar dari akaun.
aku tak pelik, sebab mesti ni kerja Bendahari UKM.
takpe, asalkan yuranku setel.

masih ada sekitar RM3,100.
perancangan?
pasti aku ada.
segan aku nak kongsi di blog.
tapi suka aku untuk berkongsi.
harap yang baik dari plan aku boleh dimanfaatkan bersama.
tapi anggaran bajet aku tidak tepat.
dan janganlah ada yang cucuk2 aku.

matlamat: duit bertahan sehingga disember 2010.

peruntukan 2010 (PTPTN terakhirku):
1. yuran UKM: RM1000
2. motorsikal: RM50 x 12 bulan = RM600
3. kebajikan: RM500
4. modal niaga: RM400
5. buku: RM20 x 12 bulan = RM240
jumlah: RM2,740

lebihan (kecemasan) = RM360

kaedah:
yang aku tulis dalam peruntukan aku akan keluarkan mengikut nilai.
dan kebetulan aku ada 4 akaun bank.
jadi, setiap bank, aku sudah spesifikkan.
contoh,
BIMB = akaun keluar masuk
Maybank = kebajikan
CIMB = buku
yang untuk motorsikal aku tunaikan.
dan sediakan sampul mengikut bulan siap2.
jadi, bila dah sampai bulan januari, aku ambil sampul tu je.
andailah aku terdesak, aku akan guna duit kebajikan.

modal niaga?
hehe, aku kan peniaga kopi radix dan barangan HPA.
jadi perlu ada modal, supaya aku tak ganggu duit lain.
oh lupa, aku jual majalah solusi juga.

jadi, aku mengharapkan duitku cukup sampai disember 2010.
meskipun aku akan grad bulan ogos tahun ni.
tapi kita tak tahu apa akan berlaku nanti.
jadi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

[semoga kita semua dirahmati Allah]
koleksi facebook ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Sabtu, Mei 30, 2009

barang jualan vs penjual

"isu ni mungkin ada sestengah tak setuju, tapi ni pandangan aku saja"

barang jualan adalah barang yang kita nak beli.
selalu di pasar, kedai, pasaraya, pasti ada barang yang kita nak beli.
semua benda kita nak beli perlu duit.
lainlah masa dulukala.
tukar2 barang mengikut keperluan.
tapi zaman moden ni, bukan ikut keperluan dah.
malah, yang tak perlu pun, kita rasa perlu dibeli.
kan?
nilah semangat konsumerisme.
aka membazir atau mengikut hawa nafsu.

hari tu aku pergi pasar malam.
hampir setiap hari di bangi ada pasar malam.
aku dah muak pergi pasar malam.
mungkin sebab tiap2 minggu pergi pasar malam. hehe.
isnin: (tak ingat)
selasa: seksyen 16 (shell) (area rumah aku masa sekolah rendah)
rabu: seksyen 4 (area rumah aku waktu form 2)
khamis: seksyen 7 (area rumah aku)
jumaat: seksyen 4
sabtu: seksyen 16
ahad: (tak ingat)
bila nak pergi pasar, biasalah makanan jadi barang jualan yang dibeli.

cari punya cari buah epal fuji.
aku di seksyen 4.
penjual pertama, budak muda.
penjual kedua, pakai rantai perak
penjual ketiga, pakai rantai emas
penjual keempat, hisap rokok.
aku tak tahu nak beli kat sapa.
kalau aku nak beli epal fuji yang segar, aku beli kat penjual 4.
tapi, dia hisap rokok.
taknak aku sumbang duit aku kat dia.
ke2 dan ke3 pakai rantai pulak.
alamak hai..
tengok pun aku tak gemar nak beli.
patah balik ke penjual 1, hmm, budak muda ni tak hisap rokok dan tak pakai rantai.
tapi buah tak segar sangat la..
barang jualan vs penjual?
mana patut aku utamakan?

orang kata kita kena sokong produk malaysia.
ok.. goood.
aku memang sokong.
orang kata kita kena sokong ekonomi orang melayu.
ok.. gooood. but not really..
seramai mana orang melayu yang reti senyum?
seramai mana orang melayu yang layan pelanggan dengan baik?
sakit hati lagi kita nak membeli.

prinsip aku kalau nak membeli -
1. tengok dulu barang jualan yang kita nak beli.
kalau barang jualan tu, takde orang muslim yang hasilkan, memang nak taknak kena beli jugak.
contoh: tv, radio, komputer

tapi kalau ada orang muslim yang hasilkan, aku akan utamakan buatan orang muslim.
contoh: colgate dan halagel. pasti aku beli ubat gigi buatan muslim.

2. tengok mutu barang jualan
kalau barang jualan tu muslim punya, tapi ada banyak pilihan, aku pilih yang mutu baik.
contoh: ubat gigi. ada muslim, halagel, HPA dsb. aku pilih HPA, sebab dia ada kandungan herba. terpulang pada pandangan mutu masing2.

3. tengok personaliti penjual
kalau penjual muslim tak menutup aurat, aku takkan beli.
contoh: di pasar malam, nak beli laksa. ada 3 penjual muslim. ada yang tutup penuh, ada yang seksi. pasti aku beli yang tutup penuh. orang kata nak berkat makanan tu. dan kita yakin duit yang kita bayar tu dapat diguna oleh orang yang menjaga islam.

kalau penjual tu tak reti senyum/tak peramah, memang aku takhingin nak beli.
contoh: muka masam dan peramah. ingat makanan ko sedap sangat ke? hehe.. itu suara hati. lagi2 cashier pasaraya. tak reti nak senyum ke? mahal sangat ke? buang masam ko tu.. tembak !! aku nak duit aku tu gembira dengan orang yang peramah.

kalau penjual tu hisap rokok. jangan mimpi aku nak beli.
contoh: depan kita dia hisap rokok. oo... pastilah dia guna duit aku untuk beli rokok.. sori...

kalau penjual tu kaki ngorat. lagilah aku tak hingin beli.
contoh: kalau nak tarik pelanggan bukan dengan mengorat bang.. lagipun aku laki.

itu prinsip aku bila nak membeli.
bukan kita nak bias atau nak diskriminasi. tidak kawan2.
tapi aku nak bagi pengajaran kat diorang ni.
buanglah sifat yang buruk jika nak maju.
jagalah aurat dan akhlak.

pernah kawan aku, roZ.
dia kalau pergi mcD dulu la, kalau cashier tak reti senyum.
mula2 dia order untuk makan.
tapi bila dia tak senyum dan ramah, dia suruh bungkus.
memang nampak jahat, tapi ramahlah sikit.
tahulah ramai pelanggan, penat ke nak senyum?

kalau cara aku pulak.
bila terpaksa beli jugak, aku akan ucap terima kasih kuat2 supaya dia dengar.
terima kasih sebab layan aku tanpa senyuman.
dan nak beri peringatan kat dia, yang ko ni tak reti nak ucap terima kasih ke?

[jangan takbur dengan hasil keuntungan kita, ucaplah alhamdulillah dan layanlah pelanggan kita sebaiknya]

Rabu, Mei 27, 2009

solusi 8

"ingatlah! mati itu datang tiba2"

maaf, ini iklan sahaja.
aku nak promosi majalah fadu ain keluaran telaga biru.
sangat menarik dan amat bermanfaat jika dibaca.
tak rugi beli meskipun harga mahal.
kulit dan isi sangat menarik untuk dilihat dan dipeluk.
itulah majalah solusi.
insyaallah setiap keluaran aku akan promosi.
sebab aku yang menjual.
so, sesiapa yang nak beli sms aku.
kalau duduk di luar ukm, aku akan pos.
insyaallah.
sebab sebaran dia tak meluas lagi.
tapi kalau anda nak beli sendiri, pergilah ke kedai buku muslim.
insyaallah ada.
harga rm9 je.

[ayahku keje situ, so, senang nak dapat majalah ni - sms 0122517488]

Rabu, Mac 11, 2009

nak beli majalah solusi?

"tak sempat nak update blog"

semalam aku beli majalah solusi.
ni kali ke tiga aku beli.
dan ini kali ke tiga jugak aku tolong belikan untuk kengkawan yang susah nak keluar beli.
dalam UKM takde jual.
kena keluar kat kedai buku.
jadi, ada sesapa nak beli??
harga rm9. murah je..
kalau nak dibanding isinya dan nilai majalah ni, memang berbaloi.
korang beli, korang akan rasa puas gile (ini apa yang aku rasa la.)

setaip page dimanfaatkan.
colourfull.. penulis pun hebat2..
ustzh norbahyah, ust zahzan, ust pahrol juoi dll..
majalah macam majlah i dan alislam.
tapi dia banyak kepada fardu ain. mesra pembaca..
tak rugi beli. kalau tak caye. aku boleh bagi tengok dulu.

[ni nombo aku.. sms 0122517488]

Khamis, Disember 18, 2008

senyumlah sikit, baru untung

tersebutlah alkisah...
di mana2 kedai melayu.... (tak semua tau.. kadang cina india pun sama)
buka kedai lambat gile..
tutup awal...
masuk kedai, suram, masam je...
keluar kedai sumpah seranah....

cuba bayangkan, cth nasi lemak, da tau 
orang suka beli.. kenapa la tak buka awal2 pagi?? orang menunggu je.. lama2 orang jemu nak beli kat dia.. takde disiplin masa...ingat nasi lemak dia sedap?? memang sedap pun.. tapi plz, jangan belagak...

cuba bayangkan, tetiba nak beli barangan yang agak penting... datang2 kedai, eh da tutup?? cuti ke?? kat kedai tulis kul 9 malam tutup... aduh... membazir minyak aku je pegi kedai tu... kenapa la !!

cuba bayangkan, masuk je kedai, dengan muka masam peniaga, main henpon.. senyum pun tidak..

banyak lagi situasi macam ni...
kita sebenarnya tak boleh salahkan dia sebab dia melayu atau spesis dia... tapi kita mungkin boleh salahkan sikap dia.. omputih panggil attitude.
ini masalah individu... macam amerika tuduh islam ni pengganas... eh bukan semua pengganas.. 
cuba lagi kita fikir... kenapa diorang ada sikap camtu??
kebanyakan faktor mungkin datang dari cara didikan, atau cara pergaulan dia dengan rakan..
islam da ajar cara berniaga... melayu pun ajar adab2 berbudi bahasa...
kadang ramai yang tak menghayatinya...
ramai ibubapa tak kisah semua tu..
ramai kawan2 tak sedar semua tu..
masing2 tak pandai mementingkan budi bahasa...

jadi rakan2ku sekalian.. kalo anda da kawin ada anak...
tekankan pada mereka ttg budi bahasa... 
ajarkan islam yang sebenar.. jangan ambik dasar sahaja.
bertaqwalah pada allah..
bagi peniaga, dan bakal peniaga.. JANGAN FIKIR DUIT JE. tak kemana duit tu...
kalo ada akhlak dan budi bahasa, insyaallah ramai lagi orang datang,...
disiplin itu amat penting.. think about it..
thanks...

Rabu, Februari 06, 2008

terjebak dengan DCHL

assalamualikum...
mesti korang nak tau DCHL tu apa kan??
dia macam networking business...
ayah aku la ajak ni... aku bukak jela..
hari tu aku pegi stadium putra bukit jalil dengan ijat...
ada rally recognition..
kira macam pemberian pangkat marquis dan duke bagi ahli DCHL yang telah berjaya..
menarik gak.. kita hanya keluar modal sikit dan berusaha..
dah banyak yang berjaya.. dan dapat pendapatan yang agak menarik..
insyaallah ia adalah perniagaan yang halal dan dijamin..
siti nurhaliza dan DCHL berganding bahu dalam membantu yayasan nurjiwa (macam tabung kebajikan)..

ada cabutan bertuah tapi sayang.. nombor tak kena.. almaklumla.. 10,000 orang datang..
tapi yang aku tak tahan dengan majlis ni, terlalu lama... 5 jam.. panas punggung aku !!!
korang boleh cek DCHL melalui laman web ni www.dchl.com.my