Ahad, Januari 15, 2017

Set Bilik Tidur

"bilik macam kapal pecah, tak tahu nak buat macamana?"

Dalam bilik aku, pelbagai buku ada, sejak dari tahun 1995 sampai 2016. Umi kata buang jelah, lagipun takde sapa nak pakai dah.

Hmm.. aku tunduk akur. Sayang rasanya. Kalau aku ada bilik lagi satu ataupun rumah sendiri, memang aku khususkan untuk buku lama aku ni.

Aku bukannya apa, aku akan jadi insaf bila tengok tulisan aku masa kecil. Bagaimana aku belajar dan berubah. Terkenang balik guru yang mengajarku.

Tapi masa mencemburui aku. Aku akan bertukar status bulan 3 ni, nak taknak kena jugak buang mana yang tak penting.
Lagi lagi sempena raya cina, banyak promosi perabot. Perabot dalam bilik dah lebih 10 tahun, asyik berpindah, dari rumah lain, dari bilik umi, dari rumah orang, orang bagi.

Hari ni aku berjalan ke pkns, ada rm1599 set bilik tidur: katil, almari, meja solek, meja kecil. Tilam lain harga.
Berjalan di seri bangi, Ada rm1299 sama juga set dia, cuma almari dia macam lagi besar.

Nak pilih tilam ni lagi satu masalah. Vono atau biasa je. Yang biasa paling murah rm550. Vono paling murah rm1500. Hmm... Tilam vono memang bagus untuk tulang belakang. Tapi fikir balik, adakah bagus untuk aku bangun pagi? Atau lena sokmo...

Jadi... Aku pun buat keputusan. Kalau boleh satu rumah nak tukar. Harap sangat dapat but full cabinet di dapur dan stor. Banyak sangat ruang atas yang boleh dimanfaatkan. Kalau pandai cara, stor boleh jadi bilik ketiga untuk tetamu.

Moga Allah buka jalan rezeki. Insyaallah.

Sabtu, Januari 14, 2017

Karnival kewangan

"Sudah 6 bulan terbelenggu, 6 bulan lagi"

Pagi tadi umi beritahu aku ada karnival kewangan di PWTC yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bila dengar BNM, aku teringat CCRIS dan PTPTN. Memang sejak akhir-akhir ni, risau sangat pasal kewangan diri. PTPTN pernah 'blacklist' nama aku dalam CCRIS. Gara-gara aku tangguh bayaran sebab sambung belajar sarjana sebelum ni.

Aku sudah buat penangguhan bayaran PTPTN tahun 2011, 6 bulan selepas tamat ijazah sarjana muda. Namun, tahun 2016, PTPTN kuatkuasakan semua tunggakan akan disenaraihitamkan dalam CCRIS.

Apakah CCRIS? Google lah...

Haha... Yang pasti, aku tak boleh buat sebarang pinjaman bank. Saat kritikal ini aku perlukan duit tambahan untuk bantu kewangan kedai Abuya aku dan urusan lain.

Bukan rezeki aku untuk jalan ni, Insyaallah ada jalan lain.

Berbalik pada karnival ni, masuk dewan Tun Abdul Razak 1 ni, banyaklah promosi takaful, insuran, kad kredit dll. Ada jugak cabutan bertuah. Kena dapatkan hampir 20 cop daripada setiap pempamer (booth). Hmmm.. leceh sangatlah. Aku fokus kat BNM untuk semak CCRIS, PTPTN untuk cek adakah aku lewat bayar, sebab kalau lewat bayar sebulan pun kena masuk balik CCRIS. Cek juga CTOS.

Kesimpulannya, aku kena bersabar selama 6 bulan lagi... 😅 Moga Allah buka jalan rezeki.

Sabtu, Januari 07, 2017

10 tahun berlalu

Assalamualaikum sahabat-sahabatku!

10 tahun telah berlalu aku bersama blogspot. Aku bermula pada tahun 2006 selepas tamat SPM, kalau tak salah aku masa tu aku berkerja di Silvernet, kedai cybercafe di Seksyen 15. Kerja yang pertama aku ceburi. Masa yang ada aku manfaatkan dengan menulis blog. Zaman kemuncak penulisan ku semasa tahun 2009, pelbagai coretan telah aku hasilkan dengan bentuk pemikiran yang berbeza-beza. Namun, ia berubah apabila ada Facebook, aku mula meminggirkan blogspot, sehinggalah tahun lepas. Aku lihat hanya 2 pos sahaja ada pada tahun 2016. Ah, sayangnya! masa telah berlalu, tetapi tiada titipan sejarah untuk aku kenang. Aku pun sudah jarang menulis di Facebook, hanya sempat berkongsi titipan orang lain.

Tahun 2017, hidupku akan berubah. Usiaku hampir mencecah 29 tahun. Pasti aku akan membuat pembaharuan. Orang kata islah diri!

InsyaAllah!