Isnin, April 14, 2014

Terima kasih SEE Nature

Terima kasih semua dalam menjayakan Kempen Kesedaran Alam SEE Nature Program dalam menyampaikan minat sains dan kesedaran alam kepada pelajar SK Kuala Gula, SJKC Yuk Hwa dan SJKT Ladang Gula. saya dan Huda Afiqah Hashim memohon maaf andai kami selalu memberi tekanan kepada anda semua.
1. Semoga apa yang anda perolehi dalam fasa pemerhatian, penghayatan dan pendidikan alam ini akan mampu memupuk diri kita lebih dekat kepada Sang Maha Pencipta.
2. Semoga kalian memanfaatkan ilmu biologi ini. "read and search a lot!"
3. Semoga kemahiran kompetensi generik anda terus meningkat! "be creative and unique!"
4. Semoga berjaya dalam akademik. "keep the momentum of the spirit Seeking the knowledge, Embrace your field study, Educate yourself and others to achieve a great students." nasihat untuk diri saya yang lemah.
Terima kasih, saya banyak belajar dari kalian.


Rabu, April 09, 2014

SEE Nature 2014 Kuala Gula hari keempat

Alhamdulillah hari keempat bermulanya fasa penghayatan untuk peserta SEE Nature Program. Mereka telah melalui detik yang sangat mengujakan apabila mereka menjalankan pemerhatian/ kajian mini dengan inisiatif sendiri. mereka telah merancang gerak kerja untuk menaiki bot dan bas ke lokasi pensampelan dan pemerhatian. bermula jam 9-12 tengah hari dan 5-7 petang. sesi malam mereka berbincang kembali sesama kumpulan modul untuk analisis data.

jam 2-4 petang, mereka telah diberi tugasan aktiviti bersama masyarakat, setiap hari lain tugasannya. hari keempat mereka dikehendaki keliling kampung untuk berkenalan dan menawarkan khidmat membersihkan rumah. ada yang belajar buat kraftangan dari majalah terpakai dan ada juga buat kraftangan dari kulit kerang. kumpulan lain, ada yang membantu seorang makcik ini untuk mengopek kulit kerang untuk dijual, ada juga yang membersihkan warung dan masjid attaufiqiah. dan yang paling menyentuh hati, apabila ada sekumpulan peserta yang membantu membersihkan dapur dan melipat kain bagi keluarga yang mempunyai 5 anak OKU (lumpuh kaki).

hari ini masuk hari kelima. apakah tugasan mereka seterusnya?.... bersambung.










SEE Nature 2014 hari ketiga

Alhamdulillah hari ketiga telah berlalu. Menemani peserta SEE Nature Program ke
1. Pusat Konservatori Burung di PERHILITAN / Kuala Gula Bird Sanctuary - melihat pameran yang menarik dan taklimat tentang tugas PERHILITAN dan KGBS yang disampaikan oleh En. Suhaimi.
2. Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Bakau Matang - mendengar taklimat daripada Renjer Cik Baizura, melawat sekitar HPL, melawat pameran, melawat kilang penghasilan kayu arang oleh Encik Chua dan penyemaian anak benih bakau oleh Pak Abu.

Petangnya, kami diberi pengisian oleh Pengerusi Sahabat Hutan Bakau iaitu En. Azhar/Zakaria, tentang pengalaman SHB dalam bersama komuniti kampung untuk menjaga alam sekitar. Para peserta juga diajar cara penghasilan kraftangan kerang daripada Pn. Sa'diah, penghasilan bakul kertas daripada Pn. Sarimah dan penghasilan produk makanan daripada pokok daripada Pn. Puji. bersama dengan masyarakat sangat menyeronokkan.

Sesi malam, fasa penghayatan telah bermula. para peserta telah dibahagikan kepada 3 kumpulan modul iaitu, hutan, burung, serangga dengan bilangan 7,8,7 orang. Peserta merancang sendiri strategi gerakan kumpulan untuk mendapatkan data pemerhatian sebelum dianalisiskan. semoga mereka berjaya!












Isnin, April 07, 2014

SEE Nature Kuala Gula Hari Kedua

Alhamdulillah hari kedua berjalan dengan lancar. Semua peserta SEE Nature Program kelihatan kepenatan setelah hari pertama 5 perkongsian, dan hari kedua ada lagi 2 perkongsian iaitu tentang mamalia di hutan paya bakau (di sini panggil hutan paya laut) oleh Pn. Nadia dan fauna yang pelik, menakutkan dan unik (awkward, bizarre, cryptic) oleh Dr. Faszly.

mereka juga diajar kaedah penggunaan kamera kompak untuk merakam detik-detik menarik dalam pemerhatian alam. misalnya, bagaimana untuk menggunakan kamera untuk menangkap gambar/video tabiat ikan belacak saling berkejaran antara satu sama lain. mereka juga dilatih untuk bertanya pada diri, kenapa dan mengapa.

Petang semalam, mereka belajar bagaimana hendak membuat baucar spesimen tumbuhan untuk disimpan lama untuk rujukan masa depan. En Ruzi telah memberikan input dan kaedah untuk mengutip spesimen pokok yang baik (daun, bunga dan buah).

diteruskan lagi dengan pengembaraan bersama dengan En. Zakaria/Azhar (pengerusi Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula), En. Wahab dan Pn. Puji. mereka ini penduduk kampung di sini dan telah pergi kursus untuk menjadi pemandu pelancong. Maka pelbagai input sosio-ekonomi masyarakat di kuala gula yang diperolehi. selain itu juga, mereka menceritakan tentang perbezaan pokok-pokok di sini seperti jenis akar, buah dan lain-lain. Menyelusuri sungai kuala gula sambil memerhatikan pemancing-pemancing di sini khusyuk memasang joran, burung terbang berkicauan, deruan ombak dan sapuan angin sangat mengujakan para peserta.

Malam, para peserta berpeluang menaiki bot di Jeti Kampung Dew untuk memerhatikan kelip-kelip. kelip-kelip merupakan Order Coleoptera (Kumbang). meskipun hujan hanya sempat menyelusuri separuh sungai, namun, ini suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan. InshaAllah.

Sabtu, April 05, 2014

SEE Nature Kuala Gula 2014 hari pertama

Alhamdulillah, hari ini membantu adik-adik SEE Nature Program dalam mendapat pengisian bermanfaat daripada:
1. Dr. Farah tentang pemerhatian burung
2. Dr. Choong tentang Odonata, cakcibor, sesibu atau pepatung.
3. Dr.Izfa tentang Coleoptera atau kumbang
4. Dr. Salmah tentang Hymenoptera, semut atau lebah.
5. Dr. Wan tentang Hutan Paya Bakau.

selama 5 jam perkongsian, alhamdulillah adik-adik segar dan ceria dalam menuntut ilmu. meskipun ini bukan bidang akademik mereka.
mereka juga belajar mengecam burung di Bund Chu Kau dengan menggunakan binokular. selain itu mereka diajar kaedah menggunakan jaring sapuan (sweep net). tengok macam diorang tak minat, tapi bila dilepaskan untuk menangkap serangga, mereka sangat teruja. hampir semua jenis order dapat ditangkap dan diambil gambar.

Alhamdulillah pengenalan dalam fasa pemerhatian (Seeking phase) tercapai!. lagi 2 hari untuk fasa ini dan lepas tu ke fasa penghayatan (Embracing phase).

p/s: peserta juga telah diberi amanah untuk mengurus sendiri pengurusan seperti, jamuan, teknikal, media dan lain2. semoga mereka berjaya. penat tetap ada.