Alhamdulillah. selesai majlis akad nikah Syahrir Amirul, anak murid aku tahun lepas di Surau An-nur, Sunway Kayangan, Shah Alam. sesampainya aku di sini, rasa tenang je kawasan ni, jauh dari hiruk pikuk jalanraya, tapi surau ni macam kenal. hmm...
dan bahagian kedua klik >> sini.
ye, betul lah, surau ini jadi tempat penggambaran beliau. hehe.. dia ni minta aku upload video di Youtube. video tentang bagaimana beliau menghafaz Quran atas permintaan kawan-kawannya di Facebook.
Beliau adalah seorang guru di Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah (MTS) tahun 2012 dan aku mengenali beliau melalui adik kepada kawan aku yang merupakan guru di MTS ini juga. Mulai mengajar beliau Ogos 2012 sehingga SPM tahun 2013. Calon persendirian bagi 10 subjek, memang telah memberikan kekuatan untuk beliau terus gigih dan tidak menyerah kalah. From zero to hero, insyaAllah, meskipun keputusan SPM belum keluar lagi, aku yakin dan tetap mendoakan beliau mampu berjaya dalam SPM dan hidupnya. Berkat Al-Quran di dadanya, mungkin mempercepatkan kefahaman dalam subjek sains dan matematik setelah hampir lima tahun tidak mempelajarinya.
dua minggu sebelum majlis ini, aku sempat bertemu dengannya. alhamdulillah dia nampak lega sikit setelah tamat SPM dan kelihatan beliau sangat berdebar menanti hari beliau bakal bergelar suami. seminggu berlalu, dia tetap menghubungiku untuk memastikan aku hadir majlisnya. semakin hari berlalu, entah kenapa rasa berdebar hati aku ini menanti hari esok. bukannya aku yang nak bernikah. hehe...
aku pergi dengan cikgu fizik dan kimia beliau, Shafiq Zakariah. Shafiq ini junior aku semasa di sekolah menengah dulu. kami terus bergerak ke rumah Amirul di Kuala Lumpur, tiba tepat jam 10 pagi, alhamdulillah aku sampai tepat pada masanya untuk rombongan pengantin lelaki bergerak. tetapi seram sejuk aku tengok semua rombongan lelaki ni, kereta besar-besar, aku viva putih (kereta sewa sebab kereta viva hitam aku masuk bengkel). ada lebih kurang 10 kereta besar dan aku menempel di antara rombongan ni. masuk highway Sprint, masing-masing pakai SmartTag, aku sorang guna lorong TouchnGo. selamatlah lorong SmartTag macam perlahan je, sempat lah aku ekori mereka. kadangkala, mereka laju sungguh bawa kereta. dengan kereta sewa ku, aku merempit laju... takut terlewat sebab tak tahu jalan. nanti menyusahkan orang pula.
video akad nikah.
Alhamdulillah. tak tahu aku nak gambarkan perasaan ini. dia peluk aku erat. sempat aku menasihatkan dan doakan beliau untuk menjadi suami yang soleh. kelihatan beliau sangat gembira dan bersalam-salaman dengan ahli keluarga yang hadir. Aku dan Shafiq lepas makan tengah hari tunggu azan Zohor. Amirul sudah balik ke rumah isteri dia bersama ibu dan adik-beradiknya. aku tak sempat nak bergambar dengan dia. hehe..takpelah. taknak ganggu pasangan sejoli ini. InsyaAllah lain kali jumpa dia lagi. Baru perasan dalam beg aku ada hadiah untuk beliau, aduh, lupa nak beri. Solat zohor berkumandang, iqamah, dan terlihat imam solat ini ayah mertua Amirul, aku sempat jumpa ayah mertuanya. Aku memperkenalkan diri dan beritahu beliau aku ini cikgu Amirul untuk SPM, baik sungguh bapanya, siap peluk aku erat dan buat aku terharu. dah lama tak rasa suasana islami dalam usrah seperti dulu. aku serahkan hadiah dan aku berangkat pulang bersama Shafiq.
setelah menghantar Shafiq, aku balik seorang diri ke rumah, tetiba hati rasa sayu. aku dah anggap dia macam adik sendiri meskipun baru mengenali beliau setahun setengah. Alhamdulillah selesai majlis akad nikah beliau. bak kata jurunikah tadi dalam khutbahnya, "maka menangislah syaitan dan iblis kerana kita telah menikahkan pasangan ini..........." aku tak ingat ayat selanjutnya, tetapi seolah-olah, terpeliharalah dua pasangan ini daripada godaan syaitan daripada perbuatan zina dan maksiat. tinggal aku di sini yang masih belum bernikah. insyaAllah akan ku terus berdoa seperti dalam surah Ghafir 40: ayat 60 yang bermaksud:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku. akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
Amin...

tahun 2012, kami ke MAHA di MAEPS Mardi. |

sebelum akad nikah |

Shafiq dan Amirul |

mak Amirul berniqab dan isteri beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan