inilah pengalamanku dalam proses menghantar tesis sarjana di UKM. banyak prosedur yang perlu dipatuhi, agak rumit tapi ia akan memudahkan kita.
saya tak cerita pengalaman menulis tesis, itu lagi panjang lebar cabaran dan dugaannya, cukuplah hari ini. Pada bulan November 2013, aku nekad untuk berhenti kerja sebagai Pembantu Penyelidik kepada Prof. Madya Dr. Wan Juliana Wan Ahmad dan menolak tawaran bekerja di Institute Medical Research di KL.
Ini atas desakan keluarga dan diri sendiri yang melihat aku tiada progres menyiapkan tesis apabila bekerja. Langkah pertama di awal November 2013 aku telah menyiapkan abstrak untuk memenuhi prasyarat menghantar notis 3 bulan. di bawah ada gambarnya.
|
aku hanya sediakan bil 1, 2, 6 (sijil dan prosiding) dan 7 (segala penerbitan termasuk jurnal prosiding aku hantar sekali) |
|
ini borangnya. kena hantar sebelum 3 bulan kita siap tesis. macam aku aku dah terlewat. sebab aku target nak hantar sebelum Februari (jadi baru 2 bulan). aku nanti kena bayar denda RM30 sebab hantar awal. |
|
lepas isi muka depan, muka belakang dia dapatkan tandatangan penyelia /co, ketua pusat dan terus hantar ke Pusat Siswazah FST. tak perlu jumpa Dekan. mereka yang akan uruskan. |
kalau ikut borang ni, dia cakap akan hantar surat kepada kita 2 minggu kan? tapi aku tunggu sebulan lebih, baru dapat surat. hehe.. lama sikit dan korang kena tanya kat pusat siswazah, "saya dah hantar borang hantar notis bulan lepas, tapi tak dapat surat lagi la, bagaimana ye?"
kat bawah ini contoh abstrak aku. 3 kali aku betulkan. leceh betul. nak tahu sebab apa? tajuk kena bentuk piramid terbalik tau!dan abstrak ni kena ada cop penyelia. bahasa melayu dan bahasa inggeris.
|
hehe... tak boleh la tunjuk penuh. |
lepas hantar borang ni, bulan November dan Disember, aku ke hulu ke hilir mencari tempat mood yang best untuk menulis tesis. akhirnya, dekat bilik sendiri juga aku pulun habis tulis tesis. memang 5 hari sebelum 30 Disember aku pulun 22 jam sehari untuk siapkan. yang paling lama adalah gaya UKM. sehari aku habis masa kat situ je + rujukan. pening-pening. tengoklah bersepahnya bilik aku.
p/s: maksud aku pulun 5 hari tuh, bukan baru nak buat semua. aku sebelum ni dah buat sikit2, kadang-kadang aku tulis idea je dulu. baru siap 60% dari bab 1-bab 5 masa tu. tetapi 5 hari ni aku pulun untuk semak perenggan ke perenggan dan gali balik jurnal aku yang dah download, cuba cantum dan sambung idea diorang dengan kajian aku.
|
kalau dah dapat semangat tulis tesis, jangan lengahkan, terus buat. tolak segala ajakan, facebook dan SMS. |
|
lagi satu kat tempat laluan aku kat bilik, macam suis lampu, aku letak nota besar2. kena rajin buat tesis. so, kita akan nampak selalu. jadi doa.. |
|
aku telah berjaya siapkan dan hantar kepada penyelia aku untuk semakan. |
Aku minta jasa baik Prof. Madya Dr. Noraini Talip, penyelia aku untuk semak aku punya tesis. Beliau semak hampir tiga minggu, aku dah risau sebab tarikh tamat hantar tesis ialah 3 Februari 2014 (lagi 14 hari), tapi aku faham beliau sibuk dan aku hantar lewat pada beliau, jadi jangan paksa. berdoa dan terus berdoa. Alhamdulillah beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada aku. dengan segera aku edit dan perbaiki tesis aku dan print.
Ingatkan boleh hantar terus, aku pergi Pusat Siswazah dia kata kena isi borang lagi. borang penyerahan tesis. warna biru. kena isi dan dapatkan tandatangan penyelia, ketua pusat dan kena buat semakan gaya UKM dulu dengan pusat siswazah.
|
aku terus buat. 24 Januari 2014. |
|
mujur ketua pusat ada pada hari yang sama. dan aku terus hantar ke pusat siswazah dan satu copy tesis untuk disemak gaya UKM. aku dapat semula semakan tesis aku pada 27 Januari. sekarang aku kena bayar yuran dan baru boleh hantar 6 buku tesis. |
|
dengan segera, aku pinjam duit mak aku sebab tak de duit bulan ni. huhu.. pergi bank islam, cakap nak bayar untuk yuran peperiksaan master. pastu tunjuk resit ni kat bendahari UKM. |
|
pastikan tunjuk kat bendahari resit bank islam tadi dan dapatkan cop bendahari. |
|
inilah cop bendahari! |
lepas tu baru aku cetak 6 salinan tesis (sepatutnya tujuh, tapi aku takde co supervisor). hanya dua je yang berwarna yang lain hitam putih je.
|
pastikan dua yang berwarna iaitu untuk pemeriksa dalam dan pemeriksa luar |
|
keseluruhannya ada 6 salinan. aku print satu salinan di rumah. pakai canon MP287, dakwat dia RM130 + pergi fotostat kat luar RM57. huhu.... |
|
dalam borang biru ini pastikan dah dapat tandatangan penyelia kita sebelum hantar pada beliau. |
|
akhirnya pastikan dapat cop daripada pusat siswazah FST UKM. |
|
alhamdulillah, kira sekarang aku perlu siapkan diri untuk Viva. |
moga kalian berjaya menghantar tesis juga!!