"dalam setiap pertemuan yang menggembirakan, bersamalah menjaga batas bersuka ria"
semalam, aku bersama dengan Emir dan Syazwan ke rumah Regine untuk jamuan sebelum Eid Adha. Regine atau nama muslim adalah Maryam, seorang pekerja di UKM dan berasal dari Filipina. Beliau memeluk Islam pada September tahun lepas. Beliau mengajak kami, rakan fasilitator semasa program ASEAN Youth Volunteer Programme (AYVP) yang telah berlangsung di UKM pada Ogos sehingga September 2013 yang lalu.
Antara yang turut hadir ialah Ticher Ina, Ain (fasilitator bagi kawasan Kuala Selangor), Atiqah (fasilitator bagi kawasan Setiu), Liyana (fasilitator bagi kawasan Mersing) dan Atiqah (fasilitator bagi kawasan Kg Dew ). Oleh kerana fasilitator lelaki yang lain sudah pulang ke kampung halaman, aku mengajak Syazwan (junior aku di UKM) dan Emir (adik muridku) untuk menemaniku.
Sesi bermula dengan masak-masak, kami yang lelaki tak tolong apa-apa. Rasa segan juga dengan mereka yang bertungkus-lumus memasak nasi ayam. Sempat berbual dengan Regine dan meminta nasihatnya tentang alam pekerjaan yang bakal ku tempuhi November ini. ternyata alam pekerjaan bukan seseronok alam belajar. Ia melibatkan komitmen dan keterikatan dengan wang. Apabila kita dibayar gaji, kita hendaklah melakukan dengan sepenuh jiwa setimpal dengan gaji yang diberikan, jika tidak kita dianggap curi tulang atau tak berkat wang gaji bulanan.
Regine minta aku membaca surah untuk memberkati majlis. Emir seorang hafiz (hafaz quran), beliau sukarela untuk membacakan surah Yusuf. Alhamdulillah rasa sejuk hati mendengar bacaan beliau, sungguh beruntung bakal isteri beliau. Aku akan berusaha untuk menghafaz Quran seperti beliau. Niat kena betul, bukan kerana isteri tetapi kerana Allah. Lebih jelas, supaya aku dapat sentiasa memperingat diri untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah.
Emir terpaksa pulang atas urusan lain, Kak Asmaa' datang beberapa minit selepas itu. Kak Asmaa' seorang yang kakak yang sangat baik dan banyak membantu kami fasilitator semasa program AYVP. Meskipun baru kenal dalam 2 bulan, tetapi rasa macam kami dah macam adik-beradik. Namun, beliau sudah berhenti kerja petang tadi atas urusan tertentu. Jadi di kesempatan malam ini, kami buat sedikit jamuan untuk beliau. Menu sangat banyak, ada nasi ayam (makanan melayu), roti canai, roti telur, roti sardin, roti tisu (makanan india), puding roti, makanan filipina, aiskrim, kek, buah, bebola, tomyam.
Sesi jamuan kami banyak bertanya khabar sesama kami setelah hampir sebulan tak jumpa. Alhamdulillah, berkongsi pelbagai cerita dan gelagat setiap orang pada malam itu, sedikit sebanyak menghidupkan suasana malam itu. Jamuan ini juga untuk meraikan Eid Adha bersama Regine yang akan beraya seorang diri di Malaysia pada 15 Oktober 2013. Alhamdulillah pertemuan ini sangat menggembirakan, kami tetap menjaga batas bersuka ria. Moga Allah berkati usaha semua yang hadir pada malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan