Ahad, Oktober 20, 2013

Hidup ni lebih dari periksa

"terbaik status daripada Zainal Lutfi"

Best jadi cikgu tusyen:

Hanya dengan mengajar,
Baru aku makin sedar,
Punyalah dunia aku dulu tak besar,
Sekadar cita-cita A bertebar.

Hari-hari tercanguk dalam kelas,
Mengadap soalan atas kertas,
Menghafal, menghafal sampai buntut keras,
Padahal konsep ilmu pun tak jelas.

Bila mengajar, timbul kasihan,
Pada budak- budak yang terkurung dek peperiksaan,
Apa faedah menghafal jawapan?
Kalau konsep mudah pun tak boleh telan.

Sesekali rasa nak bercerita,
Hidup ni lebih dari periksa,
Dunia luar banyak jalannya,Tak semesti semua orang sama.

Cuma nasihat kecil berani ku tuju,
Dari sekarang, pilih jalan hidupmu,
Kalau nati bila dah jumpa,
 Pergilah kejar tanpa jemu.

(Nak bagi kat anak-anak tusyen yang umur dah 16-17 tahun. Umur ni patutnya dah boleh fikir dan buat macam-macam.)

1 ulasan:

Mohamad Ezuan Bin Mohd Saad berkata...

hidup ini lebih daripada periksa... cungkil hikmah yang berdetik seiring dengan masa.. insyaallah hidup ini lebih bermakna.. bukan sekadar periksa :)

Syukran akhi.. satu peringatan yang bermakna untuk tatapan semua..