selama 7 hari berlalu, ini hari kelima aku berada di sini. setiap pagi bermula jam 8 pagi sehingga jam 10.30 pagi. fish fillet menjadi menu sarapanku dan segelas air panas hanya RM1.80, jimat dan mengenyangkan. aku akan pastikan aku membawa sachet kopi Radix untuk dicampurkan dengan segelas air panas. duduk di meja bulat kaca di sisi tiang dengan plug di bawah meja itu.
iringan muzik santai inggeris, klasik indonesia dan klasik malaysia dan setiap Jumaat zikir dan nasyid akan didendangkan. sambil duduk menghadap lukisan tangan pemilik kedai. tiada tempat seperti ini setakat ini, tempat makan dan tempat buat kerja yang menyenangkan hati. layanan pekerja yang baik dan khidmat yang memuaskan hati aku.
terus ku membuka laptop, dua jam setengah aku manfaat untuk menulis diari harian, menulis tesis, dan membuat kerja pembantu penyelidik. alhamdulillah, Allah memudahkan aku dengan memberikan idea dan ilham. tiada apa yang lebih menyenangkan hati apabila kita dapat semangat belajar!
semangat belajar banyak dipengaruhi persekitaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan