there's something in my heart, I wish to achieve something this Ramadhan. starting from today (15 days before Ramadhan).
aku mulakan dengan mendengar kuliah yang baik, tanyalah ustaz Tv9 oleh Ustaz Roslan UM. beliau kata, terdapat banyak hadis dhaif dan maudhu', jadi berhati-hati, jangan mudah menyebar maklumat dan info palsu. apa yang aku baru tahu, buku amalan bertukar dalam Lailatul Qadr bukan Nisfu Syaban. tiada amalan khusus untuk Nisfu Syaaban, tetapi tiada masalah kalau nak perbanyakkan amal ibadat di malam hari ini, sebab Allah akan mengampunkan dosa kita.
tiada apa yang perlu dikalutkan, tidak perlu bertelagah pasal kelebihan Nisfu Syaaban, amalkan apa yang kita yakin dengan amal ibadat kepada Allah dan persediaan untuk menempuh Ramadhan. yelah, kita nak masuk Ramadhan, perlulah ada stamina, ada momentum ibadah yang baik.
Maksud momentum ibadah tu maksudnya, kalau kita cadang bulan Ramadhan ini nak banyakkan baca quran dan ibadah sunat, kita kena mulakan dengan sebelum Ramadhan lagi. jadikan ia rutin harian agar ia mudah untuk kita laksanakan. momentum yang kuat akan menghasilkan hasil yang besar! jadi lagi rajin dan bertungkus-lumus kita usaha untuk buat dan amal benda baik sebelum Ramadhan, pasti bila Ramadhan kita akan teruja untuk buat lebih banyak. momentum yang besar!
4 pagi
aku insan biasa, mungkin lebih teruk dari anda. aku sedang usahakan set jam 4 pagi setiap hari, dengan hasrat bangun pagi sendiri, tak perlu menanti umi tercinta kejut. selagi aku tak berjaya, aku masih belum berjaya disiplin diri. set jam loceng 4 pagi.
aku terbayang jika setiap 4 pagi aku bangun, mandi, solat sunat dan baca quran, aku akan ada masa yang berkualiti untuk membaca jurnal dan tesis, sahur bersama keluarga dan solat jemaah bersama keluarga.
berat badan
ringan berat badan. itu sesuatu yang menjadi target aku sebelum Ramadhan, setiap hari aku akan bersenam untuk pastikan kalori terbakar dan lemak-lemak aku ditukar menjadi tenaga. supaya aku lebih segar dan bertenaga dalam ibadat. kurangkan makan nasi dan elak makan malam. banyakkan minum air.
aku terbayang jika berat badan dapat diturun 15 kg dalam masa 15 hari ini, aku akan dapat tubuh badan normal yang sihat. aku ringan untuk solat terawih 20 rakaat + 3 witir di masjid hasanah. di samping itu, bila terbiasa malam tak makan, nanti harap masa berbuka nanti aku tak banyak makan dan berjimat. sekaligus, manfaat kepada badan untuk melakukan ibadah.
baca quran
aku cuba sedaya upaya untuk membaca dan amalkan surah lazim setiap pagi dan maghrib. misalnya pagi yasin dan 10 ayat terakhir Kahfi manakala, petang Rahman, Waqiah dan Mulk. memang benar, istiqamah ni payah. susah nak konsisten. pasti ada hari aku terlepas amalan ni. Matsurat juga kadang terlupa. tilawah pun baru surah An'am. kena rajin baca Quran. bila kita selalu baca Quran, nanti misi untuk hafaz pun jadi senang.
aku terbayang jika Quran menjadi muzik di telingaku untuk aku berehat dan tidur. tiada muzik lain akan mengganggu. pasang niat yang baik, kita cuba istiqamah meskipun payah. Allah akan bantu kita.
menjelang 15 hari lagi, masih banyak yang aku perlu persiapkan diri.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk pulun habis Ramadhan ini.