Selasa, Oktober 30, 2012

kadang rasa nak minta tolong...

"... tapi tak tahu nak minta tolong kat siapa"

ye aku yakin, Allah lah tempat sebaik-baik mengadu. mengadu kepada manusia kadangkala tak tercapai apa yang kita harapkan. bercerita dengan manusia mungkin sahaja akan dikhianati, mungkin sahaja akan dihampakan.

tetapi setiap manusia. pasti perlukan seseorang untuk diluahkan. begitu juga pentingnya seorang atau lebih sahabat yang baik bersama kita. sahabat yang baik ini akan sentiasa menjaga dan menasihati kita. namun, kalau diri sendiri pun masih tak punya sahabat untuk dikongsi bersama? ...

ada kawan cakap ".. sebab tu kena cari seseorang akan sentiasa bersama kita". dengan erti kata lain seorang  isteri. ye.... benar. tetapi aku tutup kehendak beristeri ini dulu. menghormati nasihat ibu bapaku dan soal calon aku serahkan kepada Allah. (kadangkala bila kita kata serah kepada Allah untuk pilihkan untuk kita, tapi kadang diri ni rasa hina sangat. muka tak malu). kita tak pernah nak serah jiwa raga untuk Allah. hmm...

menjadi seorang pemimpin itu seronok, sebab kita dapat mengasah bakat. tapi jika asyik-asyik kita sahaja yang terasah bakat, anak buah macam mana? nampak sangat bakat seorang pemimpin, bukan sekadar buat mesyuarat, suruh buat ini dan itu kepada anak buah. tetapi seorang pemimpin tugasnya adalah untuk menjadi guru (coach) yang akan membentuk dan memandu anak buah nilai berdikari, mampu fikir sendiri, berkerjasama dalam satu kumpulan dan memainkan peranan masing-masing. pernah terpukau dengan kata-kata "seorang yang ingin menjadi pemimpin yang cemerlang, dia akan dengan kehendak sendiri akan menawarkan diri (tanpa perlu dipaksa-paksa). dia yakin akan kemampuan diri dan akan cuba berusaha perbaiki diri." aku rasa aku hanya syok sendiri. semua orang nak join program, best.. best.. best!! tapi persediaannya bukannya mudah... perlulah pengorbanan, pergi sana sini, beli barang, kertas kerja, promosi. hal sibuk urusan belajar, ada assignment, ada labwork, ada tesis.... "haah, saya seorang saja yang free. takpe biar saya buat semua". penat lah kawan. apa guna team kalau tak dapat teamwork. bila sorang buat semua kerja, yang lain cuma sikit-sikit, mana adilnya dalam sekumpulan. "kita segan nak bebankan orang lain. dia tak minta, takkan kita nak paksa." kita offer diri untuk buat semua tu, ingatkan ada yang nak bantu, tetapi hanya diam membatu.. lega...

letak jawatan tengah jalan. kalau manusia boleh letak jawatan tengah jalan, ohai! bestnya jadi manusia sahaja. taknak lah jawatan khalifah ni.

kadang rasa nak minta tolong.... tapi bila semua asyik melarikan diri, siapa lagi aku nak berkongsi?
kepada blog yang usang ni, dengan pengunjungnya yang aku tak kenal siapa...

rindu suasana usrah. hakikat hati meronta untuk sertai dan aktif kembali. tetapi tiada siapa yang bertanya dan ambil tahu. ada yang label futur, ada yang masih mengharap, ada yang malas layan. hakikat aku rindu....terutama rindu usrah bersama seorang naqib di baituna. selepas itu mencari tetapi... tiada sepertinya.

terbang seperti burung bebas kadangkala semakin kita terbang tinggi, kita lihat di bawah kita pasti merindui tanah juga.

mengadu pada manusia. persepsi tetap persepsi. anda sudah baca, anda boleh tahu hati ini sedang meminta pertolongan sesama manusia.

p/s: merindui seorang sahabat jauh di mata, dekat di hati....


... tetapi dia tak tahu hati ini merinduinya. moga doaku sampai untukmu di sana.

Isnin, Oktober 22, 2012

33 Pesan Nabi

"buku biasa tetapi sangat menarik cara penyampaiannya"

aku sejak dua tahun kebelakangan ini, sangat tertarik dengan buku yang menggunakan karikatur dalam tujuan dakwah. lebih-lebih lagi yang menjadikan sebagai komik dakwah.









Buku 33 pesan nabi boleh didapati di booth Pembina Pesta Konvokesyen UKM ke 40 18-23 Oktober 2012.

Rabu, Oktober 17, 2012

erti syukur

seringkali kita terlupa untuk bersyukur. mungkin ada sahaja yang mengucapkan alhamdulillah setiap masa namun, apakah kita merasakan erti syukur itu? syukur itu bagaimana rasanya?


teringat ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

  1. sihat sebelum sakit
  2. muda sebelum tua
  3. kaya sebelum miskin
  4. lapang sebelum sempit
  5. hidup sebelum mati

sungguh mendalam maksud setiap satu. selalunya pabila kita sihat, kita seringkali lupa untuk bersyukur atas kuniaan sihat itu. apabila sakit termasuklah demam atau selsema sehari dua pun, kita dah rasa mengeluh dan penat dengan dugaan ini. sebab itu Allah uji kita adakah kita masih ingat Allah dalam setiap perkara dan setiap keadaan kita.

Allah itu tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia. pasti ada sebab dan hikmah untuk kita ambil pelajaran.
Syukur kepadaMu, Allah.

Isnin, Oktober 15, 2012

reflect on the past!


muhasabah diri dan rombakan secara besar-besaran perlu buat diriku setelah hampir masuk ke suku abad. Ini adalah ucapan terawal daripada Abg Nizal Mohammad memberi peringatan dan sokongan buat diriku untuk merenung kembali dan mengatur hidup dengan lebih rapi dan terperinci untuk menghadapi sisa usia di dunia ini. moga Allah berkati kita semua. InsyaAllah tiada apa yang istimewa dengan ulangtahun ini melainkan ingatan dan doa daripada sekalian sahabat dan anda.

  1. lepas - merenung kembali masa yang lalu 
  2. semasa - bersyukur dengan usia yang Allah berikan
  3. akan datang - merancang masa hadapan 


Ahad, Oktober 14, 2012

trans-form-ation

"tugas mendengar adalah berat tetapi penting"

pengalaman berharga telah aku perolehi dalam kursus transformasi kepimpinan eko-relawan. kursus yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan & Alam Sekitar (LESTARI) UKM telah disertai 25 orang termasuk aku (bersama dua lagi pimpinan Kelab Rakan Taman), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perhutanan dan pelajar UKM. Kursus bermula 13 Oktober sehingga 14 Oktober 2012 berlangsung di Kolej Keris Mas UKM.



berikut adalah sedikit ilmu yang diperoleh daripada Dr. Shaker Mustafa:

  1. transformasi. apakah beza in-form-ation dan trans-form-ation
  2. jangan label orang (dont judge people), "orang lain tak tahu, kita sahaja yang serba tahu"
  3. beza data dan pengetahuan.
  4. you not telling about me, but you are telling about yourself.
  5. bahasa menunjukkan identiti kita dan pemikiran kita.
  6. mendengar adalah tugas paling berat
  7. kita sama sebab itu kita berbeza
  8. melihat botol daripada pelbagai perspektif
  9. 4 classes of thought forms capture the world complexity
  10. kalau putus silaturrahim, putus rezeki.
  11. ada limitasi dalam minda kita akan sesuatu.
  12. the power of absence.
  13. kena hormati apa yang orang lain cakap
  14. fokus penyelesaian, the solutions focus. SIMPLE
  15. solution building vs problem solving
  16. action plan



apa yang tertulis di atas sangat bererti. bukan sekadar untuk organisasi eko-relawan tetapi juga penerapan dalam kehidupan seharianku jua. akan dikongsikan kepada kalian sedikit demi sedikit. InsyaAllah.



Isnin, Oktober 08, 2012

turun naik iman

[terkesan dengan nasihat seorang akhi]


turun naik iman itu sentiasa terjadi. sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan dosa. ye! itu bukan alasan untuk menjadikan diri kita lemah dan terus lemah. kita bukan selemah ini, bila memikirkan dosa kita akan rasa sangat putus asa. seolah-olah kita tak layak masuk ke syurga. tidak! Allah itu pengampun dan penyayang. Allah sayang kita, kita pun kena sayang Allah. jom taubat dan berazam untuk kembali berubah sangat perlu setiap hari. muhasabah diri bersama.

Sabtu, Oktober 06, 2012

is it painful?

"apa perasaan anda apabila baca status di bawah ini?"


terkejut aku baca status seorang kawan di Facebook. bagi aku seorang guru (ustazah) ini tidak berlapik dalam pengajarannya. sangat terbuka kepada murid sekolah rendah. aku terbayang pada masa akan datang, perkara seks ini akan menjadi perkara biasa dan umum. 

atau adakah aku tergolong dalam cikgu tua yang tertutup dan sangat sensitif? tak pandai dalam menjawab isu ini. memang payah seorang cikgu agama (ustazah) untuk mendepani anak muda zaman kini. apatah lagi bab pembiakan dalam pelajaran sains dan biologi.

aku rasa cikgu lelaki agak terbuka berbanding cikgu perempuan dan pelajar lelaki agak bersemangat dalam hal-hal begini. bagaimana jika ada subjek pendidikan seks di sekolah? hmm... aku tak dapat nak fikir bagaimana hendak mengajar bab sebegini.

apabila baca semula status ni, aku rasa (jika aku ustazah ini) aku akan sentuh tentang tanggungjawab setelah baligh. sentuh tentang dosa dan pahala. mungkin sesi ini akan jadi panjang tetapi kita kena terangkan pada mereka bahawa menjadi baligh (keluar air mani) bukan untuk keseronokan semata-mata. ia sangatlah berkait rapat dengan dosa pahala. daripada situ, segala dosa pahala ini akan ditimbang dan menentukan kita masuk ke syurga atau neraka. tempat kita yang kekal abadi. 

semoga Allah berkati kita dan jauhkan kita dari belenggu dosa. semoga kita terlepas juga dari kesilapan dalam mendidik seseorang. 

p/s: aku takut murid ini akan fikir keseronokan semata-mata. lama-lama akan ketagih dan terjebak dalam dosa. semoga murid ini mendapat perlindungan Allah.