aku melihat Malaysia belum sampai kepada berdadahkan artis.
aku telah menyalahgunakan bahasa Melayu.
apakah benar penggunaan 'berdadahkan artis'?
berdadahkan artis.
seperti yang telah berlaku di Barat.
artis menjadi sangat signifikan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
sehinggakan artis adalah idola yang patut dicontohi.
dicontohi daripada segi pakaiannya, penampilannya, cara cakapnya dan lain2.
sehinggakan artis seperti seorang insan yang sempurna.
digilai, dipujai, dan disemat rapi dalam benak sanubari.
dadah.
sinonim dengan musuh utama dunia.
dadah bermula dengan ketagihan.
ketagihan yang diperoleh secara suka atau paksa.
ada yang teraniaya dan ada yang sukarela.
ada yang dengki dan mendadahkan orang lain yang suci.
akhirnya sesuci orang itu berubah menjadi mayat hidup.
berdadahkan artis.
seorang pelawak ditangkap kerana dadah.
pelakon terkenal ditangkap kerana dadah juga.
penyanyi hebat ditangkap kerana dadah.
ini situasi yang berlaku kepada artis Malaysia.
berdadahkan artis.
aku tidak mahu menuduh mereka benar2 terlibat.
sebab aku bukanlah sahabat baik mereka yang sentiasa bersamanya.
hakikatnya, seperti ada yang mendengki mereka.
merasakan mereka adalah golongan terkenal di mata masyarakat.
mereka menjadi tumpuan jembalang dadah untuk mendadahkan artis ini.
mengapa mereka?
entah...
bagiku mereka mahu masyarakat .....
berdadahkan artis.
dan
mengartiskan dadah.
apabila artis terkenal banyak terkait dengan dadah.
ia akan menjadikan dadah ini suatu yang terkenal.
dan perlu dicuba. sebab artis itu mencuba.
penangan dadah dek jembalang dadah yang dengki dengan artis yang suci.
menjebakkan virus2 dadah kepada masyarakat.
agar berartiskan dadah setelah berdadahkan artis.
p/s: inilah pandanganku yang serba kurang. Allah lebih mengetahui. yang pasti, jauhilah dadah. haram di sisi Islam. haram tu tempatnya di api neraka jika tidak bertaubat kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan