Khamis, Februari 11, 2010

hati ini kian sakit


"pos ini aku berkongsi rasa ketika aku dalam umbang-ambingan. dan aku menzahirkan dalam bentuk persoalan dan pemikiran. kesedaran ini untuk ku dan terpulang untuk mu. hati itu daripada sudut fizikal, aku umpamakan sebagai jantung. hati itu daripada sudut emosi, aku umpamakan sebagai perasaan. hati itu daripada sudut rohani, aku umpamakan sebagai iman/qalb. terpulang pada kalian untuk menterjemahkan."

hati ini kian sakit.
sakit daripada pelbagai segi.
sakit fizikalnya.
sakit emosinya.
sakit rohaninya.
sakit yang ada ubatnya.
tetapi enggan dicubanya.

hati ini kian sakit.
sakit fizikalnya.
badan serba-serbi tidak berfungsi baik.
terasa kadang ia berdegup kencang.
terasa kadang ia berdegup perlahan.
kadang badan sihat.
kadang badan sakit.
hati tidak mampu lagi mengawal seluruh badan.
ia seakan-akan lemah.
hati tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan.
hati tidak mampu meransang metabolisme dalam badan.
akhirnya, hati ini menjadi lemah.
sekaligus, badan terus lemah dan lemah.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit emosinya.
perasaan ini sekejap baik, sekejap angin.
hati ini tidak tenteram.
hati ini resah gelisah.
hati ini tidak mampu mengawal emosi.
terus menerus menjunam dan meninggi.
melihat keadaan sekeliling yang pelbagai ragam.
meruntun hati terus tidak keruan.
hati bertambah emosi.
melihat sekeliling dengan penuh emosi.
akhirnya, hati kacau bilau.
sekaligus, pemikiran menjadi haru biru.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit rohaninya.
hati ini semakin lemah ingin ingat kepada Yang Mencipta.
hati ini sayu.
hati ini penat.
penat dengan kesakitan fizikal dan emosinya.
melemahkan rasa ingin beramal dan beribadah.
terus menerus hati ini meracau.
meracau mencari sesuatu yang hilang.
entah ke mana ia menghilang.
semakin jauh jauh dan jauh daripada hati ini.
akhirnya, hati ini lupa.
sekaligus, lupa akan Penciptanya.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit bila fizikal dan emosi menguasai diri.
rohani itu menjadi sampingan sahaja.
apabila sakit fizikal, maka sakitlah hati.
apabila sakit emosi, maka sakitlah hati.
apabila sakit fizikal dan emosi, sakitlah rohani.
apabila sakitnya rohani, maka lupalah akan Pencipta.
kerana rohani menjadi tempat ketiga di hati kita.

hati ini yang pertama, rohani.
hati ini yang kedua, emosi.
hati ini yang ketiga, fizikal.
yang pertama adalah juara dan perisai.
apabila perisai itu rapuh, rapuhlah yang kedua dan ketiga.
maka, hancurlah hati.

hati ini kian sakit.
kini aku temui ubatnya.
ubatnya, meletakkan rohani itu pertama di hati.
rohani itu juara dan perisai untuk hati.
apabila perisai ini kuat dan teguh,
akhirnya, pasti yang kedua dan ketiga tiada masalah.
sekaligus, hatiku bertambah sihat dan tenang.
apakah pengakhirannya kelak?
cubalah dulu, baru tahu....

-www.arrabe.blogspot.com-
[rohani itu adalah amal ibadah kepada Allah dan ingatan kita kepadaNYA.]

1 ulasan:

Unknown berkata...

insyaallah, perubahan itu perlu dilakukan sekarang!