Rabu, Februari 24, 2010

Cinta+kasih+sayang : perlukah dibuktikan? Perlukah diluahkan?


kadang2, terasa dalam hati ini terasa, betapa seronoknya ada kawan2 yangs aling menasihati antara satu sama lain. meskipun kawan2 itu aku tak kenali, tapi mereka terus menerus memberi nasihat. ukhuwah itu bak cubit peha kanan terasa peha kiri. kalau dahulu, orang nak mencari ilmu, sanggup berjalan kaki beribu2 kilometer untuk belajar. kini, hanya satu klik pun dah dapat ilmu. yup, ilmu itu perlu disampaikan. meskipun dalam pelbagai bentuk, bentuk emosi, diari, formal, karangan dan sebagainya. kini, aku dinasihati oleh seorang teman yang ku tak kenal daripada ctiey.sarifah@gmail.com.

Cinta+kasih+sayang : perlukah dibuktikan? Perlukah diluahkan?


Puji-pujian tertinggi hanya untuk allah pemilik diriku. Pemilik cintaku. Pemilik jiwa-jiwa insan sekaliannya. Dia agung. Dia yang paling berhak dicintai. Tiada setanding dengan-Nya.

Selawat salam penuh kerinduan buat Kekasih-Nya, muhammad rasulullah SAW. Keluarga baginda. Para sahabat. Serta salam jihad buat sekalian mujahid Fi sabilillah.^^

kasih terpendam di hati jika tidak diluahkan dan tidak dibuktikan ia akan membengkak. Menyakitkan. Menyeksakan. Bahkan boleh membunuh. Maka, seharusnya kasih sayang dan cinta itu dibuktikan!!

Namun, bukan sewenang-wenang. . Islam ada undang-undang. Allah telah beri panduan sejelas-jelasnya melalui Al-quran. Kekasih-Nya juga ada menitipkan ‘pesan-pesan’ agar menjadi pedoman dan landasan buat kita umat akhir zaman. Supaya kita tidak bertindak ikut Nafsu dan otak semata. “Pakai dalil”.

Pembuktian cinta dan kasih sayang. Pelbagai cara. Mengikut keperluan. Ada peraturannya. Antara cara membuktikan cinta dan kasih sayang adalah dengan meluahkan perasaan. Dengan niat agar orang yang kita sayang itu mengetahui akan perasaan sayang kita terhadapnya. Selain itu, kasih sayang dapat dibuktikan dengan perbuatan dan tingkah laku.

Lihat pula siapa yang kita sayangi. Paling berhak dicintai dan disayangi adalah allah SWT. Kemudian rasulullah SAW. Kemudian ibu ayah. Kemudian sanak saudara dan ahli keluarga. Kemudian Guru-Guru. Kemudian sahabat Handai, saudara seagama.

Buktikanlah cinta kita kepada allah SWT. Dengan luahan kasih kepada-Nya. Tangisan merindui-Nya. Ketundukan mentaati-Nya. Memuliakan-Nya. Mengagungkan-Nya. Mengesakan-Nya. Segala perintah-Nya dilaksanakan penuh taat, larangan-Nya juga dijauhi.
Dalam Shahih Al-Bukhari diriwayatkan, Umar bin Khathab radhiallahu anhu berkata kepada Nabi shallallahu alaihi wasalam : "Sesungguhnya engkau wahai Rasulullah, adalah orang yang paling aku cintai daripada segala sesuatu selain diriku sendiri." Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, 'Tidak, demi Dzat yang jiwaku ada di tangannya, sehingga aku lebih engkau cintai dari dirimu sendiri'. Maka Umar berkata kepada beliau, 'Sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.' Maka Nabi shallallahu alaihi wasalam bersabda, Sekarang (telah sempurna kecintaanmu (imanmu) padaku) wahai Umar."


Buktikanlah cinta kita kepada rasulullah SAW. Selawat keatas baginda. Mengamalkan sunnah baginda. Mengenal sahabat-sahabat baginda. Mengenal ahli keluarga baginda. Tahu sirah dan perjuangan baginda. Mencontohi akhlak baginda. Menjauhi apa yang baginda tidak lakukan..berkeinginan untuk bertemu Baginda (“,)

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” (Surah Al-Isra’ ayat 23)


Buktikanlah cinta kita kepada ibu bapa. Luahkan Rasa sayang kepada ibu bapa. Luahkan Rasa rindu tika berjauhan. Bertutur dengan bicara sopan dan lemah lembut. Mentaati ibu bapa selagi tidak melampaui batas syara’. Memeluk mereka ketika ingin berpergian dan baru pulang dari berpergian. Menjaga ibu bapa semasa Tua. Tidak membelakangi mereka dalam apa keadaan sekalipun. Mendokan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka di Dunia dan akhirat.

Buktikanlah cinta kita kepada sanak saudara dan keluarga. Adik beradik. Pak cik Mak cik. Datuk nenek moyang. Luahkanlah perasaan sayang Pada mereka. Doakan mereka dengan Doa yang baik2. Menziarahi mereka. Lemah lembut terhadap mereka. Memaafkan kesalahan mereka. Bermuamalah secara baik dengan mereka (“,)

buktikan cinta kepada guru-Guru kita. Pensyarah. Ustaz ustazah. Mendoakan kesejahteraan para murabbi. Menziarah mereka tika ada kelapangan. Belajar bersungguh-sungguh. Berakhlak baik. Mengamalkan ilmu yang diajarka oleh mereka. Kerana itulah yang selalu diharapkan oleh seorang guru. (“,)

itulah pembuktian kasih sayang Yang kena Pada tempatnya. Yang tidak melanggar syariat islam.

Pada satu sudut yang Lain. Apabila mempunyai perasaan sayang antara dua insan yang berlainan jantina, Yang tiada ikatan. Minat dalam diam. Suka dalam diam. Sayang dalam diam. Cinta dalam diam. Adakah perasaan ini juga perlu di buktikan..?

Ya. Buktikan kepada allah. Bahawa kamu cintai Dia kerana allah SWT. Luahkan perasaan sayang kamu kepada allah SWT.

“aku sayang Pada Si fulan bin fulan kerana-Mu Ya allah, berilah kesejahteraan kepadanya. Peliharalah dia dari kemurkaan-Mu. Pimpinlah dia agar sentiasa berada pada landasan dan petunjuk-Mu. Sesungguhnya dia milik-Mu. Aku tidak berhak meluahkan perasaan sayangku kepadanya.” (contoh)

Doa Yang baik untuk orang yang kita sayangi, adalah sebaik-baik pembuktian kasih sayang kita. Tidak perlu meluahkan perasaan. Tidak perlu duduk berdua-duan. Tidak perlu mengundang kemarahan tuhan.

Jangan luahkan Pada ‘Si Dia’..
Bahaya dan membahayakan.
Pembuktian kasih sayang kepada ‘ajnabi’ memberi peluang kepada syaitan untuk menyesatkan anak-anak Adam. Membuka pintu-pintu kelalaian kepada si Teruna dan dara. Menanam bibit-bibit cinta yang bakal kecundang di dunia dan akhirat. Membawa hati insan lupa akan tuhan.

Pembuktian pertama meluahkan perasaan. Sama-sama cinta. Pembuktian kedua. Menzahirkan Cinta. Tahap ini yang paling dahsyat jika manusia buta menilai kasih sayang. Maruah tergadai. Harga diri terlalu murah. Rela memberi Apa sahaja. Kerana ingin membuktikan cinta.

Pembuktian kasih sayang yang sebenar-benarnya, jika benar-Benar suka. Benar-Benar mahu. Islam tidak menghalang fitrah manusia, fitrah kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Buktikanlah kasih sayang dengan akad nikah. Berkasih sayang secara halal. Suntinglah si dara menjadi permaisurimu. Agar dia terpelihara. Agar dia layak menjadi Bidadarimu di Syurga sana. (“,)..
Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)



Maka, perasaan sayang kepada insan yang berlainan jantina, Yang tiada ikatan perkahwinan, adalah lebih baik disimpan dan disembunyikan sahaja. Simpan sampai hujung nyawa. Sembunyikan sampai mati. Itu juga satu jihad. Berjihad melawan Hawa Nafsu. Kerana nafsu itu pasti selalu memaksa kita meluahkan perasaan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Apa yang penting! Adalah doa buat orang yang kita sayang. Allah maha pengasih Lagi maha penyayang. Dia maha berkuasa. Dia maha mendengar. Dengan kudrat dan iradat-Nya, Dia berkuasa memperlihatkan keajaiban kepada kita. Melihat hamba-Nya benar-benar cinta kepada hamba Lain kerana-Nya, tidak mustahil allah akan rencanakan untuk dua hamba ini hidup bersama hingga ke syurga-Nya. Kerana kasih sayang itu kerana allah. Cinta itu juga kerana allah. Bukan kerana Nafsu atau perkara lain.

Jika perasaan sayang itu diluahkan. Dibuktikan. Dicanangkan. Belum tentu allah izinkan dua insan itu bersama. Allah Maha melihat apa yang diperbuat oleh hamba-Nya. Saling meluah perasaan dalam keadaan berdua-Duaan. Bukankah itu melawan hukum allah.

Maka, adalah lebih baik didiamkan perasaan itu. Sehingga sampai satu masa yang mengizinkan kasih sayang itu diluahkan. Kerana ditakuti kasih sayang itu terluah kepada orang yang salah. (“,)

orang kata, jika perasaan tidak diluah, nanti ‘melepas!’. Lepas kemana??? Kita milik allah. Jiwa kita milik allah. Berdiri kaki kita diatas bumi allah. Allah mengawasi kita. Jika benar orang yang kita cinta sayangi itu memang allah ciptakan untuk khas buat kita, allah akan menjaga si dia sebaik-baiknya untuk kita. Tidak akan allah beri Pada orang lain. Berbaik sangka kepada allah. Jika kita menjaga Agama allah, allah juga akan memberi kita ganjaran Yang baik kelak, malah, ganjaran yang tidak pernah kita termimpikan. Mengharaplah Hanya kepada allah SWT.

Jika diluahkan juga. Belum tentu cinta berbalas. Bahkan dapat malu. Jika berbalas. Terbukalah gerbang menuju maksiat dan kebinasaan. Maka, harus bijak memilih jalan hidup ini.

Sembunyikanlah perasaan sayangmu jika itu dapat menghindarmu dari melakukan maksiat dan memlihara maruahmu ^^
peace no war

Selasa, Februari 23, 2010

Coretan hati seorang yang bergelar MUSLIMAH


xtahu kenapa aku nak publish emel yang aku baca ni. tapi bibit ayat sangat memberi makna yang mendalam. adakah ini suara seorang muslimat? no komen banyak2. sama2 merenung diri. terima kasih kepada skme23@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com

Coretan hati seorang yang bergelar MUSLIMAH...


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.
Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak didepan mata.
Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan ALLAH kelak andai disoal? Kalau aku tidak ingin engkau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...
Wassalam...

Sumber..?

Ahad, Februari 21, 2010

kami tidak berzina


aku terbaca email dari qaisylaila04@yahoo.com melalui remaja_masjid@yahoogroups.com pada tarikh 2009 Disember 15 09:34. aku mendapati cerita ini sangat bermanfaat untuk kita bermuhasabah. silakan untuk menghayati

Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-cople ni?
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

Jumaat, Februari 19, 2010

kerana sebiji epal


aku dapat melalui email lagi dan lagi dan aku tak sempat nak menulis, jadi aku nukilkan cerita2 ini. terima kasih kepada highday_da_great@yahoo.com di remaja masjid. alkisah cerita ini sangat mengajar aku tentang erti kehalalan makanan. nampak remeh, tetapi ia adalah suatu yang besar impaknya kepada hati. dan atas sikap yang benar2 bersalah dan khuatir ia jatuh haram, ia sanggup menghabiskan masa dan tenaga untuk membayar balik harga sebiji epal. subhanallah..

Kerana Sebiji Epal


Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.

Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut. Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yg dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.


Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.


Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh Abdullah.


Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”


Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya. Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

Khamis, Februari 18, 2010

tazkirah di kala sibuk


terbaca emel yang menarik. ala2 tazkirah. tentang ibadah di kala sibuk. hmm.. benar, bila kita sibuk tersangat2, kadang kita selalu lupa nak buat ibadah. tapi bila kita tersangat2 sibuk, tapi kita sedaya upaya melapangkan masa untuk Allah, pasti berasa tenang dan lega serta nikmat. subhanallah. terima kasih kepada ctiey.sarifah@gmail.com yang diambil dari www.iluvislam.com


tazkirah di kala sibuk

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Beribadah disaat-saat huru hara, dunia kacau bilau adalah seperti hijrah kepadaku."
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Muslim yang mampu beribadah dan menunaikan kewajipan agamanya disaat-saat yang penuh dengan huru-hara dan gangguan daripada segenap penjuru dan mampu mengingati Allah s.w.t disaat-saat orang lain lupa dan disibukkan dengan perkara yang melalaikan.Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilalui oleh kaum muhajirin dizaman Rasulullah s.a.w.Inilah hikmah perbezaan zaman.Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan Allah seperti yan dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w.Hadis ini termasuk dalam kitab yang menerangkan tentang hadis-hadis akhir zaman sedangkan tiada disebut dalam lafaz dan mantan hadis peristiwa tentang akhir zaman ataupun tanda-tanda kiamat.Tetapi pada maknanya inilah kejadian akhir zaman.Kita duduk pada zaman yang terakhir.

Tanda hari kiamat sudah mendekati dunia islam ialah Kelahiran Nabi Muhammad S.a.w itu sendiri.Nabi telah meninggalkan kita sudah 1430 tahun dan kita ini sudah berada di penghujung.Dunia sudah terlalu tua.Dalam keadaan yang penuh dengan huru-hara.Ini terbukti dengan macam-macam kisah jahil dengan niat mengejar dunia,cari makan,cari harta dan sebagainya.Sibuk dengan pemerintahnya,sibuk dengan hal masing-masing ataupun huru- hara dengan makna berlakunya pelbagai maksiat yang tak pernah berlaku dan maksiat yang sudah berlaku semakin bertambah banyak.

Maka dalam keadaan masyarakat hari ini.Masing-masing lupa kepada beribadah kepada Allah.Barangsiapa yang masih lagi sempat meluangkan masa beribadah kepada Allah maka pahala-pahala hijrah.iaitu pahala yang telah didapat oleh golongan muhajirin iaitu sahabat yang telah berpindah dari Mekah ke Madinah.Walaupun tidak sama seperti pahala orang orang muhajirin tetapi pahala hijrah itu maksudnya pahala yang sangat besar disisi Allah s.w.t.

Kenapa pahala yang begitu besar diberi kepada kita oleh Allah s.w.t ?
Kerana pada akhir zaman maksudnya orang semakin lupa untuk beribadah.Ketika orang ramai sibuk beribadah sepertimana zaman Nabi s.a.w.,zaman para sahabat,zaman tabi'in dan zaman solafus soleh.Pada masa ini pahala yang didapati tidak sebanyak pada zaman kita.Apa jua pekerjaan pun kalau ramai orang boleh melakukannya maka bayarannya sedikit sahaja.tetapi bila pekerjaan itu tidak ramai yang boleh melakukannya maka bayarannya akan banyak.

Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat tapi bila kita masih lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya.Itulah kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya.Terbuktinya sekarang ini masing-masing sibuk.Sibuk sampai tidak sempat pergi ke masjid.Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada hari Jumaat.Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja.Sibuk sampai tidak sempat menadah kitab.Orang mengajar hadis ,tidak boleh hadir,orang mengajar tafsir ,tidak boleh mari,orang mengajar feqah ,tidak ada masa,orang mengajar akidah ,ada mesyuarat,Orang mengajar Al-Quran biar jadi lembut lidah,biar jadi sah sembahyang ,ada hal kat pejabat,orang nak beritahu bab taharah,haid,nifas,tayamum,wudhu.tidak diperbolehkan juga.Kenapa? nak sambut menantu an menimang cucu.

Maknanya kita sangat sibuk.Maka zaman orang sibuk ini, barangsiapa yang sempat maka kitalah orang yang terpilih.Manusia hamba Tuhan yan berakal yang diberikan taufik beserta dengan hidayah.Dalam keadaan ramai orang yang lalai maka janganlah kita menjadi lalai.
Dalam surah Al-Ara'f , Allah berfirman ,
"Jangan ada kamu tergolong dalam golongan orang- orang yang lalai".

Kita kena beribadah dalam keadaan ikhlas kepada Allah.Segala perkara yang baik kita niat kerana Allah s.w.t akan menjadi satu ibadah.Memasak kerana Allah, membasuh kereta kerana Allah dan jadikanlah setiap detik dalam ibadah.Hati yang paling utama dalam memimpin manusia itu kepada beribadah kepada Allah.Rasulullah s.a.w bersabda
"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Rabu, Februari 17, 2010

Lelaki & Kepompong Kupu-Kupu


aku terbaca email lagi. satu analogi yang sangat cantik dan meruntun hati ini untuk berfikir. benar! ia sangat memberi impak yang besar jika dihayati. renungkanlah. terima kasih buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com

Lelaki Dan Kepompong Kupu-Kupu

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat....terbang... jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati.Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan; Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran; Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta; Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati; Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Selasa, Februari 16, 2010

cawan yang cantik


sekali lagi aku terbaca cerita perumpamaan yang karut tetapi sangat bermakna dalam kehidupan. kita dicipta caripada tanah, sperma dan ovum. tetapi kita terlupa dan terus terlupa. lupa siapa pencipta, malah engkar suruhannya. lupa diri itu diawasi dan dipantau. astaghfirullah.. muhasabah diriku. syukran buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com

Cawan yang cantik


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu,sangat cantik" kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cawan tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cawan yang dimaksud berbicara:-

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar . Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang "Stop! Stop!" teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas! Panas!" Teriakku dengan kuat."Stop!Cukup!" Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata,"Belum" .Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan."Stop ! Stop !" Aku berteriak. Wanita itu berkata,"Belum!". Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya." Tolong! Hentikan penyiksaan ini!", sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku"kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita.Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan,dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi"cantik". Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi daya dan kekuatan kita.Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup.Jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai; anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Isnin, Februari 15, 2010

kasih si kecil


"membelek2 peti surat maya ku. oh, cerita yang menarik untuk aku kongsikan. subhanallah, janganlah mengalah sebelum berjuang! dan bersyukurlah kepada Allah akan setiap kejadian kita. pasti ada kelebihan diri kita, dan janganlah kita saling membongkak diri, kerana itu sikap yang tidak disukai Allah. terima kasih buat highday_da_great@yahoo.com melalui remaja_masjid.yahoogroups.com"

kasih si kecil

Seekor anak kucing yang kecil yang comel sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:
Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu

Khamis, Februari 11, 2010

hati ini kian sakit


"pos ini aku berkongsi rasa ketika aku dalam umbang-ambingan. dan aku menzahirkan dalam bentuk persoalan dan pemikiran. kesedaran ini untuk ku dan terpulang untuk mu. hati itu daripada sudut fizikal, aku umpamakan sebagai jantung. hati itu daripada sudut emosi, aku umpamakan sebagai perasaan. hati itu daripada sudut rohani, aku umpamakan sebagai iman/qalb. terpulang pada kalian untuk menterjemahkan."

hati ini kian sakit.
sakit daripada pelbagai segi.
sakit fizikalnya.
sakit emosinya.
sakit rohaninya.
sakit yang ada ubatnya.
tetapi enggan dicubanya.

hati ini kian sakit.
sakit fizikalnya.
badan serba-serbi tidak berfungsi baik.
terasa kadang ia berdegup kencang.
terasa kadang ia berdegup perlahan.
kadang badan sihat.
kadang badan sakit.
hati tidak mampu lagi mengawal seluruh badan.
ia seakan-akan lemah.
hati tidak mampu mengepam darah ke seluruh badan.
hati tidak mampu meransang metabolisme dalam badan.
akhirnya, hati ini menjadi lemah.
sekaligus, badan terus lemah dan lemah.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit emosinya.
perasaan ini sekejap baik, sekejap angin.
hati ini tidak tenteram.
hati ini resah gelisah.
hati ini tidak mampu mengawal emosi.
terus menerus menjunam dan meninggi.
melihat keadaan sekeliling yang pelbagai ragam.
meruntun hati terus tidak keruan.
hati bertambah emosi.
melihat sekeliling dengan penuh emosi.
akhirnya, hati kacau bilau.
sekaligus, pemikiran menjadi haru biru.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit rohaninya.
hati ini semakin lemah ingin ingat kepada Yang Mencipta.
hati ini sayu.
hati ini penat.
penat dengan kesakitan fizikal dan emosinya.
melemahkan rasa ingin beramal dan beribadah.
terus menerus hati ini meracau.
meracau mencari sesuatu yang hilang.
entah ke mana ia menghilang.
semakin jauh jauh dan jauh daripada hati ini.
akhirnya, hati ini lupa.
sekaligus, lupa akan Penciptanya.
apakah pengakhirannya kelak?

hati ini kian sakit.
sakit bila fizikal dan emosi menguasai diri.
rohani itu menjadi sampingan sahaja.
apabila sakit fizikal, maka sakitlah hati.
apabila sakit emosi, maka sakitlah hati.
apabila sakit fizikal dan emosi, sakitlah rohani.
apabila sakitnya rohani, maka lupalah akan Pencipta.
kerana rohani menjadi tempat ketiga di hati kita.

hati ini yang pertama, rohani.
hati ini yang kedua, emosi.
hati ini yang ketiga, fizikal.
yang pertama adalah juara dan perisai.
apabila perisai itu rapuh, rapuhlah yang kedua dan ketiga.
maka, hancurlah hati.

hati ini kian sakit.
kini aku temui ubatnya.
ubatnya, meletakkan rohani itu pertama di hati.
rohani itu juara dan perisai untuk hati.
apabila perisai ini kuat dan teguh,
akhirnya, pasti yang kedua dan ketiga tiada masalah.
sekaligus, hatiku bertambah sihat dan tenang.
apakah pengakhirannya kelak?
cubalah dulu, baru tahu....

-www.arrabe.blogspot.com-
[rohani itu adalah amal ibadah kepada Allah dan ingatan kita kepadaNYA.]

Sabtu, Februari 06, 2010

update blog cabangan

baru update 6 januari 2010 dalam blog cabangan

tolong tegur jika ada artikel aku yang bercanggah/tidak sependapat. terima kasih