Selasa, Januari 26, 2010

hadiah itu tidak bermakna


“pos ini aku berkongsi perasaan sewaktu aku mendapat motivasi daripada seorang abg, tentang hadiah. Sukar untuk aku mencerita keadaan yang aku alami. Ia lebih meruntun hatiku. Cukuplah sekadar perkongsian yang pendek ini. Hadiah daripada Allah itu perlulah dihargai dan dibalas kembali”

Memberi hadiah kepada seseorang tiada maknanya.
Adalah suatu pembaziran wang untuk membelikan seseorang itu hadiah.
Di mana pembazirannya?
Kenapa tidak bermakna?
Memberi hadiah kepada seseorang itu ikhlas.
Bukan kerana terpaksa.
Kalau terpaksa bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah bukannya disuruh.
Bukan kerana diugut.
Kalau diugut bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah sebagai tanda ingatan kita kepadanya.
Sebagai tanda kasih sayang kita kepadanya.
Pembaziran wang tak pernah timbul!
Ini soal kasih sayang. Bukan wang yang diharapkan.

"Ah…. Soal ikhlas dan sayang.
Hanya pada mulut. Tapi sia-sia saja.
Baiklah kau simpan duit kau itu untuk makan dan minum kau.
Hadiah itu tak bermakna."


Hadiah itu tidak bermakna dan amat-amat tidak bermakna.
Menanti dan mengharap hadiah suatu kerugian semata-mata.
Dasar ikhlas di hati dan mengharap kasih sayang, juga tidak bermakna.
Kerna ia tidak bererti padanya.

Mana kan tidak.
Hadiah itu adalah suatu pemberian.
Jika hadiah kasih sayang daripada ibu bapa pun tidak dihargai oleh empunya diri.
Apatah lagi hadiah kebendaan daripada orang lain.
Dia hanya mengharapkan hadiah kebendaan.
Tetapi bukan mengharap hadiah kasih sayang.
Itulah sebab aku kata, hadiah itu tak bermakna.
Kerna hadiah ini suatu pemberian untuk kasih sayang.
Bukan hadiah untuk pemberian kebendaan sahaja.

Falsafah hadiah.
Aku bukan orang yang arif.
Bagiku hadiah ini sesuatu yang bermakna, kerana ia datang daripada hati yang ikhlas dan penuh dengan harapan kasih sayang.
Hadiah daripada seorang rakan, hadiah buku kepadaku.
Bukan buku yang ku lihat.
Tetapi hati budi rakanku. Tajuk buku itu memberi suatu isi hati si pemberi kepada ku.
Dia bukan memberiku hadiah buku sahaja.
Bahkan, ia berikan kasih sayang kepadaku.
Ia mengharap agar aku dapat bersamanya dalam perjuangan ini.
Ia merindu ku sentiasa.
Itulah hadiah yang bermakna buatku.

Hadiah untuk orang.
Hadiah itu bererti pabila kita kenal tujuan hadiah diberikan.
Hadiah bukan suka-suka diberi pada tiap-tiap tahun, pada tarikh tertentu.
Pemilihan hadiah juga, perlu diperhati tujuan dan hasrat hati kita.
Andai buku, pastilah hadiah itu kena dengan jiwa dan hati kita untuk bakal penerima.
Andai aksesori, pasti hadiah itu bertujuan untuk ketrampilan dan penggayaan diri.
Semua ini menjadi natijah kepada suatu hadiah yang bermakna.
Diserikan lagi dengan cara pemberian yang penuh senyuman dan doa yang tulus dari hati.


Hadiah itu tidak bermakna.
Jika mahu lihat hadiah kita dihargai atau tidak.
Lihat kepada hadiah yang dapat pada si dia.
Adakah dia masih menyimpannya di tempat khas atau dalam tong sampah.
Alangkah malang, jika sampah itu dicampak merata-rata.
Seolah-olah ia tak dihargai.
Maka, hadiah seterusnya akan menjadi tidak bermakna.

Hadiah daripada ibu bapa.
Hadiah apakah yang ibu bapa anda berikan?
Botol susu, bantal, tilam, baju, mainan, buku……. Dan banyak lagi.
Itu hadiah ke?
Yup… sebab ia adalah pemberian kasih sayang kepada kita.
Apakah ibu bapa kita mahu duit untuk itu semua?
Tempat tinggal, makanan dan pakaian kita dijaga dengan begitu baik dari kecil sehingga kita dewasa.
Jika dijumlahkan, perbelanjaan pembinaan KLCC mungkin tak menampung.
Ikhlas dan kasih sayang ini adalah suatu hadiah yang bermakna daripada ibu bapa kita.
Tetapi apakah kita menghargainya?
Apakah kita membalas hadiah ini kepada ibu bapa kita?
Apakah balasan hadiah yang terbaik untuk mereka?

Hadiah daripada pencipta.
Siapalah aku.
Kerdil sekerdil kerdilnya.
Melihatkan hadiah ibu bapa yang terlalu besar sukar untuk dibalas.
Apatah lagi hadiah daripada pencipta.
Jika nak dihitung…. Ah, tak terhitung.
Apakah hadiah daripada pencipta ini hanya untuk saja-saja?
Hadiah adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang.
Hadiah daripada ar-rahman dan ar-rahim.
Hadiah itu sangat banyak dan tak ternilai.
Perlukah aku nyatakan?

Hadiah yang sangat bermakna tapi tidak bermakna.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kemudahan dan kesenangan diri kita.
Allah beri jasad, tempat tinggal, makanan, ibu bapa, rakan-rakan, haiwan dan semua.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk dihayati dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk panduan hidup kita.
Allah beri Islam, panduan cara hidup untuk umat akhir zaman melalui Muhammad SAW.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk difahami dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk iman.
Allah beri Iman, suatu keyakinan agar kita tak tertipu daya dengan syaitan.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk diamali dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kesejahteraan kita.
Allah beri keampunan dan kasih sayang, untuk rasa kebergantungan denganNya.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk ditaubati dan disyukuri.

Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada Tuhan yang satu dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada ibu bapa dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu akan jadi lebih bermakna pabila hati dipenuhi dengan kasih sayang dan pengaharapan daripada yang maha Esa.


[Hadiah itu sangat bermakna kerana ia adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang yang sangat bernilai!]

Rabu, Januari 20, 2010

didikan dalam teknologi


"teknologi itu bukan hanya untuk melepaskan tekanan"

perkembangan teknologi...
aku semakin ketinggalan sedikit demi sedikit.
masih ketinggalan dalam mengenali bluetooth, GPRS dan banyak lagi.
aku tahu apa itu.
tetapi aku tak tahu bagaimana guna itu.
teknologi terus berkembang dan terus berkembang.

MITRAD 6 anjuran urusetia pembangunan sumber manusia.
tidak dinafikan ia salah satu daripada aktiviti mahasiswa.
aktiviti mahasiswa ke arah meningkatkan penggunaan teknologi dalam kehidupan mahasiswa.
namun, apakah mereka mengerti akan teknologi ini?
apakah teknologi sangat berpengaruh dalam kehidupan mahasiswa?
teknologi terus berkembang dan terus berkembang.

teknologi dan inovasi dalam pendidikan.
pensyarah oleh prof jasmy abd rahman, fakulti pendidikan UKM.
satu kursus yang memberi pendedahan kepadaku dengan lebih mendalam.
tidak dinafikan, baru kini ku sedar, perlunya teknologi dalam pendidikan.
malahan, banyak perkara yang kita anggap kecil, tetapi hakikatnya ia boleh memberi impak yang besar.
4 minggu sudah berlalu, kelas 3 jam setiap seminggu pasti ada input untuk pendidikan ini.

kehebatan teknologi amat mengagumkan.
sehinggakan setiap manusia di seluruh pelusuk dunia dapat berhubung dengan kita dalam satu masa yang sama.
apatah lagi dengan kederasan ilmu yang membuak2 dalam teknologi ini.
ada ilmu yang benar, dan ada juga ilmu yang tidak benar.
ada ilmu yang benar ilmu, dan ada yang bukan ilmu tapi dianggap ilmu.
mahasiswa terus leka dalam arus teknologi ~ termasuk diriku.

terbaca lagi dalam
akhbar utusan tentang TPM menyeru penguasaan guru dalam ICT.
sememangnya benar.
teringatku dulu, daripada kapur, yang kerap ku main dalam kelas.
sehingga kepada marker pen di zaman sekolah.
juga, kepada penggunaan komputer dalam kelas IT.
tuisyen melalui online turut aku sertai.
tidak dilupa, jualan buku ber CD, yang didalamnya banyak input-input pendidikan.
apatah lagi kini.
dalam pengajaran di UKM, penggunaan powerpoint yang interaktif turut membantu usaha pembelajaran.
ah, isu LCD rosak dan kabur, itu hanyalah hal remeh teknikal.
itu bukanlah kita yang perlu uruskan.
tetapi hakikatnya, penggunaan ICT itu.
tidak semestinya guru itu yang bijak menguasai ICT sahaja.
tetapi pelajar juga harus berani untuk mendidik dalam teknologi.

mendidik bukan setakat ilmu sains dan agama semata2.
tetapi didikan untuk mengenali pencipta dan akhlak, itu juga didikan utama.
didikan dalam teknologilah kunci segalanya pada masa kini.
zaman terus berlalu.
pendidikan tidak harus tinggal ke belakang.
cikgu yang lapok tidak patut wujud.
kerana itu jadilah kita semua cikgu yang berteknologi.

[yeah... semangat plak.]

eksplorasi nilai


ku mencari2 jalan keluar.
jalan keluar kepada permasalahan diri.
permasalahan diri yang menyelubungi diri.
selubung dengan masalah yang tidak putus datang.
tidak putus datang dan juga pergi.


idea2 datang mencurah2, mencari penyelesaian diri.
penyelesaian diri untuk minat membaca.
= librarian. a unic job.
memaksa diri untuk membaca buku bukan bidang kita.
paksaan dengan membuat teka teka.
belek belek juga memadai.
sedikit sedikit, ia menarik minat untuk kita terus membelek dan membaca.

penyelesaian diri untuk mengguna otak.
= thinkers.
otak ini kerap lesu dan penat.
dengan benda yang karut dan tak berfaedah.
otak asik mengulangi tingkahlaku yang sama tiap hari.
tanpa ada perubahan dan kreativiti dalam otaknya.
banyakkan menguji diri menjawab teka teka mencabar minda.
mencetus impuls kepada otak dengan lebih pantas.

penyelesaian diri lemah berbahasa inggeris.
= speaker.
bahasa suatu pengamalan untuk diri berkomunikasi.
pengamalan yang melalui tulisan dan percakapan.
bahasa itu pelbagai.
bahasa itu luput bila tidak diamali.
paksa diri, buang malu, pasti terus maju.

penyelesaian diri lambat cari idea.
= bussinessman.
setiap orang pasti mahu kaya dan berjaya.
begitu juga usahawan, pasti pemikiran dia lebih daripada orang lain.
untuk keuntungan dia yang berlipat ganda.
lambat cari idea, bukan kita bodoh.
tapi bila kita tak melihat dari pelbagai aspek.
dan cuba mengolah suatu yang biasa kepada luar biasa.

penyelesaian diri kepada nombor.
= mathematician.
minda matematik banyak mengembangkan ilmu alam.
ilmuwan islam banyak mengguna kiraan untuk menjana idea baru.
sudoku juga satu contoh mudah untuk menajamkan minda.
kepekaan dan ketelitian mengajar kita untuk terus hidup.

penyelesaian diri dalam penterjemahan.
= translator.
setiap sesuatu penulisan itu pasti ada tujuan.
hanya orang yang mengenal hati diri, mampu mengenal hati budi orang lain.
setiap yang wujud pasti bermakna.
kita takkan memijak tanah tanpa sebab.
kita memijak tanah untuk kita bergerak.
setiap yang diukir pasti bersebab, kerana yang diukir itu dari hati yang menyuruhnya.

penyelesaian diri kepada pengurusan masa
= time management
al asr mengajar erti masa.
sungguh seronok bila kita patuhi masa.
masa itu emas sering diperkata.
masa itu wang tak diperkata.
masa itu berlalu begitu sahaja. dan wang itu pun berlalu juga.
jika dikaitkan, sedikit kelewatan, kegagalan buat kita.
kerna sesungguhnya manusia itu kerugian.
kecuali orang yang.....

aku hanya merancang, kamu yang menentukan, tapi Allah yang mengaturkan ini semua.
tanpa NYA, siapalah aku untuk semua ini.
tanpa NYA, siapalah kamu untuk melaksanakan semua ini.
tanpa NYA, tiadalah kita.
syukur kepada Allah.

Sabtu, Januari 02, 2010

kerana aku pernah jadi adik


"pos ini aku tujukan kepada mereka yang masih belum merancang perjalanan hidupnya. sedikit panduan untuk membuat matlamat hidup dan cara mencapainya. di akhir pos, aku selitkan matlamat diriku dan perancangan hidupku. semoga kalian dapat membantu diriku mencapai matlamatku ini"

menjelang 4 hari ke tahun baru masihi.
aku yang serba kurang ini tampil ke hadapan.
di hadapanku adik2 tahun 1 dan tahun 2.
dari riak wajah, aku mengerti.
hasrat hati mereka, ingin pulang awal.
terpinga2 kenapa aku memanggil mereka?
dari riak wajah, aku mengerti.
pelbagai reaksi dan gundah gulana di hati mereka.
apa yang terbuku, Allah lebih mengetahui.

perkongsianku bersama adik2 ini.
bukan untuk menunjuk megah di hati.
bukan untuk menanti puji dan maki.
perkongsianku hanya untuk memberi sedikit manfaat pada mereka yang mengerti.
kata2ku mudah "setiap manusia saling memerlukan"
apa yang ku maksudkan?
apakah kata itu tiada makna?
kata2ku mudah tetapi bagiku besar makna.
kata2ku mudah tetapi perlu diteliti dan diperhati.
setiap manusia saling memerlukan.
"mana mungkin manusia itu mampu hidup sendiri di muka bumi ini"

aku sebagai abang yang kurang.
mengharap teguran dan semangat dari adik2 dan teman2.
aku sebagai abang yang lebih.
menanti masa berkongsi pengalaman dan cabaran.
aku pernah menjadi adik seperti kalian.
menanti seorang abang untuk membimbing dan menasihatiku.
aku pernah menjadi adik seperti kalian.
mencari2 pengalaman dan cabaran hidup di universiti.
kerana apa aku sebegini?
kerana aku masih baru dan serba tidak tahu.
kini aku menjadi abang, kecewaku masih ada.
kecewa ini tidak harus diwariskan untukmu wahai kalian.
seharusnya aku berkongsi bersamamu, agar kamu tidak tersilap langkah sepertiku.

"mana mungkin pemain bola bermain tanpa tiang gol?
"mana mungkin pemandu kereta tidak tahu hala tuju ia patut pergi"
"mana mungkin manusia itu tiada hala tuju dalam hidupnya"
apakah manusia ini hidup hanya untuk mati?
apakah manusia ini hidup hanya untuk makan dan lalu mati?
apakah manusia ini hidup hanya untuk belajar penat2 dan terus mati?
apakah dan terus apakah kita akhirnya mati?
quran al-an'am 6:162 ~ kerap kali kita ulang 5 kali sehari dalam solat.
doa iftitah, "inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil alamin"
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam.
apakah mungkin kita boleh berpaling dari tujuan kita dijadikan ini?

matlamat hidup di dunia dan akhirat ini hanya satu.
tiada matlamat lain melainkan kerana Allah taala.
dalam kita ingin mencapai pertemuan dengan Allah itu, pasti ada liku2 perlu dilalui.
dari alam roh ke alam rahim berjaya kita tempuh.
dari alam rahim ke alam manusia berjaya kita lalui.
dari alam manusia ke alam barzakh masih belum pasti.
dari alam barzakh ke alam akhirat hanya Allah lebih mengetahui.
yang tidak pasti dan belum ditempuhi, itulah perlu kita rancangi.
rancangan itu perlu selari dengan matlamat hakiki.
rancangan itu bukan sekadar suka suki.
rancangan itu adalah untuk diikuti.
meskipun kita hanya merancang tetapi Allah itu itu lebih berhak mengaturkan rancangan itu.
kita hanya manusia yang kerdil, berusaha dan berusaha agar matlamat hakiki ini tercapai nanti melalui perancangan2 ini tadi.

membina perancangan berbeza setiap manusia.
pelbagai hasrat dan harapan masing2.
ada yang mencari bahagia, mencari kaya, mencari sihat, mencari ilmu.
itulah keunikan manusia.
keunikan inilah yang saling diperlukan antara satu sama lain.
tetapi awas, ia perlu sentiasa dipandu kepada matlamat yang hakiki itu tadi.
itulah pentingnya perancangan, agar hasrat kita itu tidak terpesong atau tersalah arah.
kerana syaitan itu sentiasa berusaha menggagalkan matlamat hakiki kita itu.
oleh itu, sebagai insan yang serba kurang, rancanglah dengan SMART.
SMART itu specific, measurable, attainable, realistic, time bounded.
perancangan itu perlu dirangka spesifik dan tidak terlalu umum.
~berjaya itu umum. berjaya dengan kelas pertama itu spesifik.
perancangan itu perlu sesuatu yang boleh diukur.
~bagaimana mengukur kejayaan kelas pertama? dengan melihat prestasi pointer dan mutu pemahaman.
perancangan itu perlu sesuatu yang boleh dicapai.
~jangan bermimpi merangkul bulan yang di langit, capailah apa yang terdaya untuk dirangkul. lihat kemampuan sendiri.
perancangan itu perlu sesuatu yang realistik (sesuai dengan keadaan diri)
~jika hari ini aku sangat sibuk dan aktif berpersatuan, sesuaikanlah kaedah dan cara untuk mencapai kelas pertama itu peringat demi peringkat.
perancangan itu perlu sesuatu yang mempunyai tarikh tamat
~tanpa tarikh tamat, perancangan itu akan dibiar tertangguh dan akhirnya, ia tidak tercapai.

sejauh mana ia mampu dicapai?
hanya Allah lebih mengetahui.
kita hanya melaksanakan perancangan agar kita terpandu.
merancang ini bukan seperti main dat.
tetapi ia memerlukan masa untuk bertenang dan berfikir.
berfikir dan berzikir.
berzikir dan mengharap bantuan idea perancangan dari Allah.
perancangan ini tidak akan bertahan lama, dan ia perlu berubah mengikut keadaan.
perancangan itu perlu disemak setiap hari atau minggu agar ia terpandu.
jika ia menyimpang, perbetulkan perancangan itu dan laksanakan ia semula.
semoga kita bersama di permudahkan Allah.

[merencana diri untuk masa hadapan]

2009 - anugerah dekan {alhamdulillah}
2010 - grad dengan kelas kedua atas Ogos ini & sambung Master 'plant taxonomy' di UKM
2011 - penulis buku di PTS
2012 - sambung PhD di Reading Univ. {nak ikut jejak langkah Prof E. Latiff}
2013 - masih PhD
2014 - hmm...iA
2015 - pensyarah di UKM
2016 - Haji di Makkah
2017 - menjadi usahawan dan membuka perniagaan kecil2an
2018 - Profesor & hafiz AlQuran

[moga perancanganku ini diperkenan Allah]