Sabtu, Ogos 30, 2008

setelah lama tak bersenam

alhamdulillah.. dah lama pendam perasaan untuk bersenam..
setelah 4 bulan, teringin dan rindu nak joging dan bersenam di petang hari..
bila pagi pun begitu juga..
entah kenapa malas sangat hati ni...
tangguh dan tangguh...
hari minggu pun camtu...
paham paham jela.. bila tengok buku, fuh, risaunya...
baca la buku.. tak jadi bersenam..
lepas tu banyak pula aktiviti waktu petang..
mesyuarat pesatuan la..
aduhai..
sudahla naik motor tiap2 ari... jarang berjalan jauh..
badan pun tak 'tuff'.. badan pun selalu sengal2...

syukur allah masih bagi peluang aku bersenam (joging) pagi tadi..
lagi 2 hari nak puasa... ish3.. bulan puasa da susah lagi nak joging..
takpe.. harap jogathon di sekolah pagi tadi menjadi pemula untuk seterusnya..
tak kisahla bulan puasa atau tidak..
kita tak patut lemah... nabi pun leh berperang dalam perang badar (berpuasa jugak)
inikan aku...
jom kengkawan kita bersenam !! untuk minda dan kesihatan yang baik...

Rabu, Ogos 27, 2008

resah gelisah

mungkin ini kecuaian diri sendiri..
terlalu sibuk dengan tanggungjawab sampingan hingga lupa tanggungjawab sebenar.
sebulan yang lalu, dr nooraini da beritahu exam 26ogos..
oh lama lagi.. rileks...
banyak pulak aktiviti datang...
nak tolak, tapi macam diugut sertai program tu..
nak taknak terpaksa jugak..
entahlah diri ni macam sukar menolak pelawaan orang..

sekarang lagi 3 hari baru kelam kabut.
aku baru minta nota dari dr.
muka dr. dah masam...
serba salah aku... yela, pelajar kesayangan..
meskipun exam ni 20% je tapi....
penting jugak.. mana boleh buat main..
tapi aku yakin boleh... !!
tapi??
hmmm... gelisah betul hati ni..
last minit punya keje...
dari dulu lagi aku da sedar.. jangan studi las minit..
degilnye aku !!!
astaghfirullah.. ya allah selamatkan hambamu ni dari tegolong dikalangan orang yang sesat.

Selasa, Ogos 26, 2008

kursus asas fasilitator ogos 2008

bismillahirrahmanirrahim..
rindu rasanya nak menaip..
banyak idea nak tulis tapi masa membataskannya..
pada 23hb ogos 2008..
secara rasmi aku dilantik menjadi fasi untuk kursus KAF.
kali pertama jadi fasi sepanjang jadi ahli UPSM..
asalnya aku pegang teknikal dengan muadz dan abg othman.
alhamdulillah dilantik jugak jadi fasi aka co pilot kepada akak jai..

petang tu, aku sibuk dnegan muadz cari barang keperluan untuk KAF ni.
banyak lagi tak setel... sebab ketua teknikal cabuttt lari..
mahu mengamuk si muadz.. sian kat dia...
dia teringin nak jadi fasi... tapi tak terpilih..
petang tu pulak hujan..
alhamdulillah aku sempat sampai kat tasik kejuruteraan pada masanya.
ttg LDK aku dapat peserta yang baik dan boleh la dikatakan sporting.
ada jugak yang pendiam dan ada jugak yang hiperaktif.
tapi bagi aku seronok dengan diorang.
ttg modul?? hmm. malas nak cerita panjang sangat nanti.
kejap lagi kuliah ni... aduh..
hmmm... takpe2.. peserta yang aktif - amir dan hafiz (half)
yang senyap.. asyraf, n pompuan not really senyap..
sorang dari FPI (status akak) tapi kalo ikut senioriti i cant call her as akak.. but nvm..
zarifah, cheetah, kak lin, awin, dan ....su..
alkisah hari kedua... asyraf balik... ada hal kat kris mas..
hmm.. aku yang bawa dia gi keris mas...
tgk budak2 ni cam penat je. mungkin sebab opersi burung hantu semalam.. hoho.. aku tdo..
tapi pagi tu aku bagi tazkirah.. kena tego ngan senior, mana penah buat tazkirah lepas aktiviti malam!! huhu.. sedih aku.. takpela.. len kali k.. sabo jela...
tak sempat nak cerita lagi.. nanti k.. salam...