Rabu, Disember 21, 2011

Lai revert to Islam part 3

[hari ini penat sangat.... maaf sebab tangguh-tangguh cerita]

aku dengan pengalaman dan ilmu yang kurang, terasa amat berat untuk menggalas tanggungjawab ini.
namun, ganjarannya sangat besar di sisi Allah berdasarkan niat kita.
aku dengan segera meminta Pakcik Alif pergi ke PERKIM atau mana-mana masjid untuk diislamkan anaknya itu.
terputus hubunganku dengan mereka sebentar.
sedang aku berehat pada Ahad lepas menjelang senja, panggilan daripada Pakcik Alif menyatakan beliau dan anaknya di Bangi.
Surau Al-Falah di Seksyen 6 [atau fasa 1 atau seksyen 16], hampir Maghrib aku bergegas ke sana, tersalah surau dan rupanya surau ini tak pernah aku mampir selama hidup di Bangi. ish3..
setibanya di sana, kelihatan Pakcik Alif sedang berborak dengan seorang pakcik [mungkin menyatakan hasrat nak mengislamkan anaknya]
apabila dia nampak aku, terus dia panggil nama aku. segannya dia panggil aku, lantas aku dekat dan beliau memperkenal dengan Lai, anaknya.
terharu sangat apabila Pakcik melayan aku sebegitu baik, malah sempat lagi beliau meminta aku untuk mengislamkan Lai. tetapi masih ku tolak permintaan ikhlas Pakcik Alif.
maka bermulalah perjalanan hidup baru Lai setelah kami solat Maghrib berjemaah.

[mata memang tak tahan sangat ni... nanti part 4 saya cerita kenapa dia masuk Islam.]
part 4 di sini

Lai revert to Islam part 2

[bersambung kembali... maaf tadi ada seorang kawan lama ajak chat. tak boleh nak fokus menaip.]


Pakcik Alif Wong membaca Alfatihah dengan lambat-lambat (masih belum lancar).
aku melihat kesungguhan beliau, dan yakin beliau sangat memerlukan bantuan aku.
hanya itu yang aku mampu bantu beliau, nak mengajar AlQuran beliau sudah berkerja.
apa lagi yang boleh kita salurkan pahala padanya? duit saja yang termampu...
apalah sangat duit pada diri, jika hanya untuk makan minum untuk perut sendiri.
Pakcik Alif meminta nombor telefonku, dan mungkin kerana itu menjadi penghubung aku dengan dia selanjutnya.

dua bulan berlalu, Pakcik Alif menelefon aku dengan tiba-tiba.
sekali lagi, dari Terengganu, beliau minta sumbangan untuk beliau jumpa anaknya di UKM.
kali ini dalam kesempitan, aku sedikit ragu berkali-kali.
namun, ada ayat yang menyebabkan aku merasa wajib untuk aku bagi sumbangan lagi sekali.
"anak pakcik nak masuk Islam, pakcik nak datang KL jumpa dia"
suatu kewajipan bagi kita untuk meraikan mereka yang ingin memeluk Islam. [betul tak?]

dua minggu lepas, beliau hubungi aku katanya "sudah berada di KL, anak Pakcik nak masuk Islam". Pakcik Alif minta aku untuk mengislamkan anak beliau.

[aduh... ngantuk plak. bersambung leh?]

Lai revert to Islam

Lai kembali memeluk islam dan aku mungkin tak ada kaitan dengan pengislamannya.
Aku hanya menjadi saksi kepada pengislaman Lai. 
Ini semua bermula dengan satu kejadian yang tidak disangka kepada pertemuan aku dengan Lai.

aku percaya dan amat yakin "setiap pertemuan pasti ada sebabnya".
sebab setiap pertemuan ini adalah mengikut aturan Allah.
aku bermula dengan pertemuan dengan Alif Wong di Masjid Solehin, Kampung Teras Jernang, Bangi.
seorang pakcik tua yang meminta sumbangan dari jemaah selepas solat Zohor.
aku berborak dengan dia, dan meminta dia membaca Alfatihah agar aku yakin dia adalah mualaf benar.
Pakcik Alif tanpa segan membaca di hadapan aku, aku menghormatinya.
berkerja di Terengganu datang ke sini untuk meminta sedikit sumbangan dan hendak pulang ke Terengganu.
Namun, biasalah, setiap mualaf yang aku lihat di tepi-tepi masjid meminta sumbangan, antara luahannya tak dapat banyak bantuan untuk kehidupan mereka.
malah, kebanyakan mereka adalah miskin dan pasti mereka ada masalah dengan keluarga mereka.

[..... alamak..... jap ye.]
klik untuk part 2..


Ahad, Disember 11, 2011

tatkala hati resah

tatkala hati resah dan gelisah...
mencari kembali, masa dan rezeki yang hilang...
hilang terbang, entah pergi ke mana...
dengan sekelip mata.

mungkinkah ini akibat kesilapan diri...
yang terlalu mengejar duniawi...
tanpa memikirkan akan keredhaan Ilahi...
berkat masa dan rezeki, terus, berlari pergi.

hanya satu jawapan yang pasti...
dengan kembali kepada Pencipta diri...
agar kembali, memuhasabah dan menginsafi diri...
sebelum takbur memakan hati.

LakaranMusimBunga

Jumaat, Disember 09, 2011

ukhuwah fillah

aku tersentuh melihat video tomato. 
apabila ukhuwah kerana Allah, kita saling mengingatkan kawan dengan ayat AlQuran.
moga kita berukhuwah kerana Allah.
bukan kerana fahaman politik atau ada kepentingan lain.

lebih rela tanggung beban

pasti kita rasa menyesal yang teramat apabila kita telah melakukan kesalahan.
lebih berasa serba salah apabila kesalahan yang kita buat akan melibatkan ramai orang lain.
apatah lagi apabila ia bakal menyusahkan orang lain.
kesimpulannya daripada topik ini ialah, lebih rela tanggung beban daripada menyusahkan orang lain.

apa pandangan anda?

Jumaat, Disember 02, 2011

bila kutuk orang...

bila orang kutuk dia, marah. bila dia kutuk orang, "eh, ada ke?". - biarlah diri ini dihina dikutuk, asal hati masih menjaga iman kepada Allah....‎.... dengan tidak mengutuk orang lain.

aku terfikir kenapa zaman 2011 ini sangat penuh dengan cacian, hinaan secara terang-terangan di khalayak ramai. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung sekarang pun banyak ucapan-ucapan yang tidak sedap didengar. mereka kata di pihak pembangkang yang selalu mengutuk dan memulakan cacian ini. tetapi setakat yang aku tengok (sebab aku tak pernah pergi ceramah politik pembangkang di luar TV), siaran langsungnya yang banyak dihina adalah orang itu, malah mereka sendiri yang memulakan. entahlah, aku semakin jemu dengan cacian dan makian. malahan, aku terasa aku pun sudah terjangkit dengan sikap ini. 


Percaya atau tidak, bila kita asyik melihat perbuatan tidak bermoral ini, akan menyebabkan kita terikut sama secara tidak sedar. banyak benda negatif dipaparkan di kaca TV, sedikit sebanyak mempengaruhi kita. apatah lagi anak-anak remaja, kanak-kanak yang masih belajar ilmu dunia. apakah dengan perkelahian dan balas-membalas tahi ini, akan menyelesaikan masalah dan konflik yang ada?


Apalah sangat parti untuk dipertahankan kalau salah. yang benar, katakan benar, yang salah katakan salah. dan yang lain pun, janganlah menjadi api dalam sekam. menyemarakkan lagi perkelahian dan dendam berterusan. bukannya maksudku untuk berbaik dan bergabung dengan mana-mana parti (sebab pasti ramai yang banyak prasangka dan curiga), tetapi cukuplah dengan kamu yang atas (berkuasa) tidak menghentam, menghina, mencaci sedemikian rupa. kalau nak tarik hati pengundi, janganlah menimbulkan perasaan benci pengundi dengan menghina pihak lawan.


p/s: dengan erti kata lain, kalau nak menang pertandingan rumah tercantik dalam kawasan perumahan kita, janganlah bakar rumah orang untuk pastikan kita menang. tetapi hiaslah dan serikanlah rumah kita dengan sebaiknya. jangan lupa berdoa kepada Allah agar rumah kita boleh menang.


p/s lagi: aku tak tujukan kepada kerajaan atau pembangkang, tetapi aku tujukan kepada semua Yg Berhormat, Yg Berkhidmat dan diri kita sendiri.