Isnin, Disember 16, 2013

sampah di laman sosial

teringat slot ICT di Bernama Radio24 pagi tadi. segar dalam ingatan kita akan teguran tetamu tersebut. hmm.. tapi ambil positif la ye. jangan kait politik plak hal ni.

"kita sibuk nak print screen kalau ada orang buat silap melalui status, gambar, atau video pastu share di Facebook. sampai jadi viral. tujuannya kata nak beri kesedaran. pastu cakap kerajaan tak buat kerja tapis iklan lucah dan ubat kuat lelaki di Facebook. padahal dia yang duduk sebar sampai jadi viral.

kita kena ingat ini laman sosial, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk memanfaatkan laman komuniti ini. dekat sini tiada penguatkuasa untuk banteras. kerajaan pun takde kuasa, melainkan kalau kerajaan pergi California pejabat Facebook untuk delete dan tapis ataupun kerjaan haramkan Facebook terus di Malaysia. nanti kata pulak kerajaan jahat. jadi kat Facebook ada ruang untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk tapis benda yang dirasakan negatif dan lucah. klik kat kanan status ada ruang report. laporkan kat situ. takperlu nak print screen dan sebarkan, itu bukan nak mencegah tapi mencari masalah. Facebook akan beri amaran pada owner iklan/status tu, jika owner masih buat hal yang sama hasil amaran tu (berdasarkan report yang diklik), Facebook akan block akaun selama 30 hari.

jadi ini tanggungjawab kita dalam laman sosial ini. zaman dulu kita bersihkan sampah yang ada ditengah jalan, tetapi sekarang kita bersihkan sampah dalam laman sosial kita." 

Ahad, Disember 15, 2013

malasnya tidak terperi

susah hidup dalam keselesaan yang melampau.
terasa selesa pabila semua disekeliling sudah lengkap dan tak mendesak aku untuk berbuat apa-apa.
payah bila berada dalam keadaan ini.
tetapan visi sudah diletak, namun tiada pemangkin untuk mencapai.
apakah aku perlukan sesuatu peristiwa yang menyakitkan atau mendukacitakan untuk aku berubah?
malasnya tidak terperi.
berubahlah wahai diri.
emas itu tidak bernilai, bila kita tak mengenalinya.
masa itu tidak berharga, bila kita tidak mengetahui nilainya.
apabila emas itu hilang dan masa itu pun berlalu, kita tersedar dan baru mengetahuinya, ia sudah pergi dan tidak akan kembali.
peluang itu hanya datang sekali.
ia tidak akan datang kembali.
Allah itu sayang kita, peluang tetap diberi, dugaan datang sebagai tanda memperingatkan.
ayuh... buang malas yang tidak terperi itu!
buang jauh-jauh... JAUH JAUH!!!



Selasa, Disember 10, 2013

Allah bersama orang yang sabar

"sangat terasa tertekan pada masa sekarang ini.
terlalu banyak perkara yang dahulunya aku rasa boleh siap segera, rupanya mengambil masa yang lama."

Seorang senior berkata kepada aku, "niat kita kena betul, ikhlaskan kerana Allah, insyaAllah kerja kita ini akan dipermudahkan." Senior ini meminta bantuan untuk aku terlibat dalam sebuah program islamik mega di Bandar Baru Bangi. Mesyuarat yang aku jangka pertemuan santai telah menjadi suatu bebanan untuk aku pikul dalam tempoh tiga bulan ini. Beberapa kali suara hati jahat mengatakan, "kenapa perlu terlibat? tesis kau tak siap lagi? tugas ini sangat berat dan akan mengambil banyak masa kau. bukannya dapat duit." Namun, suara hati baik cuba memurnikan, "ingatlah mungkin gerak kerja yang akan kau lakukan jika diniatkan kerana Allah, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu. mungkin dengan gerak kerja ini akan mudahkan aku untuk siapkan tesis. pasal duit? Allah kan berjanji akan berikan rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka? yakinlah dengan Allah."

Abi sakit dan perlu dirujuk kepada hospital. Mungkin terlalu banyak tekanan dan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan beliau jadi sedemikian. Sebelum ini masuk wad kerana hipertensi, umi sangatlah risau. Ahad lalu, Abi pergi ke Hospital Serdang diagnos kemungkinan ada penyakit pada hati (hati bengkak), mungkin esok baru akan tahu keputusan. Umi seharian risau dan asyik bertanya abi tentang kesihatannya. Umi bertanya pada aku, "boleh tak temankan abi esok di hospital ambil keputusan, kesian abi sorang-sorang nanti". Suara hati yang jahat memberontak, "mesti lama kat hospital, malasnya. nanti banyak masa habis kat hospital. kerja mesti tak siap." sekali lagi hati baik menasihati aku, "ingat, kamu sekarang muda lagi, kalau kamu dah tua jadi macam ni jugak, apa perasaan kalau anak kamu taknak jaga kamu dalam keadaan sakit? bila lagi nak berbakti pada orang tua. hal tesis tu, cuba cari masa untuk dimanfaatkan. menolong ibu bapa ada keberkatannya."

Umi mengeluh pasal aku asyik meminjam duit daripadanya. Hutang lama masih tak bayar dan umi masih tak tahu aku ada pinjam daripada orang lain sebab aku tak sampai hati meyusahkan beliau. Persepsi orang lain, "anak sorang mak bapak boleh tanggung, balik rumah setiap hari makan minum dah tak payah risau". Mendengar reaksi persepsi orang lain, aku hanya senyum. malas nak layan dan menyemakkan minda. Harapan umi, aku cepat habis dan kerja. Umur aku dah 25 tahun, memang sepatutnya, aku yang menyara mereka, bukannya mereka menyara aku. Suara hati jahat memberitahu aku, "sepatutnya kau tak sambung belajar dulu, ko sepatutnya kerja dulu. belajar tinggi-tinggi buat apa? tengok berapa ribu dah habis? sekarang dah lebih RM5K kau berhutang dengan orang. camne ko nak bayar?" bila kenang balik pasti kita rasa nak patah balik ke masa lalu. Alhamdulillah, suara hati yang baik menyedarkan aku, "Allah bersama orang yang sabar, sabarlah Arrabe' siapkan tesis kamu dengan baik. siapkan itu dulu cepat-cepat. jangan fikir masa depan. apa yang tak selesai hari ini, selesaikan hari ini. tak payah fikir masa esok. Sebab apa yang bakal berlaku esok, kita tak pasti. jadi, tak payah semakkan fikiran kau. teruskan bergantung pada Allah, minta Allah permudahkan."



Dalam diri kita akan ada suara hati jahat dan baik. pastilah suara hati jahat itu, "syaitan yang sedang membisik dan menghasut kita". suara baik itu datangnya daripada iman kita. Alhamdulillah, aku masih punyai iman yang membantu aku untuk terus bersabar. Andai iman ini semakin tipis dan lemah, bisikan syaitan akan membelenggu aku. Andai tersilap langkah, maka jalan yang kita pilih bakal menjerumuskan kita ke lembah kehinaan atau neraka.

p/s: hal hari ini, selesaikan semuanya hari ini. hal esok, uruskan selepas hal hari ini siap.