"melancong di Melaka, bandar warisan dunia"
hajat hati memang nak melancong ke Melaka untuk dua hari, tetapi atas kekangan masa dan duit, aku telah memilih hari Ahad dan Isnin pagi balik semula ke UKM. tak puas, tetapi memadailah daripada tiada langsung. aku bersyukur kepada Allah, meskipun umi aku orang Melaka, tetapi sejak nenek meninggal dunia, kami dah jarang balik Melaka (kecuali waktu raya untuk melawat saudara-mara). bila balik Melaka dan lalu di hadapan tanah rumah nenek di Ayer Molek, kerap kali aku berazam nak beli balik tanah ni dan nak bina semula rumah nenek yang berwarna hijau. sebab bila balik Melaka, umi mesti nak lalu kawasan ni, meskipun tanah dah dijual, tapi aku percaya umi sangat rindu dengan tanah tu. semoga tanah ini menunggu aku untuk aku beli. sedih pulak...
berbalik kepada melancong ni, aku memilih dua tempat iaitu Menara Taming Sari dan River Cruise Melaka. aku sampai petang jam 3 petang, pusing-pusing cari hotel kat Plaza Mahkota (memang banyak) tetapi aku nak sangat cari yang melayu dan murah. aku dah google dan call semalam, cuma masa yang aku pergi Disember (super peak). antara yang aku tinjau:
berbalik kepada melancong ni, aku memilih dua tempat iaitu Menara Taming Sari dan River Cruise Melaka. aku sampai petang jam 3 petang, pusing-pusing cari hotel kat Plaza Mahkota (memang banyak) tetapi aku nak sangat cari yang melayu dan murah. aku dah google dan call semalam, cuma masa yang aku pergi Disember (super peak). antara yang aku tinjau:
- Hotel deMawardah - nama memang islamik. sebab deMawardah ni ada juga buat Umrah pakej. Telefon: 06 - 2883232. Alamat : G-25, Jalan PM14, Plaza Mahkota, Banda Hilir. harga untuk 2 orang dalam RM129.
- Hotel Mesra Mutiara - aku cari tapi tak jumpa dekat PM14. bila aku call rupanya dekat dengan PM4. telefon: 06 - 2826520. harga untuk 3 orang RM100. aku tak pilih sebab kami dapat offer hotel lain.
- Hotel Syahbandar - agak jauh dari Menara Taming Sari, tapi okay la. aku pilih ni sebab nama dia unik, Syahbandar. hehe.. harga 2 orang dalam RM90. Alamat: Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya 1, 75000 Melaka.
setelah berehat, aku sempat solat magrib di Masjid Selat Melaka. kelihatan kapal mewah (tak ingat nama apa) sedang melalui selat melaka. sangat bercahaya atas kapal tuh. dengan berlatar langit membiru jingga. sangat indah. masyaAllah. selepas solat aku ke tepi laut, kelihatan rumah api di sebelah sana. al-maklumlah, Melaka adalah paling hampir dengan Sumatera. laluan tersempit di Selat Melaka.
setelah tu, aku terus ke Menara Taming Sari. sebab nak elak ramai orang alhamdulillah aku tiba jam 8 malam. dalam 10 minit aku dah boleh naik. bayaran mahal jugak lah. sorang RM20. tapi malam tu dia bagi diskaun (entah kenapa) dan siap diberi cupcake dan air kotak percuma. masa naik tu, seram jugak tapi takde pape pun. tinggi dia lebih kurang 100 meter kot. nampaklah bandar Melaka bercahaya. aku berada di atas tu lebih kurang 15 minit. siap berputar 5 kali kot.. hehe..
aku terus nak ke River Cruise, masa ni dah jam 9 malam. penuh, kenalah aku beratur panjang. hampir 30 minit beratur. yang ni RM20 seorang. mahal memang mahal. dah niat nak peroleh pengalaman di waktu malam menyelusuri sungai. 45 minit sehingga ke Parit Jawa (ye ke? tapi ada Jawa). pemandu bot tu kata pada masa akan datang akan dibawa sehingga ke Melaka Sentral. wah... mesti lagi mahal. masa kat Parit Jawa, ada monorel baru buat kot. tengok dah ada monorel yang berfungsi. RM10 sekali naik. hehe.. aku tak naik lah. kering duit dah ni. lagipun kat KL lagi murah. jarak monorel ni dalam 2 km. dan mungkin akan dipanjangkan lagi.
malam tu terus rehat, bermimpi naik beca. tadi nak naik, tapi sebab dia kata sekali naik RM20. dia bawa ronda Bandar. huhu... kering-kering. teringat juga masa kami balik dari River Cruise, singgah sekejap kat kedai cenderamata jam 10.30 malam kot. kedai hampir tutup. tetapi yang menarik, semua pekedai duduk menghadap tv melihat perlawanan bola separuh akhir 1 Piala AFF 2012 - Malaysia lawan Thailand. dengar kata 1-1.
balik esok pagi jam 7. tengah bergegas ke UKM, tayar pancit kat R&R Ayer Keroh. hehe.... selamat dah berhenti dan dekat dengan Petronas. tahniah... duit kering lagi. yang pasti alhamdulillah, sedikit sebanyak melepaskan tekanan di dalam minda ni. bila balik UKM, berserabut semula.
p/s: alhamdulillah terima banyak pengalaman dalam masa yang singkat.