the making of...
"tahun lepas, aku berhajat untuk buat kad raya secara berperingkat dan 10 bulan lebih awal. namun..."
alhamdulillah bersyukur kepada Allah,
aku telah berjaya mengedarkan hampir 600 kad Ramadhan kepada semua kenalan (cikgu, sahabat dan kawan) pada 10 Ramadhan. sememangnya persiapan selama 3 minggu ini, sedikit sebanyak mengecewakan aku kerana tidak berjaya menghantar sebelum Ramadhan. selain itu, aku terpaksa buat dua kali pengeposan kerana masih ada kawan yang aku terlupa untuk hantar.
perancangan dan azam ku pada tahun lepas ialah untuk
1. [menghantar kad Ramadhan sebelum bulan Ramadhan tiba].
tidak tercapai. selepas 10 Ramadhan ia berjaya dilaksanakan.
2. [membuat kad raya secara berperingkat seperti di bawah:
Oktober - Disember 2011 - kumpul duit sebulan RM100.
Januari - Mac 2012 - dapatkan alamat semua kenalan.
April 2012 - buat rekaan dan hantar ke kedai percetakan (jika murah) atau kedai fotostat.
Mei 2012 - urusan melipat dan mengetip (staple)
Jun 2012 - urusan belian setem dan tampal alamat pada sampul
Julai 2012 - mengepos ke rumah kawan]
tidak berjaya juga, aku telah menangguhkan dan masa telah menjadi terhad dalam tempoh 3 minggu sahaja dan dana terpaksa meminjam duit umi dulu.
3. [melukis karikatur yang comel dan informatif]
ternyata latihan selama sehari menyebabkan lukisanku kabur dan tidak secomel yang diharapkan. peralatan melukis pun dengan menggunakan alat tulis Nabilah Mohammad.
4. [buat dalam bahasa antarabangsa dan bahasa melayu memandangkan kawan aku ada dari luar negara]
berjaya tetapi dengan tulisan yang tidak kemas, ayat berterabur dan banyak kesalahan tatabahasa Inggeris (grammar). rasa malu sangat.
buat kenalanku sekalian (cikgu, sahabat dan kawan),
saya ingin memohon maaf atas kekurangan dan kesilapan dalam kad Ramadhan kali ini. juga saya ingin memohon maaf bagi diri ini yang ada buat dosa terhadap anda sekalian.
terima kasih atas kesudian memaafkan saya. semoga kita semua diberkati Allah.
p/s: saya akan terus berusaha memperbaiki diri dan kad saya ini di masa akan datang.