Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadan1: ambang.

"macam ambang tahun baru, semua orang tidak sabar menanti detik jam 12 tengah malam"


tetapi aku tidak sabar menanti detik laungan azan Maghrib. malam ini merupakan hari pertama dalam bulan Ramadhan. Ya Allah betapa bahagianya apabila bertemu dengan penghulu segala bulan. Malam ini detik kita untuk mengaut sebanyak mungkin pahala dan ganjaran daripada Allah. 


perkara yang wajib dibuat:

  1. syukur kepada Allah kerana memanjangkan usia kita di bulan ini.
  2. muhasabah diri akan dosa-dosa yang lalu dan memohon taubat Allah.
  3. menghayati dan mengkaji juzuk pertama di hari pertama dan begitu juga berikutnya.
  4. perancangan sebulan ini untuk maju ke hadapan.
insyaAllah semoga dengan muhasabah masa lepas dan semasa serta rancangan masa depan pada malam ini, akan membantu kita melonjak diri dengan lebih maju dan baik ke hadapan!

selamat bermuhasabah dan selamat menambahkan iman!


Selasa, Julai 10, 2012

majlis ilmu


menjelang Ramadhan ini, rasanya nak buat banyak kebaikan dan nak menambahkan ilmu-ilmu dalam diri. agar bila dah masuk Ramadhan, aku sudah menjadi senang sebab dah terbiasa sebelum Ramadhan meskipun lagi 13 hari. antaranya dengan baca AlQuran, tengok 30 minit ustaz Don TV Hijrah, tanyalah ustaz TV9 sebelum pergi kerja. semasa kerja sambil menaip dalam komputer riba, pasang alunan AlQuran pelembut hati. tak perlu pasang kuat, sayup-sayup pun takpe. dalam poket kena ada tasbih, bila jalan-jalan atau tunggu seseorang boleh berzikir. bila ada tasbih ni, kita rasa sedar yang kita zikir, kalau di mulut sahaja, kadang kita tak sedar. InshaAllah, aku kena berusaha sekarang. 


"ya Allah, panjangkan hayatku sehingga bulan ramadhan dan seterusnya"

aku telah kemaskini, blog:
1. English - Vietnamese in Mosque
2. UBi - Sebarkan Cinta-Mu
3. Novel - hanzalah ep.5 termenung

klik di atas.

Khamis, Julai 05, 2012

malas nak tulis

"kemalasan itu semakin menjadi-jadi. apa cara atasi?"


seminggu berlalu dan aku masih tak kemaskini blog, percayalah aku punya banyak idea nak tulis, tetapi aku tak sempat nak tulis. hmm... sebenarnya bukanlah tak sempat, tetapi bila depan komputer, tangan dan otak jadi buntu. nak curahkan idea yang ada ni seolah-olah disekat. 
"adakah kerana diri ini penuh dosa dengan Allah?"


sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, aku masih tidak dapat idea nak menulis. aku perlu muhasabah diri ini terlebih dahulu. buat masa ini, rujuklah Facebook saya dengan info dan idea yang saya lontarkan. "semoga kita dapat berkongsi bersama." hari ini, aku mahu kongsi persediaan untuk ramadhan melalui grafik gambar di bawah. aku peroleh daripada sumber Facebook. 







"Semoga Allah balas jasa individu yang telah hasilkan grafik ini."