
"Assalamualaikum, bang... derma anak yatim"
setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.



Al-Kisah Fatih ep.4Masih ramai yang bertudung. Tetapi pelbagai bentuk tudung boleh disenaraikan. Bertudung labuh, bertudung jarang, bertudung bonggol, bertudung nampak jambul, bertudung ala artis (Yuna, Siti Nurhaliza, Bienda, Ariani). Menutup aurat bukanlah untuk kelihatan lawa dan mengikut fesyen terkini. Apakah perempuan ini masih tidak faham dengan bahagian mana yang perlu ditutup? Rambut yang ikal mayang perlukah ditutup? Dada? Leher yang jinjang tidak boleh didedah? Lengan panjang dan berkulit putih juga perlu disarung? Pusat juga? Peha dan betis? Kaki kena pakai stoking? Lecehnya jadi perempuan! Fatih hanyalah lelaki, buat apa perlu dia peduli kepada masalah perempuan.
Fatih menanti 4 minit keemasan ini dengan matanya berkeliaran melihat ragam sekeliling manusia. Tangan kanannya masih memegang erat telefon bimbitnya. Bibir atas dan bawah saling bertemu dengan lidah yang terus menyusun atur istighfar. Hati terus menerus diransang nafsu dengan pandangan dua bola mata. Hanya iman di dada Fatih yang mampu untuk mencegah hati dikuasai nafsu. Penangan mata sangat menakutkan. Masa terus berlalu pergi….
