
setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Ahad, Oktober 24, 2010
jahil dan ustaz Ibrahim

kemas bilik
Jumaat, Oktober 22, 2010
anak kecil berlari

Selasa, Oktober 19, 2010
Al-Kisah Fatih ep.4: pandangan
- kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak.Janganlah terasa ye.
- kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah.bersabarlah dan ingatkan penulis.
- digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahanuntuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
- maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
- semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
- ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai).jadikanlah ia untuk keuntungan bersama(nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Al-Kisah Fatih ep.4Masih ramai yang bertudung. Tetapi pelbagai bentuk tudung boleh disenaraikan. Bertudung labuh, bertudung jarang, bertudung bonggol, bertudung nampak jambul, bertudung ala artis (Yuna, Siti Nurhaliza, Bienda, Ariani). Menutup aurat bukanlah untuk kelihatan lawa dan mengikut fesyen terkini. Apakah perempuan ini masih tidak faham dengan bahagian mana yang perlu ditutup? Rambut yang ikal mayang perlukah ditutup? Dada? Leher yang jinjang tidak boleh didedah? Lengan panjang dan berkulit putih juga perlu disarung? Pusat juga? Peha dan betis? Kaki kena pakai stoking? Lecehnya jadi perempuan! Fatih hanyalah lelaki, buat apa perlu dia peduli kepada masalah perempuan.
Fatih menanti 4 minit keemasan ini dengan matanya berkeliaran melihat ragam sekeliling manusia. Tangan kanannya masih memegang erat telefon bimbitnya. Bibir atas dan bawah saling bertemu dengan lidah yang terus menyusun atur istighfar. Hati terus menerus diransang nafsu dengan pandangan dua bola mata. Hanya iman di dada Fatih yang mampu untuk mencegah hati dikuasai nafsu. Penangan mata sangat menakutkan. Masa terus berlalu pergi….
Jumaat, Oktober 01, 2010
motor cuba dicuri

komentar di facebook.com
- aku merasakan dia nak mencuri dan angkut bawa lari motor tu.
- tetapi mungkin kawasan parkir tu agak terbuka, mungkin ada ramai lalu lalang, jadi dia rasa tidak selamat.
- dia pun lari dan tak sempat nak curi.
- kalau ada CCTV mungkin dia tak buat.
- kalau dia mengetahui ada Allah melihat, pasti dia takkan berani melakukannya!
berzina & bunuh
- lelaki yang dibunuh tu yang tak sempat bertaubat - nauzubillahiminzalik (minta dijauhkan).
- harap si isteri dapat bertaubat segera. meskipun membunuh adalah dosa besar, tetapi kalau dah amarah vs cemburu berganda2, akal memang tak mampu berfikir lagi kesan tindakan. hmm... kawallah amarah kita...
Selasa, September 28, 2010
Al-Kisah Fatih ep.3
- kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
- kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah paling lama seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
- digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
- maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
- semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
- ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com
Al-Kisah Fatih ep.3Kehausan tekak Fatih kian terasa. Jarum jam tangan Fatih menunjukkan pada nombor 6 dan jarum minit pada nombor 4, masih berbaki 9 minit dan 45 saat untuk bertemu di kaunter informasi. Pertemuan yang sangat dinantikan sejak dua tahun yang lalu. Tangan kiri ingin mencapai kembali novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ karya Nor Atiqah Ghazali, namun, hatinya masih tidak tenteram dengan situasi Noraini yang semakin berpakaian seksi untuk melayan nafsu lelaki. Fatih tidak mahu merosakkan pertemuan yang dinantikan ini diselaputi dengan hati yang resah. Novel diletakkan dengan rapi di dalam beg sandangnya, lantas bangun daripada bangku berdekatan dengan restoran Secret Recipe. Masih berbaki 9 minit, kaki melangkah melalui lorong kecil bersebelahan restoran McDonald dan menembusi ruang legar utama KL Sentral. Pelbagai ragam manusia yang lalu lalang dan keluar masuk daripada stesen komuter KTMB menuju ke destinasi masing-masing. Esok bermula kembali hari untuk semua bertungkus-lumus mencari rezeki dan menuntut ilmu. Pasti cuti selama dua minggu masih belum puas dinikmati.
Air mineral botol kecil berjenama Cactus berpenutup biru dibeli Fatih dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan gaya hidup di Kuala Lumpur. Punca air dari Taiping ini sangat melegakan. Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tidak terhingga. Masih berbaki lima minit, Fatih tidak pasti hendak melakukan apa pada tika ini.
Pilihan yang ada:
Membaca novel yang meresahkan
2. Melihat ragam orang lalu lalang
3. Memadam SMS yang lama tersimpan dalam telefon bimbit
Mana yang perlu Fatih lakukan untuk mengisi masa yang ada? Adakah mahu dibazirkan begitu sahaja?