Isnin, September 24, 2012

tolong saya banyakkan sujud

"pujaan hatiku Muhammad SAW, tiada siapa berhak menghinanya!"

[petikan hadith daripada blog teknikmotivasi:
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Rabi'ah bin Ka'ab melaporkan, katanya: "Saya pernah tidur malam bersama dengan Rasulullah. Maka saya sediakan air untuk berwuduk dan keperluan lain untuk beliau. Lalu Rasulullah berkata kepada saya, 'Mintalah apa yang saudara mahu.' Saya menjawab, 'Saya mahu mendampingi tuan di syurga nanti, wahai Rasul Allah!' Rasulullah berkata lagi, 'Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?' Aku menjawab, 'Itu sahaja yang saya mahu.' Lalu Rasulullah berkata, 'Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.'" -- Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik oleh Imam Muslim]

alangkah indahnya hidup bersama Rasulullah dan pastinya tidak sama langsung jika dapat bersama dengan artis K-Pop (dan artis lain). artis hanya cantik dan hensem hanya di kaca TV, skrin laptop dan helaian akhbar, namun, di belakang kita apakah dia baik dan berakhlak mulia? mencari insan yang serupa Rasulullah dengan terserlah keperibadiannya dan akhlaknya itu pasti sukar.


seperti artis K-Pop (dan artis lain), andai tak dapat menjadi hensem dan cantik sepertinya, sekurang-kurangnya ikut gaya rambut, fesyen pakaiannya, cara jalannya. akhbar dikerat-kerat dan disimpan cantik dalam album peribadi. majalah berkaitan dibeli dan album dicari. Rasulullah itu lebih hebat dari mereka, tetapi nak kerat akhbar tak boleh, nak ikut fesyen tak pernah tengok mukanya.

tidak salah kita selawat ke atasnya lebih banyak daripada mengalun lagu-lagu K-pop (dan lagu lain) di bibir merah kita. nak tiru gaya, tiru akhlak Rasulullah? jom baca hadis atau buku tentang perlakuan Rasulullah. Rasulullah kan seperti Al-Quran yang berjalan. boleh juga kalau kita baca AlQuran setiap selepas solat dan ambil penghayatan di dalamnya. buat apa hendak percaya video karut dan tohmahan orang yang tak cinta dan kenal Rasulullah. kalau kita marah artis K-Pop (dan artis lain) yang kita suka dihina dan dikutuk, ini Rasulullah yang lebih agung dihina, bagaimana?

mereka mungkin tak kenal Rasulullah siapa, sebab dalam hati mereka tiada langsung ruang untuk Rasulullah. kita? tunjukkanlah akhlak dan keperibadian seperti Rasulullah kepada mereka.

ye, mereka (penerbit dan pengarah filem) itu di Amerika, tetapi mereka (penonton) ada di sekeliling kita. malah sebab ketidakfahaman mereka kepada Rasulullah, kita pun kutuk dan hina dia. bagaimana dia nak lihat Rasulullah dalam diri dan akhlak kita?

Allahu Rabbi... berbalik kepada hadith tadi, Rasulullah mohon kita untuk banyakkan bersujud (terutama dalam solat), jika kita mahu untuk berdamping dengan pujaan hati kita ini. Jom!

Selasa, September 04, 2012

semua orang punyai masalah

"kadangkala bila kita senang, kita lupa diri"


gambar hiasan tetapi realiti: sumber internet

kita tak pernah beringat dengan apa yang kita telah lakukan kesilapan. bila kena kat batang hidung sendiri, kita baru tersedar. bila kawan kita dalam kesusahan, kita selalu cakap sesuatu yang kita rasa 'penyedap ayat'.

tetapi bagi diri penanggung, 'penyedap ayat' hanya menyakitkan hati. penanggung akan merasa sia-sia mengadukan masalah yang menimpanya. ini berbeza dengan sahabat baik yang memahami diri kita.

beruntung bagi mereka yang sudah ada sahabat baik (ataupun suami/isteri sebagai tempat mengadu), bagi mereka yang tiada tempat mengadu? 

hanya Allah tempat dia bersujud dan menyembah. adukan segala masalahnya. biar Allah bukakan pintu hatinya, selesaikan masalahnya! AlQuran perlu jadi sahabatnya di dunia, peneman diri di mana sahaja.

p/s: nasihat buat diriku yang selalu lupa.