Rabu, Januari 07, 2009

ratapan palestin

"Wahai Akhifillah, 
Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?
Jika Milik Kita Yang Suci Dihina,
Dan Tempat Kita Dihancurkan,
Dan Kau Tidak Menjadi Marah?Jika Sifat Perwira Kita Dibunuh,
Dan Kehormatan 
Kita Diinjak-Injak,
Dan Dunia Kita Berakhir,

Dan Kau Tidak Menjadi Marah?
Jadi Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?
Jika Sumber Bumi Kita Dirampas,
Dan Institusi Kita
 Diruntuhkan,

Dan Masjid-Masjid Kita Dihancurkan,
Dan Masjid Al-Aqsa Dan Al-Quds Kita Tetap Dirampas,
Dan Kau Tidak Menjadi Marah?

Jadi Beritahu Aku,
Bilakah Kau Akan Marah?

Musuhku, Atau Musuhmu,
Menghina Kehormatan,
Darahku Dijadikan Mainan Oleh Dia,
Dan Kau Jadi Penonton Permainan."

Ahad, Januari 04, 2009

jom boikot lagi

"impak besar ke kalau boikot?"

ada kawan aku SMS semalam.
sejak kebelakangan ni ramai jugak yang mesej ttg keganasan di palestin.
agak sayu aku baca. dan ada juga SMS minta buat hajat dan doakan kesejahteraan umat Islam.
aku bersyukur kepada Allah, masih 
ramai muslim yang sedar penindasan muslim di palestin adalah perkara yang amat serius.

aku khuatir, mungkin ramai yang dah buat solat hajat dan berdoa.
tapi apakah mereka tahu mereka mampu menolong umat islam di sana?
meskipun kita jauh dari palestin, tapi ada suatu cara yang kita mampu umat islam di sana.
apa cara?
boikot!!

kalau kita lihat isu nabi muhammad dikarikaturkan, bagaimana kita berusaha 
bersungguh2 untuk memboikot produk belanda.
lihat betapa kecutnya perut manager2 syarikat belanda.
sehinggakan mereka pun mengutuk tindakan gilbert (betul ke nama dia?) tu.
apakah kita tak boleh lakukan perkara yang sama??
jom kita boikot lagi produk amerika dan israel.

ni senarai yang aku dapat. (yang lain, sila search internet)
  • kotex
  • danone
  • mcD
  • maggi
  • the sun
  • coca cola
  • nestle
  • starbuck
  • tommyhilfinger
  • kitkat
  • carrefour
  • garnier
  • disney
  • ambipur
  • johnson n johnson
  • kleenex
  • hugo boss
  • apatah lagi rokok !! 
jadi, jomla boikot.
[di rumah.. jam 8.45 pagi. ahad 4jan09]

ulasan pandangan tun M ttg PPSMI

ULASAN PANDANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PPSMI




Ole-Ole Dari Beijing
Dr AwangPandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran GAPENA baru-baru ini bahawa PPSMI patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Tun masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

Isunya ialah bahawa hujah Tun merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai sains dan matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah  dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

Adakah Tun bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh Kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?

Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi. 

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Tun tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris. Kita perlu membedakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pemelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!

Tun turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi “Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan”. Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ingatlah juga kata orang tua-tua “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Prof. Dr Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China
Universiti Pengajian Asing Beijing

25 November 2008

Sabtu, Januari 03, 2009

email: oh indonesia

ni rujukan email yang saya peroleh untuk pos saya dulu

Mungkin ada yang perasan tentang perkara ini dan ada yang belum perasan dimana sebuah Negara jiran kita yang diberi nama Indonesia telah Berjaya menjelajah Negara kita walaupun mereka tidak secara reality.

Apa yang saya maksudkan disini ialah kita telah banyak menerima apa-apa yang dating daripada Negara tersebut, secara jelas kita boleh lihat darisegi hiburan, berapa peratus anak-anak muda yang suka kepada lagu-lagu tempatan hinggakan timbul isu lagu dalam Negara kurang laku, Sampaikan kebanyakkan penyanyi kita juga banyak meniru gaya artis-artis dari Indonesia.

Itu dari sudut hiburan biasa, tidak kurang juga pengaruh kepada hiburan islamik seperti nasyid. Nasyid kita sekarang sudah terlalu jauh lari dari fungsi sebenar nasyid kerana mereka lagu mereka lebih kurang dengan lagu-lagu biasa. Tetapi penasyid-penasyid dari Indonesia masih mengekalkan nagu-lagu dakwah dan ketuhanan walaupun mereka membawa dalam pelbagai bentuk seperti Rap, Rock, dan sentimental.

Para ilmuan-ilmuan juga banyak merujuk kitab-kitab daripada Negara itu kerana intipatnya mudah difahami dan Negara itu yang mula-mula menterjemah kitab arab kepada bahasa Indonesia dan ia menjadi rujukan kepada para pelajar mahupun cendikiawan.

Dari segi serangan pemikiran juga tidak kurang hebatnya kerana Negara itu juga merupakan pengamal Islam Liberal yang pernah diperjuangkan oleh IFC kat Malaysia ini. Islam Liberal ialah satu fahaman dimana Islam mengiktiraf kesaksamaan kesemua agama. Contoh dalam satu keluarga bermula dari Ayah,mak hingga ke anak bongsi masing-masing beragama berlainan.

Ada satu lagi perkara yang sentiasa dirujuk dan dikaji ialah sejarah Wali Songo 9orang. Wali songo merupakan kumpuan pendakwah yang menybarkan agama Islam dengan pelbagai cara. Ada yang menggunakan cara alat muzik, wayang kulit, nyanyian, tarian, silat dan berdakwah biasa seperti yang kita selalu tengok.

Selain dari perkara diatas kita juga banyak bergantung kepada sumber manusia daripada Negara itu, sekarang kia boleh lihat warga Negara kita membanjiri Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sector pekerjaan yang memerlukan keringat yang besar sebagai contoh kuli membuat bangunan seperti KLCC, KL Tower itu semua jasa mereka…he..he… sebab apa? Jawapan nya ada 2 sahaja antara rakyat kita semuanya sudah pandai dan belajar tinggi atau pun yang belajar tak pandai tetapi memilih pekerjaan yang ada “Class”.

Sama-samalah kita renungkan Negara itu juga yang kita pandang rendah, dan dari Negara itu juga yang kita ambil seperti penulis artikel ini. Saya orang Malaysia tetapi saya menceritakan kehebatan dan keburukan Negara INDONESIA…….

Islam Abad 21, refleksi dan agenda masa depan

Islam Abad 21, Refleksi dan agenda masa depan (Dr Yusuf al-Qardhawi)

Buku ini mengungkap secara khusus permasalan ummat 
Islam yang berlaku sekitar Abad 21. Permasalah yang
merangkumi aspek keilmuan, globalisasi, Zionisme,
keadilan dan kesatuan Ummat.

Permasalah kesatuan ummat, al-Qardhawi menegaskan
beberapa aspek penting yang diperlukan bagi menangani
pemecah belahan ini, dengan melihat kesatuan bukan
sahaja di kalangan ummat Islam malah bukan Islam yang
hidup secara aman dibawah pemerintahan Islam.

Al-Qardhawi menggagaskan kesatuan antara Islam dan
Kristian, sebagai ahli kitab dan penduduk negeri, Ahl
Darr, yang dinyatakan juga di dalam surah al-Maidah:
5, Allah membenarkan lelaki muslim kahwin dengan
wanita ahli kitab dan makan makanan mereka.

Di dalam beberapa peristiwa juga seperti yang pernah
ditulis al-Qardhawi di dalam tulisannya Bayyinatt
al-Hillu al Islami. Terdapat beberapa pemimpin
Kristien yang labih bersemangat di dalam membela Islam
dan tanah Islam seperti Suriah Faris al-Khuri.

Berkait rapat dalam hal yang sama juga al-Qarhawi
menyatakan Kristian juga antara yang kuat menyokong
perjuangan Palestin dan menentang Zionis. Di dalam
satu muktamar al-Quds, yang pernah diadakan di Beirut
pada 1996, telah dianjurkan bersama Islam dan
Kristien, bertemakan Muslimun Masehiyun Ma'an min Ajli
Al-Quds, Muslim dan Kristian bersama Demi al-Quds.
Muktamar ini turut dihadiri oleh Ramai Ulama, Ilmuan
Islam dan Pendeta Kristian, termasuk Qardhawi sendiri.

Di sini juga al-Qardhawi menempelak, sesetengah
pendapat lama fuqaha yang dilihat tidak tepat di dalam
menjawap isu minoriti Islam di dalam Negara majority
Islam. Penganut bukan Islam juga dibenarkan untuk
turut serta di dalam ketenteraan untuk membela tanah
air dan Islam, dan mereka juga dibenarkan untuk
membayar cukai seperti mana sistem zakat.

Hal ini juga, akhirnya Qardhawi menyeru kepada ummat
Islam untuk melihat kekuatan ummat dan masa depan
Islam turut di dorong oleh minoriti bukan Islam.
Usaha-usaha yang diistilahkan sebagai jahat, cuba
untuk memecah belahkan perpaduan barisan keharmonian
di dalam kepelbagaian yang dianjurkan oleh Islam harus
dibendung dan dihapuskan.

Khamis, Januari 01, 2009

idea tazkirah?

jumaat 2/1/09
aku diminta untuk memberi tazkirah untuk majlis sambutan maal hijrah UPSM.
diberi masa dalam 30 minit. lama tuh.
sasaranmungkin 30 orang.
sahabat sekalian, ada idea topik yang patut aku sentuh tak?
harap dapat membantu.
terima kasih.

p/s: kalau ada tips jadi pentazkirah terbaik, plzz...
[mencari2 idea yang menarik. supaya kesannya mendalam. hmm...]

belitan otak aku tentang evolusi

“apakah teori evolusi itu benar?”

Satu persoalan yang agak mengejutkan aku.
Secara tak semena-mena, prof AI dalam pelajaran botani kriptogam mencerita tentang teori evolusi.
Untuk makluman semua, prof AI bukan fokus sangat pasal teori yang manusia ni datang dari beruk. Tapi....

Ceritanya begini,
Prof AI ceritalah apa itu kriptogam.
Kriptogam ni adalah tumbuhan tahap rendah. Macam lumut, paku pakis, dan alga.
Lepas tu prof ceritalah sejarah dunia ni.
Dengan rajah perjalanan masa bumi dalam bentuk jam (12jam = 600bilion tahun).
15 minit pertama, bumi takde hidupan. Disebabkan banyaknya gas beracun.
Selepas 15 minit pertama, baru ada hidupan paling primitif, iaitu bakteria.
Selepas 20 minit kemudian, baru alga muncul.
Jam 9, baru muncul tumbuhan vaskular, diikuti oleh dinasor.
5 minit terakhir barulah, mamalia dan manusia muncul.

Proses ini mengambil masa yang lama.
Dari bakteria nak ke alga ambik masa berbilion tahun.
Tak mungkin berlaku dalam satu dua tahun. Mustahil.
Teori evolusi dikaji dan didapati benar.
Tak mungkin dalam satu bilik yang tertutup, terkunci rapat, yang tinggal hanya seorang di dalam.
Mana mungkin seorang itu menjadi dua. Dari mana ia masuk?
Melainkan kalau dari seorang tu dia membiak dari dia jugak, membentuk seorang lagi.

Kiranya, yang aku faham, bakteria membentuk alga, tumbuhan vaskular, dinasor, dan mamalia.
Ini disebabkan pengasingan yang berlaku. ( tak perlu aku hurai)
Kira kalau nak ikut evolusi, kita berasal dari bakteria. Dan setelah 600 bilion baru manusia terhasil.
Dipendekkan cerita, dalam AlQuran, mengatakan adam dan hawa diturunkan ke bumi.
Adakah adam dan hawa diturunkan ke bumi sebagai jasad atau roh?
Huh, prof suruh kami fikir.
Aku risau kalau bab2 macam ni disuruh fikir. Takut terpesong.
Aku akan rujuk AlQuran dan hadis. Aku akan cuba rujuk pakar dan ustaz.
Dan yang paling penting aku nak jumpa prof AI. Apa maksud dia sebenar?
WAJIB jumpa prof AI !!

[dk132bb, fakulti sains dan teknologi, UKM, jam 1 petang]