Khamis, Julai 11, 2013

ajarkanku agama?

selepas menunaikan solat sunat terawih, aku bertemu dengan sahabat lama ku semasa zaman kanak-kanak. dia sangat berbeza  dan dia memintaku sesuatu "boleh ajar aku agama?"

aku perhati dari jauh, ada seorang jejaka sedang bersandar di dinding sebuah masjid. melihat di sebelahnya ada buku tebal. fikirku dia ni mesti penjual buku. mana ada orang datang masjid bawa buku. aku saja meletakkan botol air berdekatan dengannya dan cuba bergerak pergi ke saf hadapan. dia menegurku.
"bushra?"
"eh, saya bukan bushra. arrabe"
"oh, robe', ko kenal aku?" dia bertanya dalam keadaan takut-takut.
aku tergamam. dan beliau beritahu namanya.

terus aku teringat beliau dan aku lihat fizikal berubah dari gemuk kepada kurus. seorang yang ceria kepada seorang yang macam muram. soalan lazim ku,
"ko kerja dah?" dia geleng kepala
"oh, ko belajar lagi ye?"
"aku berhenti separuh jalan" wajah muram.
lidah aku gatal tanya, "kenapa?"
dia pandang aku lama... mungkin tengah fikir sesuatu.
"oh, ada masalah ye..." aku senyap. tukar topik.
aku teruskan perbualan biasa dan aku cuba akhiri dengan
"boleh minta nombor telefon, nanti senang kita contact"
"tapi nombor aku tak leh SMS" sambil dia tunjuk skrin pecah.
"takpe, nanti aku call."

aku cuba bangun.
"boleh ko ajar aku pasal agama?"
aku tersentak. aku duduk semula dan cuba rapat dengan beliau.
masa tu kaki aku mula buat hal. sakit sebab duduk lama. sambil muka tahan sakit dan bertanya kepada dia.

"aku rasa sunyi sejak mak aku meninggal 10 tahun dulu"
bermula lah cerita beliau.
bagi aku, terlalu banyak perkara yang dia telah terjebak.
"aku takde kawan, yang ada kawan semua yang macam perli aku nak belajar agama"
"aku ada jumpa seorang ustaz, beliau suruh aku pergi masjid ini, sebab masjid ni banyak pengisian."
"ayah aku pun bukannya bagi semangat, malah dia jatuhkan aku"



aku teringat kisah nabi Muhammad SAW yang didatangi oleh orang yang nak tahu/ belajar tentang islam, namun, nabi berpaling darinya kerana baginda sedang menyampaikan dakwah kepada pembesar Makkah. kemudian, Allah tegur Baginda menerusi firmannya dalam surah Abasa ayat 1- 11.

apakah yang patut aku mulakan? sahabat sekalian berikan aku pandangan.

suaminya curiga

mendengarkan kisah rumahtangga seorang kawanku, aku rasa memang beliau bersalah, mujur, suaminya bijak dalam mengawal emosi.

aku kenal beliau sebagai seorang isteri yang sangat solehah dan baik. mempunyai 2 cahaya mata yang sangat baik, pertuturan katanya juga sangat teratur. satu hari semasa di tempat kerja, aku melihat dia sangat gembira, hendak pergi ke satu tempat bersama rakan perempuanku yang lain.
aku tanya mereka "hendak ke mana?",
mereka beritahu aku "rahsia".
terdengar beliau berkata kepada rakanku itu,
"kita pergi sekejap je kan, tak perlulah beritahu suami akak".
aku berasa tidak sedap hati.

hari kedua, pagi itu aku bertemu dengan suami beliau di kedai roti yang sangat aku suka. berbual santai dan aku tak ingat langsung akan kes semalam. suaminya pun tak bertanya apa-apa. setibanya aku di tempat kerja, aku beritahu beliau,
"akak, saya jumpa suami akak tadi."
"oh, di mana?"
"ada kamu beritahu akak pergi mana semalam?"
"eh tidaklah akak"
"jangan beritahu ya! itu rahsia"

hari ketiga, aku masuk tempat kerja, aku melihat kakak dan tegurnya,
"apa perasaan akak hari ini?"
entah kenapa aku tanya soalan itu, tetapi aku hanya mahu bergurau dengan beliau.
lantas dia bertanya "kamu ada beritahu pape pada suami akak ke?".
aku tergamam. "eh, takdelah akak. kenapa?"
"dia sudah tahu..."

lantas dia bercerita bagaimana suaminya dengan penuh santun bertanya isterinya tanpa memarahi. beliau selidik dulu, sampai terbukti memang akak itu yang bersalah. kakak itu terus minta maaf dan suaminya tidak mahu beliau mengulanginya lagi.

"jangan biarkan tipu itu membelit dirimu", kata suaminya.


aku rasa sangat takut dan aku tak pasti jika aku berhadapan situasi sama, apakah reaksi aku. ya, sebagai seorang suami, aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan ambil tahu ke mana sahaja isteriku lakukan dan ke mana. pastilah, aku akan marah jika aku ditipu. kisah ini aku sedar, menjadi seorang suami tidak boleh terus menghukum. kita harus selidik, bijaksanalah, sayangilah isteri sebaik mungkin dan nasihatkanlah dengan sebaiknya.

p/s: suaminya menggunakan maxis finder. mungkin dia sudah tahu pada hari pertama, tapi sengaja dia senyap 24 jam. dan hari kedua baru ditanya isterinya.

Khamis, Julai 04, 2013

Facebook terkena SPAM

musibah, bagiku ini musibah yang besar.
melihat status seseorang yang aku hormat, beliau tag nama aku, jadi aku klik link tersebut. mungkin ada perkara penting beliau ingin beritahu. tak ku duga. ini hanya kerja SPAM.

mulai marah dan menyesal. sebelum sempat aku bagi amaran kat kawan-kawan di FB, laptop jadi lembap, status pun tak boleh sebab ada seseorang sedang menyebarkan SPAM, dan FB bagi amaran dan aku akan disekat selama 2 hari. aku teringat Twitter aku bersambungan dengan FB. hanya Twitter menyelamatkan keadaan.

ingat dah selesai, teringat aku akan "dosa yang berterusan". pabila orang lain klik, orang lain akan sumpah seranah, dan ia pasti bermula dari aku. aku telah menyebarkan kemarahan, akhirnya dosa aku bertambah2.

segera aku tukar kata laluan, klik aktiviti log, punya banyak SPAM yang dibuat pada grup yang aku sertai. aku tak dapat nak cari mana SPAM yang tag nama rakan-rakan aku. hanya aku nampak Pn. Lini Ukm telah terkena musibah dek aku. terus aku bantu dia untuk beritahu jangan klik.

aktiviti log lain, klik gambar budak lelaki remaja. hensem lagi. bangsa turki. entah lah dia. selamat takde video atau gambar porno. yang ada dia like/follow grup musik dan pakaian. kalau porno, bertambah lagi dosa aku! mentang2 nak Ramadhan, kalau boleh biarlah dosa aku sikit sebelum masuk Ramadhan. leh tambah pahala2. zaman sekarang ni teruk!





sempat google translate "Çok uğraştım arkadaşlar izler misiniz ?" = Do you watch friends tried so hard?.. aku tak faham, tapi macam sian dia. nak kawan kot.

Ya Allah lindungi kami... kurang ajar kau Syaitan, berani kau hasut aku untuk buat kejahatan, tengoklah aku akan balas dendam, aku jadi insan yang lebih bertaqwa!!

rasa nak menangis dengan dugaan sekecil ini.
banyak dosa agaknya. musibah seketika.

Ahad, Jun 23, 2013

menjelang 15 hari lagi

there's something in my heart, I wish to achieve  something this Ramadhan. starting from today (15 days before Ramadhan).

aku mulakan dengan mendengar kuliah yang baik, tanyalah ustaz Tv9 oleh Ustaz Roslan UM. beliau kata, terdapat banyak hadis dhaif dan maudhu', jadi berhati-hati, jangan mudah menyebar maklumat dan info palsu. apa yang aku baru tahu, buku amalan bertukar dalam Lailatul Qadr bukan Nisfu Syaban. tiada amalan khusus untuk Nisfu Syaaban, tetapi tiada masalah kalau nak perbanyakkan amal ibadat di malam hari ini, sebab Allah akan mengampunkan dosa kita.

tiada apa yang perlu dikalutkan, tidak perlu bertelagah pasal kelebihan Nisfu Syaaban, amalkan apa yang kita yakin dengan amal ibadat kepada Allah dan persediaan untuk menempuh Ramadhan. yelah, kita nak masuk Ramadhan, perlulah ada stamina, ada momentum ibadah yang baik.

Maksud momentum ibadah tu maksudnya, kalau kita cadang bulan Ramadhan ini nak banyakkan baca quran dan ibadah sunat, kita kena mulakan dengan sebelum Ramadhan lagi. jadikan ia rutin harian agar ia mudah untuk kita laksanakan. momentum yang kuat akan menghasilkan hasil yang besar! jadi lagi rajin dan bertungkus-lumus kita usaha untuk buat dan amal benda baik sebelum Ramadhan, pasti bila Ramadhan kita akan teruja untuk buat lebih banyak. momentum yang besar!

4 pagi
aku insan biasa, mungkin lebih teruk dari anda. aku sedang usahakan set jam 4 pagi setiap hari, dengan hasrat bangun pagi sendiri, tak perlu menanti umi tercinta kejut. selagi aku tak berjaya, aku masih belum berjaya disiplin diri. set jam loceng 4 pagi.

aku terbayang jika setiap 4 pagi aku bangun, mandi, solat sunat dan baca quran, aku akan ada masa yang berkualiti untuk membaca jurnal dan tesis, sahur bersama keluarga dan solat jemaah bersama keluarga.

berat badan
ringan berat badan. itu sesuatu yang menjadi target aku sebelum Ramadhan, setiap hari aku akan bersenam untuk pastikan kalori terbakar dan lemak-lemak aku ditukar menjadi tenaga. supaya aku lebih segar dan bertenaga dalam ibadat. kurangkan makan nasi dan elak makan malam. banyakkan minum air.

aku terbayang jika berat badan dapat diturun 15 kg dalam masa 15 hari ini, aku akan dapat tubuh badan normal yang sihat. aku ringan untuk solat terawih 20 rakaat + 3 witir di masjid hasanah. di samping itu, bila terbiasa malam tak makan, nanti harap masa berbuka nanti aku tak banyak makan dan berjimat. sekaligus, manfaat kepada badan untuk melakukan ibadah.

baca quran
aku cuba sedaya upaya untuk membaca dan amalkan surah lazim setiap pagi dan maghrib. misalnya pagi yasin dan 10 ayat terakhir Kahfi manakala, petang Rahman, Waqiah dan Mulk. memang benar, istiqamah ni payah. susah nak konsisten. pasti ada hari aku terlepas amalan ni. Matsurat juga kadang terlupa. tilawah pun baru surah An'am. kena rajin baca Quran. bila kita selalu baca Quran, nanti misi untuk hafaz pun jadi senang.

aku terbayang jika Quran menjadi muzik di telingaku untuk aku berehat dan tidur. tiada muzik lain akan mengganggu. pasang niat yang baik, kita cuba istiqamah meskipun payah. Allah akan bantu kita.

menjelang 15 hari lagi, masih banyak yang aku perlu persiapkan diri.
Ya Allah berikan aku kekuatan untuk pulun habis Ramadhan ini.

&ZAR bakery

selama 7 hari berlalu, ini hari kelima aku berada di sini. setiap pagi bermula jam 8 pagi sehingga jam 10.30 pagi. fish fillet menjadi menu sarapanku dan segelas air panas hanya RM1.80, jimat dan mengenyangkan. aku akan pastikan aku membawa sachet kopi Radix untuk dicampurkan dengan segelas air panas. duduk di meja  bulat kaca di sisi tiang dengan plug di bawah meja itu.

iringan muzik santai inggeris, klasik indonesia dan klasik malaysia dan setiap Jumaat zikir dan nasyid akan didendangkan. sambil duduk menghadap lukisan tangan pemilik kedai. tiada tempat seperti ini setakat ini, tempat makan dan tempat buat kerja yang menyenangkan hati. layanan pekerja yang baik dan khidmat yang memuaskan hati aku.

terus ku membuka laptop, dua jam setengah aku manfaat untuk menulis diari harian, menulis tesis, dan membuat kerja pembantu penyelidik. alhamdulillah, Allah memudahkan aku dengan memberikan idea dan ilham. tiada apa yang lebih menyenangkan hati apabila kita dapat semangat belajar!

semangat belajar banyak dipengaruhi persekitaran. 

membaca seseorang

semalam sempat berbual panjang dengan seorang sahabat. sahabat yang baru aku kenali seminggu. tetapi dia sudah mampu untuk baca perwatakan aku. fuh, aku tak dapat baca dia lagi, tapi dia cepat tangkap aku. adakah aku mudah dibaca?

apabila kita dapat mudah baca seseorang dengan cepat, kita akan menjadi lebih mudah untuk sesuaikan diri dengan seseorang itu. tambahan, kita akan membuatkan orang itu cepat selesa dengan kita. He did this, and I love to talk with him.

membaca seseorang adalah suatu kelebihan yang Allah berikan kepada insan terpilih, tak semua boleh dapat baca. kadangkala kelebihan ini diperoleh daripada pengalaman dan pembelajaran melihat orang lain. banyak kita perhatikan kelakuan dan ragam manusia, lagi mudah kita untuk baca seseorang itu.

seorang kaunselor dan pelajar bidang psikologi pun pasti ada kelebihan ini, alangkah seronok dapat ilmu ini. manfaatnya sangat luas, sebab kita dapat masuk ke dalam semua golongan masyarakat.

aku masih lemah dalam membaca seseorang. malahan aku juga kurang suka orang baca diriku. bukanlah aku seorang yang berahsia, tetapi ada perkara kita perlu rahsiakan.

Sabtu, Jun 15, 2013

Update Pages: Vocabulary

4 new words today:

1. mesmerize
2. exhilarating
3. relentless
4. acclaim

click my page Vocabulary up there or click >> here!