Rabu, November 30, 2011

sudah baca Quran?

sudah baca Quran?
sehari berapa muka surat?
atau sudah hafal?

Khamis, November 24, 2011

cupping therapy again

berbekam adalah sunnah Nabi Muhammad dan tidak popular di kalangan muda mudi zaman sekarang. ini kali ketiga aku berbekam, kali pertama di Hulu Langat, kenalan ayahku. Pasti setiap kali yang pertama, ia sangat menyeramkan dan kerap kali aku terbayang-bayang kesakitannya. Namun, jangkaanku meleset, rupanya berbekam sangat mudah dan tidak menyakitkan.

Kali kedua, aku berbekam di Bandar Seri Putra Bangi. kurang menyelesakan dan agak sakit. Aku kembali semula kepada Pakcik Ramli di Hulu Langat. aku yakin dengan beliau dan sangat profesional. Pakcik Ramli adalah herbalis HPA (syarikat perubatan Muslim terkenal) dan pakar diagnos berdasarkan tapak tangan, muka dan lidah. upah diagnos RM15, sangat puas hati dengan penjelasan beliau dan dapat kesan penyakit-penyakit yang baru nak muncul dalam tubuh kita. 
"ada masalah nak buang air besar ke?" Pak cik Ramli tanya aku. dia tahu berdasarkan diagnos. dan sememangnya aku ada masalah itu. dia cadangkan bekam di 5 tempat dan aku cakap boleh je kalau nak bekam lebih. mungkin dia takut aku tak cukup duit. 1 point bekam RM10. aku buat di bahagian kepala dan belakang. InsyaAllah akan keluarnya darah-darah kotor dan memperbaiki saluran darah tersumbat. Darah kotor aku banyak. mungkin akibat tekanan belajar, kerja dan kemalangan yang lalu. tak rugi bagi kamu untuk cuba.

ni alamat Rumah Sihat ThibbulJawi.  (klik sini)58-1 Jalan lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria. batu 12 Hulu langat. kalau tak pasti, anda ke Sungai Congkak atau Gunung Nuang, akan ada Petronas besar. kat sebelah Petronas ada kedai-kedai. di situlah. cari kedainya. nak nombor telefon? boleh mesej atau komen. 

perempuan nak juga? boleh... ada isteri Pakcik Ramli yang akan buatkan.

p/s: aku saja botak. berat rambut lama dan azam baru. nak semangat!!

mencari perlindungan

ada seorang adik yang mencari perlindungan. perlindungan daripada sebuah keluarga baru. sudikah anda menerima adik ini?

aku mendapat jemputan untuk melindungi adik ini. mencari peluang dan keadaan untuk mendapatkan seseorang yang dapat membantunya tenang dalam mencapai kejayaan di dunia. apatah lagi untuk melindunginya ke akhirat nanti. keluarga pada tika ini tidak mengizinkan adik ini untuk mengulangkaji pelajaran, sehingga dia mencari-cari bilik atau rumah untuk dia menuntut ilmu. aku terkesima. masih ada remaja yang ingin menuntut ilmu sebegini gigih. alangkah seronoknya, kalau aku dapat melindungi adik ini. tetapi.....

sesekali bila terfikir, banyak insan yang memerlukan perlindungan tetapi mereka sangat segan untuk meminta-minta. mungkin juga mereka takut meminta perlindungan yang memerlukan pembalasan. hakikatnya, masing-masing termasuk anda juga mencari perlindungan. sebab itu, kita sentiasa akan mencari perantara untuk kita luahkan sesuatu. yang jelas ialah kawan. kita memerlukan kawan. namun, kawanlah yang akan mencorakkan kita. 

bagaimana pula bagi mereka yang tidak ada kawan. mereka juga akan mencari perlindungan melalui perantara yang ada. jelas, ia adalah Facebook, Twitter dan Blog. terbaru ialah Vlog. termasuk aku juga. anda yang mencari perlindungan, berhati-hatilah memilih kawan. bagi anda yang sering dicari, corakkanlah kawan anda dengan Islam dan Iman kepada Allah.

Rabu, November 23, 2011

Mr. Sensitive

  
rasa macam diri ini semakin menjadi-jadi sensitif.
adakah kerana diri ini keseorangan dan tiada tempat mengadu (Allah tempat utama mengadu) sehingga aku mudah terasa dengan setiap perlakuan dan perkataan orang lain?
perkara paling jelas, usia 23 tahun masih sama sensitif malahan berlebihan sensitifnya.
merasakan tika hampir 3 minggu aku tinggal bersendirian (Umi Abi di Makkah), inilah klimaks cerita diri ini.
terlalu banyak bebanan diri, sehingga aku merasakan tak sanggup untuk belajar atau berkerja. sehinggakan mampu untuk berfikir begitu.

secara jelas aku terfikir kembali selepas menunaikan solat Zohor. kenapa aku harus sensitif kerana hal-hal kecil? kenapa harus aku menangis kerana hal dunia? perlukah perkara ini dipendam-pendam dalam hati? sehingga menjejaskan penampilan dan perlakuan aku? tidak mampu senyum dan asyik bermasam muka?

di usia sebegini, sememangnya banyak cabaran dan tekanan akan melanda diri. Lagi-lagi apabila melibatkan pekerjaan dan pembelajaran. aku kena sedar bahawa diri ini akan memikul jawatan sebagai suami dan bapa. pastinya ia lebih berat dan mencabar. Apalah kalau nak dibandingkan dengan hal sekecil ini. macam budak-budak. biarlah dia buat dan menyusahkan kita, asalkan kita jangan membalas buruk akan dia.

yang jelas, biarlah kita berhempas pulas menjaga perasaan orang, tetapi janganlah sesekali kita melukakan hati orang. meskipun kita penat dan letih melayan sikap dia yang sangat merimaskan, biarlah kita terasa seorang diri dan janganlah kita pula yang menyakitkan hati dia (dengan membalas buruk atau mengumpat tentang dirinya).

Jumaat, November 18, 2011

teori kepimpinan

berbual dengan seorang sahabat tentang kepimpinan.
bukan bual tentang kepimpinan negara yang tidak tercapai tanganku untuk menilai mereka. cukuplah kepimpinan di bawahan.
seperti kata orang, bumi itu bulat. bila kita di atas, pasti, satu ketika kita akan turun juga ke bawah nanti.
pasti kita bermula daripada bawah, dan akan sedikit demi sedikit naik ke atas.
ketika di atas adalah saat yang paling seronok kerana kita nampak segalanya di sekeliling dan di bawah.
namun, andai terlalu leka dengan keseronokan di atas, kita akan terlupa pengalaman kita di bawah dulu.
dan pastinya kita akan kembali ke bawah, namun melalui dua cara. mungkin dengan cara memalukan atau cara yang dihormati.

teori kepimpinan yang aku alami semasa kini ialah teori tekanan dan kekelam-kabutan. atekanan dialami itu biasa bagi seorang pemimpin (baca: ketua), sebab semua sumber idea kepimpinan di dalam otaknya. dan seharusnya idea itu diterjemah melalui mesyuarat kepada semua anak buah di bawahnya. apabila tekanan-tekanan idea ini dialirkan kepada yang lain, seorang pemimpin itu, akan mudah untuk melaksanakan idea itu dengan lebih lancar.

akan tetapi apabila agihan idea tidak disampaikan, malahan ia tertutup dan tidak dibuka pandangan daripada anak buah yang lain, ia akan membuatkan tekanan itu berganda kepada pemimpin tersebut. percayalah, apabila ini terjadi, keputus-asaan akan cepat sangat berlaku semasa ini. terutama apabila pemimpin ini tidak mempunyai kepercayaan kepada anak buah yang lain. sikap ini mungkin kerana takut idea ini tidak akan dilaksanakan seperti apa yang diharapkan. adalah susah bagi seorang pemimpin untuk melakukan seorang diri, sekurang-kurangnya ia memerlukan 3 orang untuk menyokongnya.

Aku yang pernah jadi pemimpin ini, pernah mengalami ini atas faktor ketidak percayaan kepada anak buah lain. nasihatku ialah percayalah anak buahmu, dan terimalah pendapat mereka dan sesuaikan dengan idea kita. jika anda masih tidak percaya dengan anak buahmu, pastikan follow-up (sentiasa tanya) mereka tentang gerak kerja (tetapi jangan memaksa!)

kedua, tentang kekelam-kabutan. tidak banyak aku mahu katakan, cuma, jangan last minute! anda akan kelam-kabut dan akan mengganggu orang lain. apatah lagi last-minute akan menyebabkan orang lain hilang keyakinan dengan diri kita atau idea kita. oleh itu, jom jangan last-minute.

Khamis, November 17, 2011

hormatilah pandangan


hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu orang lain menghormati diri kita.
siapa setuju dengan kata-kata ini?

semalam, simposium ada membincangkan tentang masalah kelestarian persekitaran. bagaimana nak ubah mentaliti setiap masyarakat untuk menjaga ekosistem alam ini.
teringat kata-kata daripada Prof Abdul Latiff Mohamad yang mengatakan pemimpin tidak hormat dengan pandangan ahli akademik kecuali jika ada kepentingan.
Prof. tidak mahu bila berlaku kebinasaan, baru nak merujuk ahli akademik.
sebagai contoh di Fukushima, Jepun. (yang letupan nuklear baru-baru ni), bila pemimpin mula mengikut pandangan ahli akademik.

bukan setakat di kalangan pemimpin, kita sebagai manusia (lagi-lagi bergelar muslim) hendaklah menghormati pandangan orang lain. (kecuali yang melampau dan terang jelas bercanggah dari syariat Islam)

Rabu, November 16, 2011

zero waste mentality

"in nature, waste d0es n0t exist at all!" - pr0f. pak sum l0w.
semalam, semasa Simposium Antarabangsa Sains Sekitaran dan Sumber Alam (ISENAR) di Hotel Equatorial, Bangi, aku tertarik dengan satu kata2 daripada Prof. Pak Sum Low ini. anda faham tak??
bayangkan semua yang Allah jadikan di dunia ini, tiada sebarang sampah atau benda sia-sia. dengan erti kata lain, semua benda yang Allah jadikan boleh lupus. contohnya daun layu yang gugur ke bumi, boleh dijadikan sebagai humus dan bermanfaat kepada nutrien tanah. Taik. eh. tahi binatang atau kita, akan ada bakteria atau makhluk yang akan melupuskannya.
namun, apabila manusia mula membangunkan bumi (baca: merosakkan), banyaklah bahan yang tidak boleh lupus atau mengambil masa berjuta2 tahun. termasuk aku jugak yang menggunakan plastik dan botol.
kesimpulannya, kita perlu kembali kepada alam dengan cara mengurangkan sampah atau mentidakadakan sampah. minimization waste or zero waste. bagaimana?