Khamis, Ogos 26, 2010

warawiri lelaki


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Ramadhan sahabat2ku, meskipun sudah separuh bulan berlalu. Semoga kehangatan Ramadhan bersama kita sentiasa.

setelah seminggu aku bertangguh menulis kisah, memikirkan perkongsian yang tidak seberapa.
hanya berdasarkan penilaian pandangan mata, mungkin sedikit daripada mata hati.
aku melihat satu isu yang hangat pada masa kini, tahukah kalian?
seringkali paparan akhbar, isu bunuh dan buang anak paling laris.
menjadi bualan di bibir setiap insan. sama ada yang menghina dan ada yang menggeleng.

Warawiri lelaki. bahasa percakapan Jawa berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga.
tertarik dengan perkataan warawiri yang bermaksud 'berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan'.
aku lelaki yang normal pernah sesekali warawiri.
mencari2 halatuju untuk aku bergerak, namun ketika dulu aku tidak ketemu tujuanku.
warawiriku menjejaskan kewarasanku.
kerana aku tidak mengerti apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
teringatku mengamuk dalam kementalan yang sakit.
Darjah 6 yang aku duduki bersepah, kerana rajukanku.

Warawiri lelaki. semakin ramai yang terus hidup tanpa tujuan.
melihatkan isu yang rencam dan mengancam, semuanya berpunca daripada diri aku.
kenapa mesti aku yang patut dipersalahkan?
sahabat2ku, aku adalah lelaki.
lelaki itu sepatutnya tidak warawiri, sewajibnya lelaki itu menjadi pemimpin kepada wanita.
tetapi aku tidak berjaya memimpin wanita bagi pihak lelaki.
akibatnya, ramai wanita termengandung setelah berzina dengan lelaki.
akibatnya, ramai wanita terpaksa melahirkan bayi yang haram.
akibatnya, ramai wanita terbeban dengan dosa zina sendirian.
akibatnya, ramai wanita dicemuh dan dihina akibat zinanya sendiri.
mangsanya? bayi yang haram yang dikandungkan oleh ibu yang berzina dengan lelaki.

warkah cinta buat rohku.
aku adalah lelaki. beruntungnya aku menjadi lelaki yang tidak warawiri.
alhamdulillah...
diri yang sedar ini perlu membela dan melindungi wanita.
satu azam - menutupkan aurat semua wanita.
aurat itu adalah kemaluan/harga diri.
menutupkan aurat wanita yang pada tubuh itu adalah wajib!
apatah lagi menutupkan aurat wanita yang dipandang hina oleh semua lelaki.
mengubah pandangan nafsu seks semua lelaki terhadap wanita.
agar mengangkat aurat/harga diri wanita di tempat yang dilindungi dan dihormati.
bagaimana dengan lelaki lain yang masih terus warawiri?
hanya satu... kembali semula kepada kesempurnaan akidah kepada Allah.
caranya?

[WCBR-warawiri lelaki]

Khamis, Ogos 19, 2010

tahu syukur

sejuk malam,
hujan lebat,
kilat menyabung,
guruh bergempita,
gelap gelita,
air membumi,
akar meresap,
xilem menyedut,
haus hilang,
bangkit esok,
panas terik,
beri tenaga,
berfotosintesis,
lahir oksigen,
untuk manusia,
yang alpa,
juga manusia,
tahu syukur.

Ahad, Ogos 08, 2010

serius & penat

aku mendengar dengan teliti ucapan Ustaz Siddiq Fadzil tentang seseorang pemimpin itu perlu bersedia untuk serius dan penat. jika kita tidak merasakan penat, kita bukanlah pemimpin yang baik. aku merenung diriku kembali, apakah aku telah melaksanakan tugasku dengan baik.

aku teringat kembali kepada sahabatku dari Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM), Redzuan yang menyatakan bahawa seseorang telah beritahu beliau bahawa apabila kita dilantik menjadi pemimpin seolah2 kita telah melangkah setapak ke api neraka. Tersentap aku dan terasa sangat mendalam maksud itu.

Nauzubillahiminzalik. berat peranan pemimpin. tetapi jika tidak aku, siapa lagi? insyaAllah, dengan sahabat2 di sekelilingku, aku yakin. Allah bersama kita semua selagi kita masih ingin bersamaNya.

[muhammad ar-rabi' - WCBR]

Jumaat, Ogos 06, 2010

Bulan Rindu


nak berkongsi satu puisi yang bagiku menarik dan menyentuh hati. karya Fatimah Syarha dalam majalah Solusi 10. terasa apa yang penulis cuba sampaikan. harapanku, inilah yang kita sama2 impikan dengan bulan rindu ini. bila kita sudah bertemu, peluklah Ramadan erat!

bulan rindu

"ahlan wasahlan, ramadan!"
kau bulan kerinduan
hadirmu dinantikan
penyiram jiwa gersang, membersih dosa bersarang

apabila...
malam pertamamu menjengah
bertiup al-mutsiiratu dari Arasy
menggerakkan pohon2 syurga
terdengar sayup-sayup merdu suara
tak pernah terdengar oleh telinga
berbisik si bidadari
kahwinkanlah daku
dengan hambamu yang berpuasa

pintaku,
angin mutsiiratu yang dingin
membelai segala kepayahan
memujuk segala kesedihan
meyejukkan dalam indahnya pengabdian

oh, ramadan...
hadirmu penuh keberkatan
sarat rahsia keindahan
melimpah nur kebaikan
memancar cinta ar Rahman

ramadanku
kau bagaikan pesta ibadah
mengajar nafsuku bermujahadah
tiap saatmu terkandung hikmah
memekar kuntuman hidayah

alangkah indahnya hidup
andai malam mu ku hiasi tahajjud
hayati al quran penuh takjub
zakat dihulur bersama zuhud
amal berganda setinggi Uhud

ramadanku
tawaran demi tawaran kau sajikan
buat perindumu yang beriman
membentang samudera keampunan
bernaung kasih tiada tepian

ramadan
setahun ku merindu
kau kini milikku
hari-harimu pantas berlalu kuatkanlah aku ya Rahman
mengaut segala ganjaran
berpisah dengan keredaan.

Khamis, Julai 29, 2010

sayang Allah pada wanita


andai dikau tahu tudung bukan sekadar fesyen atau syarat2 majikan.
pasti dikau akan tangisi betapa sayangnya Allah pada diri insan berjantina wanita.
Mengapa tidak?
Sayangnya Allah pada wanita sehingga ada surah Nisa’
Pelbagai nasihat maha pencipta buat kaum hawa.
Apakah dirimu masih terasa teraniaya?
Dipaksa menutupi segala kecantikanmu?
Betapa ayu mahkota perempuan lain yang terserlah.
Masihkah diri terasa terhina kerana bertutup litup?
Sayangnya Allah pada wanita pasti ada sebabNya.
Adakah wanita membalas kasih sayang Allah dengan menurutiNya?

[muhammad ar-rabi' - WCBR]

Selasa, Julai 20, 2010

bodoh itu bila akal tak diguna


[nak kata bodoh, tapi ada akal. akal ada, tapi tak boleh berfikir.]


siapa?
sahabat2ku, bukan kalian yang daku maksudkan.
aku menuding kepada insan2 yang bodoh bukan kepalang.
apabila akal diberi, tetapi tidak mampu untuk berfikir.
akal yang dianugerahkan Allah, tetapi tidak mampu dimanfaatkan.

contoh?
sahabat2 yang aku sayangi kerana Allah.
tidak perlu aku sebutkan, sebab tidak semua insan itu tetap pada sikapnya.
andai terbaca mereka akan nota ini, insan ini pasti berubah harapnya.
kalian sendiri lebih faham dan mengerti.

bagaimana?
bodoh itu datang pada manusia, namun bodoh itu bukan selamanya.
kerana tidak tahu. kita menjadi bodoh.
tapi usaha kita supaya tidak bodoh itulah yang akan membantu kita merubah diri.
usaha bagaimana?
usaha mencari ilmu daripada semua orang yang pakar.
semua manusia pakar dalam bidang masing2.
pakar yang paling lemah pun adalah ilmu pengalaman diri.
tidak salah pakar ini berkongsi pengalaman agar yang silap tidak diulangi.
tiada alasan untuk semua manusia merasa segan untuk menasihatkan.

politik?
sahabat2 yang sentiasa dirahmati Allah.
tepat aku tujukan kepada ahli politik yang bodoh.
punya agung kita undi beliau, tetapi bodoh benar bila akalnya tidak diguna.
menyesal tidak sudah untuk mengundi orang bodoh macam dia lagi.
bodoh bagaimana?
bodoh bila melihat setiap perkara sebagai agenda politik.
agenda politik untuk kepentingan parti semata2.
sehingga mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai pemimpin beragama islam.
sampai lupa membaca dan mengamal nas-nas alQuran yang menyeru agar berlaku adil
bukankah bodoh pemimpin itu yang asyik fikir akan dunianya.
sehingga kata2 Tuhan diabaikan begitu sahaja.
apatah lagi rakyat jelata nak beri nasihat.

sudahnya?
tak berkesudahan.
kenapa?
menang nya dia pun salah, dia tak menang pun salah.
yang merana rakyat yang berpemimpinkan seorang yang tak pandai guna akal.
bodoh itu bila akal tak diguna.
sahabat2ku, ramai juga pemimpin yang bijaksana dan tidak bodoh.
bersamalah menyokong yang cerdik mengguna akal.
awaslah kalian jadi bodoh bila taksub dan membabi buta tak guna akal untuk menilai kebenaran.
gunalah akal untuk memilih jalan kebenaran.
bersama!
aku pun tidak mahu meludah ke langit.

[muhammad ar-rabi' - WCBR}

Ahad, Julai 18, 2010

I am in control!


aku dalam keadaan terkawal. aku telah pergi ke suatu program yang aku sendiri segan untuk pergi. tetapi hati ini melangkah juga. training of trainers Im in control. suatu program yang ingin melatih beberapa orang fasilitator untuk pergi ke sekolah2 mendidik adik2 tentang mengawal diri daripada seks bebas. di awalnya, aku agak terkejut dengan modul daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang agak tidak ada ciri islamik dan seolah menggalak seks yang selamat.

hampir 7 jam aku berada dalam program ini. modul yang ringan tetapi sedikit membosankan jika fasi tidak pandai membawa modul itu. wakil LPPKN agak ceria dan tidak kekok melayan kami yang masih terpinga-pinga. banyak ilmu yang ditimba meskipun ilum pasal istilah seks dan penyakit HIV dan AIDS. mendengarkan cerita wakil LPPKN mengenai pengalaman mereka sangat mencabar, terutama apabila ada pelajar yang tidak tahu punca seseorang itu hamil.

"kak, cium boleh menyebabkan kita hamil ke?"
"ada yang tidak tahu rogol/zina itu bagaimana?"
"setelah mereka kena, 4 bulan lepas kejadian, mereka didapati mengandung"
"ramai lelaki yang lepas tangan apabila tahu dia menyebabkan perempuan mengandung"
"kebanyakan pelajar perempuan yang menerima akibat buruk"
"HIV boleh tersebar melalui darah, air mani, air faraj dan (tak ingat).. tapi air liur tak boleh menjangkiti"

aku hanya menggeleng kepala. dan risau akan tanggungjawab yang bakal ku pikul. hanya harapanku, apabila ku berkeluarga kelak dan dikurniakan anak lelaki atau perempuan, akan ku pelihara sebaik2nya. pasti akan mengawasi mereka. aku tidak mahukan pendidikan seks diajar kepada anakku di sekolah. aku takut ia akan meransang anakku sendiri. ya Allah selamatkan anak2 kecil dan remaja2 naif ini daripada Zina ini.

p/s: teringat Ummu Huraiyah di blog isteri nik fareez