Isnin, Mac 29, 2010

malam jumaat


iklan produk yang paling teruk dan ketandusan idea ~ produk minyak wangi malam jumaat. takde nama produk lain ke! iklan pulak, call isteri...ngarut! malam jumaat buat lah promosi membaca yasin ke? ada gak nilai kat situ. ~ nak bising pun, tak guna. baik boikot je.

prioriti sayang


sayang pun kena ada prioritinya. jangan sayang2 je. nanti benda yang sepatutnya kita sayang, terbang begitu sahaja. yang sayang lebih2 tuh, tak bawa kita ke mana pun. ~ mine only. depend on u.


jangan aktif sangat!


teringat waktu kat sekolah, banyak cikgu cakap, "jangan aktif sangat". matriks pun ramai cikgu cakap, "jangan aktif sangat". kat UKM, takde cikgu pun tegur. tersedar sendiri. ~ tapi aku yakin, berkat dan doa restu cikgu tu teras utama. ~ don ever ponteng kelas -seteruk mana dia, jangan dikutuk - senyum dengan cikgu - hormat dia macam ibu kita. iAllah


Ahad, Mac 28, 2010

wanita itu mulia

aku rasa perempuan tu dah cukup dimuliakan, tak perlu nak rendahkan kemuliaan perempuan dengan "kesaksamaan gender". apakah tak cukup dengan kehebatan wanita dengan melahirkan anak, menyusukan anak, membesarkan anak. biarlah anak yang lelaki pula mentadbir dan membangunkan dunia. kalau semua perempuan nak buat, lelaki nak buat apa? dahlah kami ni (lelaki) tak leh nak mengandung!


wanita bukan bodoh. nak disamakan gender dengan lelaki. wanita yang faham tahu, dia lebih mulia daripada lelaki. ~ diulang: jika wanita yang faham tahu, dia lebih mulia daripada lelaki.


terbanglah seperti burung

assalamualaikum wbt. selamat pagi dan salam sejahtera.


terbanglah seperti burung yang mencari rezeki di awal pagi tanpa mengira hari cuti atau hari berkerja. kerna itu, burung sentiasa terbang berkicauan kegembiraan sambil memuji Tuhannya.

Ahad, Mac 21, 2010

ke mana hilangnya air


aku sangat tertarik dnegan artikel ini. aku kalau ada duit untuk beli hadiah, akan aku belikan hadiah kepada penulis ini. inilah karya yang perlu direnung dan diambil langkah segera oleh semua pihak. bukan mereka tetapi kita! ia amat berkaitan dengan apa yang aku belajar. "it's about attitude" Dr. Narimah said.

better read in here:
http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=484075

21 Mac, 2010 11:21 AM
Ke Mana Hilangnya Air ?
Oleh Sakina Mohamed

Sempena Hari Air Sedunia (22 Mac)


KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Bayangkan suatu hari nanti, anda terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO berharga kira-kira 50 sen seliter dan kalau anda menggunakan 1,000 liter sebulan, bil anda boleh mencecah RM500.

Sanggupkah anda membayar sebegitu mahal untuk air yang digunakan bagi tujuan memasak, mandi atau membasuh baju?

Mungkin sukar membayangkan senario ekstrem sebegitu. Apa tidaknya, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen bagi satu meter padu atau 1,000 liter air. Sumber air bersih dan dirawat dirasakan seperti tidak akan kehabisan.

Tapi hakikatnya, Malaysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Masalah ini bukan saja membelenggu Malaysia, malah seluruh dunia. Ingat, hanya dua peratus daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia.

Selebihnya ialah air laut. Dan jika kita gagal menjaga dan melindungi sumber bekalan air yang dua peratus itu, kita mungkin terpaksa menggunakan proses "desalinasi" untuk bekalan air harian kita.

Desalinasi ialah proses yang membuatkan air laut dapat diminum oleh manusia, seperti osmosis balikan. Namun begitu, prosesnya menelan kos yang begitu tinggi dan tentunya orang ramai akan terbeban membayar air yang dihasilkannya.

TADAHAN AIR KIAN DIMUSNAHKAN

Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan sumber air bersih?

"Di Malaysia, sebab utama ialah pencemaran dan tadbir urus yang lemah di kawasan tadahan air," kata S. Piarapakaran, Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia.

"Dan antara petanda pertama perkara ini sedang berlaku ialah tarif air yang semakin meningkat."

Kata beliau, kawasan tadahan air dan sekitarnya harus diwartakan. Namun, apa yang sedang berlaku ialah kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan dan perladangan menggunakan kawasan itu demi keuntungan jangka pendek.

Dan hasilnya? Pencemaran di kawasan tadahan air, kos rawatan air yang tinggi dan jika tahap pencemarannya sangat kritikal, loji rawatan air berkaitan terpaksa ditutup.

Beliau memberi contoh projek terbaru di sebuah negeri yang merupakan satu projek ladang getah seluas 443 hektar. Projek ini membabitkan penerokaan hutan di dua stesen pengambilan dan penapisan air.

"Apa yang sedang berlaku di situ ialah hutan-hutan ditebang dan pokok getah pula ditanam, dengan ditabur baja dan racun perosak dalam jumlah yang banyak. Semua bahan kimia ini akan meresap ke dalam tanah atau pun disorong ke dalam sungai apabila hujan.

"Kalau ada kawasan petempatan di kaki bukit di situ yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya ini akan masuk sekali. Baja dan racun perosak mengandungi ammonia, nitrat dan fosfat. Kalau ketiga-tiga bahan kimia ini berada di dalam air, kos merawatnya amat tinggi. Biasanya, jika pencemaran ammonia dikenal pasti berlaku di sesuatu loji rawatan air, ia akan ditutup serta-merta," katanya.

Katanya inilah yang berlaku di Sungai Nilai dan Sungai Langat.

Piarapakaran mengingatkan bahawa racun yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak turut boleh membunuh manusia.

KUALITI TURUN, HARGA NAIK

Dalam kes lain di Cheras pula, sebuah loji rawatan terpaksa ditutup kerana pencemaran ammonia daripada sisa kumbahan.

"Bayangkan, tiada tangki septik di situ untuk menapis kumbahan, jadi kesemuanya terus masuk ke dalam sungai. Bukannya tidak boleh dirawat, tapi bila kualiti air begitu teruk, kos merawatnya pasti tinggi," katanya.

Dan bila kualiti air menurun, katanya, tarif pasti akan naik.

"Ini yang kita tidak mahu. Kami sebagai persatuan pengguna pun tidak dapat terus memperjuang tarif yang rendah jika orang ramai tidak sedar kepentingan melindungi hutan kita."

Menyentuh kembali isu pewartaan kawasan tadahan air, Piarapakaran menceritakan pula tentang kes kawasan tadahan air Ulu Muda di Kedah.

Kawasan itu diwartakan ketika jajahan British di Malaya. Namun, pembalakan berleluasa masih berlaku di situ sepanjang tahun 60-an hingga 90-an.

Pada 2003, kabinet mengarahkan pembalakan di situ dihentikan dan hutan hujan itu diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Namun kerajaan negeri masih nekad untuk melakukan "pembalakan terancang" dengan alasan "memerlukan sumber pendapatan negeri yang lumayan."

Pembalakan terancang itu dilaporkan memberi pulangan RM16 bilion bagi penebangan tiga atau empat pokok bagi setiap hektar. Namun yang menerima padahnya ialah ekosistem hutan hujan Ulu Muda.

"Ini akan mengganggu kualiti air di situ dan yang pastinya, harga rawatan air akan meningkat.

"Ini bukan sahaja masalah bagi Kedah, tetapi juga bagi Pulau Pinang yang bergantung kepada Kedah untuk 40 peratus daripada bekalan airnya," kata Piarapakaran.

Beliau berkata tidak banyak kawasan tadahan air di Pulau Pinang. Oleh itu, kegagalan Kedah untuk melindungi hutan juga bermaksud kehilangan sumber air bagi Pulau Pinang.

HUTAN KITA, SUMBER AIR KITA

Malaysia masih banyak sumber air kerana hutannya.

"Hutanlah kawasan tadahan air kita. Tetapi kalau pihak berkuasa sering tunduk kepada syarikat pembalakan yang hanya ingin membuat "pembalakan terancang", kita akan menghadapi masalah yang besar," kata Piarapakaran.

Katanya di Perak, banyak hutan hujan di Banjaran Titiwangsa dimusnahkan.

Keratan rentas Semenanjung Malaysia menunjukkan bagaimana banjaran itu merupakan tulang belakang kepada kehidupan rakyat Malaysia. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari pantai timur ke pantai barat dengan dikawal oleh pokok-pokok di hutan yang "menadah" air hujan itu dan melepaskannya perlahan-lahan ke seluruh Semenanjung.

Selebihnya akan diserap ke dalam tanah dan juga menjadi sumber air tanah yang dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tasik. Ini memastikan sumber air yang berterusan tidak kira pada musim hujan atau pun kemarau.

"Dengan cara itulah hutan menyokong kehidupan kita," kata Piarapakaran.


Kegagalan melindungi khazanah ini boleh mengakibatkan masalah air yang kronik, seperti halnya di Perak. Dahulu, jarang sekali didengar banjir berlaku di Perak, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Larut Matang dan Selama.

Kawasan itu menerima kadar hujan tertinggi di Malaysia iaitu 5,000mm setahun. Namun, ia tidak pernah dilanda banjir sehinggalah baru-baru ini bila Bukit Larut di Taiping mengalami banjir.

Ini semua gara-gara penebangan hutan yang berleluasa di bukit itu, kata Piarapakaran.

Beliau menerangkan kadar aliran masuk yang rendah ke dalam tanah menyebabkan air hujan mengalir terus ke dalam tasik sehingga berlakunya banjir.

Apabila cuaca panas kembali, tasik itu akan kekeringan dan keseluruhan sumber air akan hilang begitu sahaja.

Katanya perkara itu sudah pun berlaku di Gunung Semanggol, Perak, yang kehilangan sebuah sungai disebabkan aktiviti pembalakan di sekelilingnya.

Katanya negeri-negeri yang mengalami tekanan air yang sama ialah Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan.

"Lihat sahaja Melaka, yang pernah mengalami krisis air yang teruk. Mengapa? Cubalah lihat berapa hutannya yang tinggal. Hampir tiada, kerana semuanya dikorbankan untuk aktiviti perladangan."

Di Kelantan pula, mana-mana aktiviti pembalakan akan memberi kesan buruk serta-merta kerana tanahnya merupakan tanah liat yang mempunyai ketelapan air yang rendah. Ini dicerminkan melalui banjir teruk yang berlaku saban tahun di negeri itu.

JANGAN SALAHKAN PERUBAHAN IKLIM

Memang selalu didengar pihak yang mengatakan perubahan iklimlah penyebab krisis air, kemarau, banjir dan pelbagai masalah lain.

"Tetapi bukan perubahan iklim semata-mata yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kita juga telah 'mendera' sistem itu," kata Piarapakaran.

Sistem yang dimaksudkan bukanlah rumit - jika hutan dikacau, impaknya pada bekalan air.

Katanya dua perkara boleh berlaku di Malaysia kerana perubahan iklim.

"Kita mungkin akan mengalami lebih banyak hujan, ataupun tiada langsung.

"Bila kadar hujan diganggu, kelangsungan hidup sesebuah negara beriklim tropika juga diganggu. Ini kerana hujan tidak menyokong penyerapan air tanah. Di negara sistem glasier (negara empat musim), kadar aliran masuk tinggi kerana salji cair dengan perlahan.

"Di sini pula, hutan menadah kebanyakan air hujan yang turun, dan melepaskan sedikit demi sedikit. Sebab itulah jika hujan di KL, paras air di Sungai Klang meningkat. Sebaliknya jika hujan di sana, paras air di sini sangat rendah," katanya.

Oleh kerana itu, sungai itu biasanya hanya akan melimpah selepas dua jam kerana pelambatan itu, yang merupakan satu proses semula jadi. Namun dengan pemusnahan hutan, tempoh pelambatan itu akan dikurangkan.

Dan akibatnya ialah apa yang sering dialami kini -- kekurangan bekalan air, tarif yang kian meningkat dan kualiti yang tidak memuaskan sehingga pengguna terpaksa memasang penapis air sendiri.

Inikah yang akan terus berlaku kepada rakyat Malaysia? Anda tentukan.

-- BERNAMA

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=484075

Rabu, Mac 17, 2010

masih mencari-cari

karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'

masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang masih tersembunyi.
tersembunyi daripada penglihatanku.
penglihatanku mencari merata-rata.
merata-rata ku pandang sekeliling.
sekeliling ku cari ia.
ia terus bersembunyi dan aku terus mencari.

masih mencari-cari....
mencari-cari sesuatu yang ada di hadapanku.
di hadapanku pasti ia.
ia terus tidak ku temui.
temui ia sangat bererti.
bererti untuk diriku selamanya.
namun aku masih mencari.

masih mencari-cari....
mencari-cari sahabat lama.
sahabat lama yang sudah ku temui.
ku temui satu tika dulu.
tika dulu aku masih tiada jasad.
jasad itu belum tercipta untukku tempati.
tempati untuk aku kini diuji.
diuji di bumi yang sementara.
sementara untuk ke syurga.
syurga atau neraka.
neraka itu sangat ku takuti.

masih mencari-cari.
mecari-cari sahabat sejati.
sejati yang sentiasa menasihati.
menasihati sehingga ke saat rohku dicabut kembali.
kembali menghadap Ilahi.
Ilahi yang terus merahmati.
merahmati aku dan sahabat sejati.
sejati itu masih aku mencari.
mencari dan terus mencari.

masih mencari-cari.
mencari-cari Abu Bakr As-Siddiq
mencari-cari Umar Al Khattab
mencari-cari Uthman bin Affan
apakah aku seperti Ali bin Abi Talib?
layakkah aku mencari sesuatu yang tidak layak untukku?
padankah aku sahabat sejati seperti itu untukku?
sahabat sejati .....

masih mencari-cari...
sahabat sejati masih belum ku temui.
rupanya ia tersembunyi.
tersembunyi di sebalik hati ini.
hati ini belum menjadi sahabat sejati.
hati ini belum mampu menasihati diri sendiri.
hati ini belum layak menerima sahabat sejati.

masih mencari-cari?
perlukah aku terus mencari?
sedangkan sahabat sejati itu bermula dari hati ku ini.
jadikan hati ini sahabat sejati.
barulah datang sendiri sahabat sejati pada diriku.
yang akan terus membawaku ke mardhotillah.
sahabat sejati yang mengiringku ke syurga.
sahabat sejati yang terus saling mencintai.
mencintai kerana Tuhan yang Esa.
mencintai kerana Muhammad yang Mulia.
mencintai kerana Islam tercinta.
mencintai kerana Ummah sejahtera.
apakah sahabat itu akan datang kepadaku?
ya, setelah hati ini terlebih dahulu menjadi sejati.
sejati kepada Yang Maha Pencipta.

karya ku sendiri di kala sepi. Muhammad Arrabe'