Khamis, Februari 12, 2009

panggilan sakaratul maut

"ni kali keempat aku menghadapinya depan mata aku"

2 mayat di depan mataku.
2 mayat yang aku menyesal tak ketemu.

nenek (belah umi) meninggal ketika aku masih sekolah rendah rasanya.
aku amat sedih.
dan amat takut.
mayat nenek depan mata aku.
semua orang baca yasin.
aku ambil yasin, dan terkial2 baca.
aku menangis.
orang semua dah bangun habis baca.
aku tinggal sorang. takut, dan aku rasa aku sangat lambat baca yasin.
aku bertekad nak baca selalu bagi lancar untuk nenek.
syukur, kini aku makin lancar yasin dan alquran.

tok (belah abi) meninggal. tapi masa tu aku form 4.
umi tanya nak balik sekali tak?
aku kata taknak.
berat hati nak balik. tapi aku tabah.
aku fikir aku banyak tanggungjawab.
aku pengerusi sambutan hari guru sekolah.
dan exam lagi.
aku terpaksa lepaskan tok dari pandangan mataku.
sedih, bertambah sedih bila hari guru, ada cikgu tak suka.
yela, banyak band dan nyanyi.
rasa hati ni dirobek2.
pedih2.. nyesal tak balik.

ayah (paklong paling rapat) meninggal dunia masa aku di matriks rasanya.
masa tu raya kot.
aku sayang sangat padanya.
aku tak sempat bersama dia waktu nazak.
tapi aku sempat kucup dahinya.
menitik air mata ku.
wafat akibat rokok. sakit jantung.
sedih dan kesal kerna rokok dicipta.

kini.. tokwan ku meninggal dunia.
akibat ginjal tak berfungsi.
dah hampir setahun menderita. 
sehingga perut buncit disebabkan air bertakung.
aku teringat masa raya, aku papah wan pergi masjid di sebelah rumah.
sedih dan kagum dengan semangat untuk solat.
bila melihat wan nazak. mata tak terbuka.
tapi jantung berdegup kencang.
dengan dengkuran yang tak mengeluarkan kata.
mesti dalam hati wan sedih,tak dapat solat bersama jemaah.
doktor meramalkan wan patut mati.
tapi Allah masih panjangkan usianya.
tapi sakitnya wan menghadapi saat akhir.
aku ada kuliah, kami balik bangi dulu.
11hb, rabu, wan meninggal dunia.
aku nak balik sangat. tapi tanggungjawabku?
aku tak dapat. aku perlu cekal, aku perlu teruskan perjuangan ku di UKM.
aku perlu, perlu dan perlu bersedia untuk mati.
andai aku mati esok?
apakah aku bersedia? kalian?

[2pagi. update blog yang sepi.]

Selasa, Februari 03, 2009

bahaya perayaan agama.

"menariknya bila melihat kepelbagaian kaum di malaysia. tapi ada juga yang bahaya...."

raya cina aritu aku di gunung angsi.
aku tak dapat mesej rakan2 cina untuk ucap hepi raya cina.
sebab mungkin batasan masa dan tenaga.
aku masih kurang mengerti akan perayaan mereka.
adakah mereka sambut atas dasar agama buddha atau hanya adat?
aku khuatir untuk meraikan bersama mereka.
aku taknak dengan meraikan perayaan mereka, bermaksud aku suka melihat mereka dalam kekaburan petunjuk yang benar.

memang tidak dinafikan, kepelbagaian kita, merancakkan lagi pengetahuan kita akan budaya orang.
tapi awaslah kita, dalam mengenali budaya mereka, jangan sampai menjerumuskan diri kita ke arah kesesatan.
meskipun zahirnya kita tak mengatakan kita syirik.
tapi melalui kepercayaan, naluri hati dan perbuatan juga boleh menyebabkan kita syirik kepada Allah.
syirik = mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
macam isu yoga yang diharamkan, meskipun ia untuk kesihatan badan.
tetapi awaslah kita, bacaan2 dan gerak badan yoga mengandungi pemujaan2 tuhan mereka.
sebab tu aku khuatir, apabila kita terlalu seronok menyambut perayaan mereka, takut takut kita tergelincir.
nauzubillahiminzalik.
tapi yang memang jelas, raya krismas, memang itu perayaan kristian.
awaslah kita, semua agama tidak sama! mungkin bagi mereka sama, tapi islam beza.
Allah pun ada menyatakan dalam AlQuran, Islam tu adalah yang tinggi, dan takde yang lebih tinggi darinya.
awaslah kita. melalui niat, kata2, dan perbuatan dan pemikiran semuanya berpotensi untuk tergelincir.
berpeganglah pada AlQuran. teguhkan aqidah dan iman kalian.
berpeganglah kepada rukun iman yang 6 (Allah, malaikat, kitab, rasul, kiamat, qada qadar)

jom bertekad !
dalami alQuran dan hayati rukun iman.
aku bersedia bersama kalian.
bersama menasihatkan.
moga Allah menghidupkan kita ini dalam iman. mematikan kita dalam iman. dan menghidupkan kembali dengan iman.

[di PTSL yang sejuk. jam 450 petang. jom gi solat asar.]

Isnin, Februari 02, 2009

fitnah tentang islam lagi

"apabila hati tu dipenuhi dendam, pelbagai cara sanggup dia lakukan"

aku amat terkilan sekali lagi.
dalam pada kita duduk pertahankan islam, ada juga duri dalam daging.
tak pastilah, duri ni dalam daging kita atau dia datang dari luar, saja nak cucuk.
tapi hakikatnya, janganlah butakan mata hati tu.

zaman kita ni, nabi muhammad saw ada sebut sebagai zaman fitnah.
lagi2 kita di akhir zaman.
dimulakan dengan karikatur denmark.
disambung dengan filem fitna oleh belanda.
dibuli lagi dengan perang oleh israel.
ingatkan serangan terhadap islam ada kat luar je..
rupanya kat dalam ni pun, duri dia lagi tajam.
malah lebih menanahkan hati setiap muslim yang benar2 muslim.

Allah dah banyak kali sebut tentang sifat munafiq.
tempatnya di neraka. siapa nak ??
hanya yang faham dan hayati islam, yang taknak munafiq ni ada dalam diri dia.
ayuhlah insan, jadilah muslim sebenar.
bukan setakat solat, puasa je tugas kita.
bukan setakat ic tertulis islam.
bukan setakat kita kena kahwin dengan orang islam je
bukan setakat mati kita kena kafan dan tanam cara islam je.
bukan setakat haram makan babi dan minum arak je.
bukan setakat dan bukan setakat tu je.
akhlak muslim mana?
zikir kita mana?
hikmah kita mana?
pemikiran islam kita mana?

aku bukan emosi atau berfantasi.
aku serius. serius dalam apa yang kita hadapi sekarang.
aku semalam dapat mesej, tentang satu blog yang menghina islam.
memang blog tu hina islam. tak perlu aku nyatakan.
aku lihat semuanya boleh mengubah iman kita. nauzubillah.
berhati2lah kalian.
apa yang kita baca dan dengar, tapislah dan analisislah!!
jangan terima bulat2! tanya yang pakar.

bacalah doa pelindung diri.
mohon pada Allah teguhkan iman kita.
dan seboleh mungkin, jangan sebarkan blog ini.
biarkan ia sepi. mana tau, dengan penyebaran kita tentang blog yang menghina islam ini.
bertambahlah orang yang cuba lihat blog ini dan berubah iman nya.
ayuh muslim, pelbagai taktik mereka guna untuk mengaburi mata kita.
ingat, lihat melalui mata hati, bukan mata fizik.

[www.syurga-XXXXX.blogspot.com - laman ini yang menghina islam. anda bersedia?]

Ahad, Februari 01, 2009

beratnya bola boling

"ini kali ketiga aku main boling"
tak reti memang tak reti..
dah masuk kali ketiga, masih takde peningkatan..
pening2.
setiap tahun akan ada sekali aku main boling.
semalam aku main boling dengan sahabat PKPIM di seremban parade.
kira perlawanan persahabatan.
antara PKPIM pusat, KUIS, USIM dan UKM.
sepatutnya jam 10.30 pagi mula.
tapi disebabkan masa tak dipatuhi, terpaksalah kami main dulu.
saja sesuka panaskan badan.
alhamdulillah, aku baling bola dengan penuh baik.
sukar untuk masuk longkang.
tapi aku pelik.. apsal bola kat sini semua berat2.
atau aku yang makin ringan??
hehe.. aku pilih bola 10. warna biru.

ditunggu punya tunggu jam 12 baru semua sampai..
aduhai.. tolonglah patuhi masa.
kalau dah tahu tempat jauh, keluarlah awal !
camne agaknya nak ubah sikap manusia ni ye??
dalam alQuran pun, Allah bersumpah demi masa.
dalam surah al Asr. dan sentiasa kita baca.
hayatilah maknanya !

jam 1 petang, kami mula bertanding.
game pertama, ok la jugak. tapi dalam pasukan UKM, aku masih lemah.
aku pelik camne diorang boleh baling bola boling dengan halaju yang laju
tangan aku terasa kebas juga.
game 2, aku tak pasti kenapa...
asyik2 masuk longkang.
hampir 6 kali masuk longkang.

rasa sia2 je waktu tu..
mungkin aku dah hilang keyakinan.
dalam hidup ni, meskipun kita telah melalui pelbagai rintangan dan percubaan.
yang paling penting fokus dan keyakinan kita kepada Allah.
andai kita hilang fokus, kita akan terumbang ambing.
sama macam aku, hilang fokus dan asyik masuk longkang.
sia2 je hidup kita.
subhanallah.. dalam pertemuan yang singkat ni pun aku beroleh pengajaran.
syukur kepada Allah.


[UKM tempat ketiga. dari 5 pasukan.. huhu.. rasa nyesal pun ada.. tapi syukur alhamdulillah]

it's repeat

"saya dapat dari emel, anda mahu? beri emel anda.."

The grandchildren of holocaust survivors from world war 2 are doing to the palestinians exactly what was done to them by nazi germany

Building walls & fences to keep people in prisons

Check points not to allow people basic freedom of movement

Arrests & harassments

Destroying homes & livelihoods


Gifts (with love) from the children of peace-loving & civilized countries

The classic propaganda machine - you will find the picture in black & white in all american and some other western countries history books, encyclopaedias, libraries, museums… that depicts a young jewish boy with his hands up while nazi troops point their guns at him and his family in order to expel them from their homes… (it’s supposed to make you sympathize with the victims & to support their cause for justice & a homeland)

The israelis practice the same tactics

[ingatlah. andai saudara kita dihina dan disakiti, kita juga patut terasa sakitnya. tingkatkan ibadah dan iman kalian kepada Allah]

Jumaat, Januari 30, 2009

program terdekat

kejayaan bukan diukur dengan statistik

"penilaian statistik ialah penilaian berdasarkan bilangan orang yang berjaya"

seringkali kita mendengar, UPSR meningkat daripada tahun lepas.
begitu juga dengan SPM dan PMR dan lain2.
faktor kejayaan sesebuah negara juga diukur melalui statistik ekonomi.
angka korban di palestin juga menggunakan statistik.
kajian kelimpahan spesies juga berdasarkan statistik.
hampir segalanya di dunia ini berdasarkan statistik.

aku hari rabu lalu, pergi ke syarahan umum FST.
disampaikan oleh prof kegemaran aku, iaitu prof yusof othman.
sejak sekolah lagi aku mengagumi beliau melalui kaca tv.
ini merupakan kali kedua, aku sempat mendengar seminar yang dikelola beliau.
dari cara penceritaan beliau amat membuka minda ku.
aku amat ingin mencontohi keintelektualan dan keislamikan beliau.

syarahan umum ini membicarakan tentang pemartabatan sains dan matematik dalam acuan bahasa.
memang selari dengan isu sekarang PPSMI.
meskipun dah 10 tahun PPSMI (yeke?), tapi isu ini wajar diperhati semula.
aku akan kupas dalam artikel selepas ini.
tapi aku tertarik dengan kata-kata beliau.
apakah statistik yang menentuukur kejayaan?
jika statistik kayu ukur nya.
maka gagal lah nabi nuh dalam usahanya berdakwah. 
dalam tempoh yang lama, 1000 tahun hanya sebilangan kecil yang mahu mentauhidkan Allah.
apakah ini penilaian kita?
apakah melalui jumlah yang ramai mendapat 5A UPSR, kita
 boleh mengatakan kementerian berjaya melahirkan porduk berkualiti?
memang tak dinafikan mereka banyak 5A, tapi apakah mereka faham apa yang mereka belajar?
apakah mereka dapat aplikasikan segala ilmu yang dipelajari?
sama juga dengan kita di Universiti! apakah sahabat2 yang dapat 3. ke atas berjaya aplikasi ilmu dipelajarinya??

[ayuh renungkan..maaf lambat pos, sebab ayah guna kom seharian.]