Jumaat, Disember 12, 2008

bulan purnama

"kerap kali aku perhatikan, betapa indahnya purnama"

setiap kali 14,15,16 setiap bulan islam.
aku tertarik dengan bulan.
cahayanya bersinar menerangi alam.
bersinar seperti matahari, cuma lebih romantik.
pernah satu ketika, aku di tempat gelap (hutan)
langit cerah dek bulan purnama.
subhanallah. indah sungguh.

kerap kali aku perhatikan, betapa indahnya purnama.
alangkah hebat ciptaan Mu ini.

[bulan yang sama, cuma masa yang berlainan untuk bersinar]

Khamis, Disember 11, 2008

tsunami di gurun pasir

“merenung ciptaan Allah, menginsafkan diriku, sesungguhnya amat kerdilnya diriku”

Deruan ombak memecah pantai.
Ini kali kedua aku berhadapan dengan ombak laut china selatan.
Ketakjuban aku kali ni lebih memuncak.
Aku berdiri di pantai kg seberang takir.
Dulu aku berdiri di pantai rompin.
Pantai di sini lebih lembut dan bersih.

Sewaktu aku berlari, berlari dan perlahan aku berlari.
Aku toleh ke belakang, aku dah jauh tinggalkan tempat asalku tadi.
Tapi masih jauh tempat ku tuju.
Rasanya dalam 1 kilometer.
Tapi aku rasa seolah olah 20kilometer aku berjalan.
Aku tak mampu berlari.
Mengah.
Angin tiup sepoi sepoi bahasa.
Aku terbayang. Andai aku di gurun.
Agaknya beginilah keadaannya.
Dipenuhi pasir. Dengan angin bertiup.
Cuma bahangnya lebih perit.
Bagaimana agaknya nabi berjalan di gurun yang panas.
Aku di sini pun dah penat.
Tak tahu mengapa. Mungkin banyak tenaga dikeluarkan.
Yela, kaki kita menghentak pasir yang tenggelam.
Pastu kita terpaksa pijak lagi pasir dihadapan.
Angin pulak tolak kita.
Mungkin juga ilusi mata, melihat jarak perjalanan di hadapan masih jauh.

Tika malam pula. Tengah malam.
Aku baru pulang aktiviti di dewan.
Aku berjalan seorang diri. Kesunyian malam amat menggerunkan di sini.
500m daripada pantai. Aku boleh dengar deruan ombak.
Hati aku kecut.
Aku terasa ombak semakin lama semakin dekat menghampiriku.
Bunyinya amat menyeramkan.
Seolah2 ingin membahamku.
Setiba di bilik, mataku sukar lelap.
Aku takut, andai tsunami melanda.
500m sahaja. Camne nak lari?
Aku rasa nak jerit je, panggil mak angkat aku.
Aku takut sangat kalau malam ni tsunami di kg ni.
Bunyi makin kuat. Gerun betul hati ni.
Tak tentu arah aku.
Bagaimanalah jika aku di acheh 26 disember dulu?

merenung ciptaan Allah ini, cukup menginsafkan diriku,
sesungguhnya amat kerdilnya diriku.
Azab Allah boleh datang bila2 masa.
Adakah kita cukup amal kepadaNYA?

[Berjaya juga aku lelap, jam 2 pagi. Kg seberang takir baru, 4 disember2008]

qurban yang bermakna bagiku

“wajahnya yang tenang, dan manis bicaranya”

Qurban di kawasan perumahan aku meriah.
Meskipun kami buat agak lewat, tapi syukur masih ramai yang datang.
Seronok melihat gelagat kanak2 yang kagum dengan lembu.
Ada yang takut lihat lembu hendak diqurbankan.

Inilah kali pertama aku datang saksikan live penyembelihan.
Memang aku dari kecil, aku lari bila diorang nak sembelih.
Aku kesian tengok lembu yang nak disembelih.
Kini, aku dapat tengok pisau yang tajam, menyentuh kulit leher lembu.
Ditakbirkan dan terus memotong 2 urat.
Subhanallah, aku sayu dan kagum.
Meskipun sudah 5 minit urat leher putus, tapi badannya, masih meronta.
Jantung dan perut kembang kempis.
Terdengar bunyi dengusan lembu.
Ya allah, aku amat sayu. Pedihnya mati.
Agaknyalah perit macam nilah kita mati kelak.

Urusan pemotongan seperti biasa.
Aku duduk tepi saja. Tunggu kerja tiba.
Tapi tungu punya tunggu, takde kerja pun.
Sahabatku, muzawwir, main tolong je.
Dapat je keje dia buat.
Orang tak suruh dia dah buat.
Eh, kenapalah aku takleh jadi macam dia.
Keramahan dia amat menarik minat aku.
Wajahnya yang tenang dan manis, buat aku masih respek dia.
Meskipun dia muda setahun, tapi keperibadian dia amat bagus.

Akhirnya aku dapat jugak tolong.
Tolong ikat dan kira plastic berisi daging.
Mudah je. Syukur, dapat juga menolong.
Muzawwir tolong aku pulak. Aduhai..
Waktu aku sibuk mengira daging yang dibungkus.
Muzawwir tengok gelagat kanak2 perempuan bermain kain.
“tengok aku buat tetek” budak 1
Kanak2 lain gelak.
Berulang kali kanak2 buat bende sama.
Muzawwir dengan ceria bergaul dnegan budak tu.
“malunya” muzawwir kata sambil menutup muka.
Kanak2 terus gelak2.
Muzawwir masih melihat gelagat budak tu, dan mengulang kata yang sama.

Dakwah yang kecil ini memberi banyak makna kepadaku.
Meskipun Nampak macam takde pape.
Tapi keramahan muzawwir dengan pelbagai peringkat usia memberikan aku contoh terbaik.
Hanya kerana kata2 yang baik dan wajah yang tersenyum.
Berjaya melembutkan hati semua orang.
Subhanallah.
Terima kasih muzawwir.

[di blok ST5, ibadah qurban, 11disember08 jam 11pagi]

subuh yang berlalu pergi

“bangunlah awal/bersiaplah awal. jangan ditangguh solat.”

Pagi pagi dah hujan.
Aku bangun seawal 5.30 pagi.
Pergi ke tandas. Takde air.

Alamak. Camne ni?
Camne nak ambil wudu’
Takkan nak kejut mak. Awal lagi ni.

Hmm takpela.. baring kejap.
Tunggu kul 6 lebih.
Sekali aku tersentak. Mak panggil nama aku dalam keadaan cemas.
Aku terus bangkit.
Ya allah, subuh.
Jam menunjukkan jam 6.57 pagi.
Aku terus berlari ke tandas semula.

Aku kejut adik beradik yang lain.
Subuh2.. diorang pun bangun.
Masalahnya, tandas satu.
Jadi diorang kena beratur ke tandas.
Setahu aku, syuruk jam 7.10 pagi.
Syukur aku sempat subuh.
Tapi aku risau adik beradikku yang lain.

Nyesal jugak aku tak kejut mereka jam 5.30 pagi tadi.
Nyesal jugak tido tadi.
Aduhai. Aku kecewa.
Tapi persoalan dalam benak hati aku.
Kenapa mak kejut aku dulu?
Subhanallah, terima kasih mak.


pengajaran penting yang aku perolehi.
bangunlah awal/bersiaplah awal.
jangan ditangguh untuk bersolat.

[subuh berlalu, jam 7.16 pagi,di ruang tamu rumah mak angkat, 6hbdis08]

masjid sepi di kala subuh

“jom kita berjemaah di masjid berdekatan, di awal waktu solat.”

Sewaktu kami dalam perjalanan nak ke seberang takir.
Kami singgah sebentar di masjid kampung labuhan, kerteh.
Jam dan 5.45 pagi. Suasana masih gelap.
Sewaktu kami bersiap untuk mandi dan ambil wudu’.
Azan berkumandang. Aku masih terpinga2, di mana aku berada.
Aku terus masuk ke dewan solat.
Eh, imam je ada.
Dia menunggu kami untuk solat bersama.
Mana orang kampung yang lain?
Bilal yang azan tadi, kini, imam.
Subhanallah. Kalau kami tak singgah, camne?
Siapa akan bersama imam ni untuk subuh bersama?

Setelah kami bersiap untuk bertolak, aku baru sedar.
Di sekitarnya, aku tak nampak rumah atau kampung.
Beberapa kilometer di hadapan, aku nampak kilang petronas.
Hmm… mungkin masjid tu bukan di kawasan kampung.
Sebab tu tak ramai orang turun bersolat.

Bagaimana masjid di sekitar kawasan anda?
Adakah ada imam bilal dan makmumnya?
Jom imarahkan masjid/surau.
Kita cubalah untuk berjemaah di masjid berdekatan, di awal waktu solat.
Senang je kan?
Cuba dulu, baru tau keseronokannya.

[dalam bas melihat panorama pagi di kerteh, 7.15 pagi, 2dis08]

Rabu, Disember 10, 2008

eh, kembar aku ke?

Sejak pagi ahad minggu lepas lagi, diorang asyik cakap aku ada kembar.
Sampailah ke penghujung OPKIM.
Sampai ada kawan cakap, aku ni asyik berkepit je dengan adik aku.
Haha, bila tengok balik muka dia ni.
Sama ke?
Tak puas hati, aku ambik gambar aku dengan dia.
Beza gile…
Dia putih dan licin. Aku?
Ish3.. muka dia panjang sikit. Kui3.
Apa yang sama?

Kembar aku yang dimaksudkan ialah Razman.
Pelajar tahun 1, sains nuklear.
Selamat la dia tak jadi adik angkat aku waktu OPKIM ni.
Kalau tak, asik jadi bahan je nanti.
Tapi razman ni memang baik, sopan santun budaknya.
Kembar pun kembar la..
Asalkan jangan serupa gile ngan muka aku.
Biar arrabe’ ada sorang. Hehe.
Tapi bila tengok drama yang ada kembar ni.. cam best je kan?

cakap cam orang ganu

Sebelum sampai seberang takir, aku risau sangat.
Boleh ke aku paham orang ganu cakap?
Teringatlah, istilah ikang, makang dll
Aku duk borak ngan orang ganu, alia namanya.
Aku suruh dia ajar cakap ganu.
Dia cakap kalau hujung n atau m, orang ganu akan tambah ng.
Kitorang pun cuba-cuba la cakap ganu.
Tergelak gila la..
Aduhai. Macam mana ni.. huh.
Tak elok gelak bahasa orang.

Waktu kat sana, aku pulak tercakap ganu.
Segala benda aku tambah g.
Tapi loghat ganu dia tak tekan sangat g tu.
Dia cam ada g tapi tak g yang ditekankan.
Contoh makang ikang. Kalau cakap sebut satu2 memang tak bunyi ganu.
Kalau lajulaju sebut, baru loghat ganu.
Dan takdela lawak sangat bunyinya.
Betul ke aku cakap ni??
Tapi memang seronok cakap bahasa ganu.

Tapi bila mak aku cakap dengan anak dia.
Laju gile.. kadang aku terpaksa tanya beberapa kali untuk paham.
Ada beberapa istilah baru belaja.
Tak emboh=tak mahu
Ada lagi satu aku tak ingat. Pasal ais.
Kalau kita nak order milo ais. Diorang sebut milo openg kot?
Wah seronok… syukur, aku belajar bahasa baru.