Jumaat, Januari 31, 2014

Malam Cinta Rasul PIIACuF

teringat bulan November 2013 yang lepas aku bersama dengan Hafriz, telah pergi ke Malam Cinta Rasul anjuran TV Al Hijrah di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya. Alhamdulillah kami sampai tepat pada masanya. tetapi ornag sudah penuh sehinggalah ke belakang khemah utama. kami cuba menyelinap ke sebelah kanan pentas.alhamdulillah dapat. mujur ada TV besar untuk kami mudah nampak Habib Syech.

bersama dengan sahabatku Hafriz. 

kami berdua duduk di tepi belah kanan. sempat la jugak rakam sikit-sikit

ustaz don membacakan doa dan tazkirah. masyaAllah, terasa sungguh. doa yang panjang juga hampir merangkumi semua pelosok masyarakat daripada pemimpin sehinggalah ke pelajar seperti aku.

....sini adalah rakaman Malam Cinta Rasul






Khamis, Januari 30, 2014

proses nak menghantar tesis UKM

inilah pengalamanku dalam proses menghantar tesis sarjana di UKM. banyak prosedur yang perlu dipatuhi, agak rumit tapi ia akan memudahkan kita.

saya tak cerita pengalaman menulis tesis, itu lagi panjang lebar cabaran dan dugaannya, cukuplah hari ini. Pada bulan November 2013, aku nekad untuk berhenti kerja sebagai Pembantu Penyelidik kepada Prof. Madya Dr. Wan Juliana Wan Ahmad dan menolak tawaran bekerja di Institute Medical Research di KL.

Ini atas desakan keluarga dan diri sendiri yang melihat aku tiada progres menyiapkan tesis apabila bekerja. Langkah pertama di awal November 2013 aku telah menyiapkan abstrak untuk memenuhi prasyarat menghantar notis 3 bulan. di bawah ada gambarnya.

aku hanya sediakan bil 1, 2, 6 (sijil dan prosiding) dan 7 (segala penerbitan termasuk jurnal prosiding aku hantar sekali)

ini borangnya. kena hantar sebelum 3 bulan kita siap tesis. macam aku aku dah terlewat. sebab aku target nak hantar sebelum Februari (jadi baru 2 bulan). aku nanti kena bayar denda RM30 sebab hantar awal.

lepas isi muka depan, muka belakang dia dapatkan tandatangan penyelia /co, ketua pusat dan terus hantar ke Pusat Siswazah FST. tak perlu jumpa Dekan. mereka yang akan uruskan. 

kalau ikut borang ni, dia cakap akan hantar surat kepada kita 2 minggu kan? tapi aku tunggu sebulan lebih, baru dapat surat. hehe.. lama sikit dan korang kena tanya kat pusat siswazah, "saya dah hantar borang hantar notis bulan lepas, tapi tak dapat surat lagi la, bagaimana ye?"

kat bawah ini contoh abstrak aku. 3 kali aku betulkan. leceh betul. nak tahu sebab apa? tajuk kena bentuk piramid terbalik tau!dan abstrak ni kena ada cop penyelia. bahasa melayu dan bahasa inggeris.

hehe... tak boleh la tunjuk penuh.
lepas hantar borang ni, bulan November dan Disember, aku ke hulu ke hilir mencari tempat mood yang best untuk menulis tesis. akhirnya, dekat bilik sendiri juga aku pulun habis tulis tesis. memang 5 hari sebelum 30 Disember aku pulun 22 jam sehari untuk siapkan. yang paling lama adalah gaya UKM. sehari aku habis masa kat situ je + rujukan. pening-pening. tengoklah bersepahnya bilik aku.

p/s: maksud aku pulun 5 hari tuh, bukan baru nak buat semua. aku sebelum ni dah buat sikit2, kadang-kadang aku tulis idea je dulu. baru siap 60% dari bab 1-bab 5 masa tu. tetapi 5 hari ni aku pulun untuk semak perenggan ke perenggan dan gali balik jurnal aku yang dah download, cuba cantum dan sambung idea diorang dengan kajian aku.


kalau dah dapat semangat tulis tesis, jangan lengahkan, terus buat. tolak segala ajakan, facebook dan SMS. 

lagi satu kat tempat laluan aku kat bilik, macam suis lampu, aku letak nota besar2. kena rajin buat tesis. so, kita akan nampak selalu. jadi doa..


aku telah berjaya siapkan dan hantar kepada penyelia aku untuk semakan. 
Aku minta jasa baik Prof. Madya Dr. Noraini Talip, penyelia aku untuk semak aku punya tesis. Beliau semak hampir tiga minggu, aku dah risau sebab tarikh tamat hantar tesis ialah 3 Februari 2014 (lagi 14 hari), tapi aku faham beliau sibuk dan aku hantar lewat pada beliau, jadi jangan paksa. berdoa dan terus berdoa. Alhamdulillah beliau banyak memberikan tunjuk ajar kepada aku. dengan segera aku edit dan perbaiki tesis aku dan print.

Ingatkan boleh hantar terus, aku pergi Pusat Siswazah dia kata kena isi borang lagi. borang penyerahan tesis. warna biru. kena isi dan dapatkan tandatangan penyelia, ketua pusat dan kena buat semakan gaya UKM dulu dengan pusat siswazah.

aku terus buat. 24 Januari 2014.

mujur ketua pusat ada pada hari yang sama. dan aku terus hantar ke pusat siswazah dan satu copy tesis untuk disemak gaya UKM. aku dapat semula semakan tesis aku pada 27 Januari. sekarang aku kena bayar yuran dan baru boleh hantar 6 buku tesis.

dengan segera, aku pinjam duit mak aku sebab tak de duit bulan ni. huhu.. pergi bank islam, cakap nak bayar untuk yuran peperiksaan master. pastu tunjuk resit ni kat bendahari UKM.

pastikan tunjuk kat bendahari resit bank islam tadi dan dapatkan cop bendahari.

inilah cop bendahari!

lepas tu baru aku cetak 6 salinan tesis (sepatutnya tujuh, tapi aku takde co supervisor). hanya dua je yang berwarna yang lain hitam putih je.

pastikan dua yang berwarna iaitu untuk pemeriksa dalam dan pemeriksa luar

keseluruhannya ada 6 salinan. aku print satu salinan di rumah. pakai canon MP287, dakwat dia RM130 + pergi fotostat kat luar RM57. huhu....



dalam borang biru ini pastikan dah dapat tandatangan penyelia kita sebelum hantar pada beliau.


akhirnya pastikan dapat cop daripada pusat siswazah FST UKM.

alhamdulillah, kira sekarang aku perlu siapkan diri untuk Viva.


moga kalian berjaya menghantar tesis juga!!

Sabtu, Januari 25, 2014

rutin harian amal

Rutin hidup mingguan As Syahid Mahmoud Saad Mahmoud, pelajar Fakulti Perubatan tahun 5 di Universiti Suez yang syahid dalam peristiwa Di Medan Rabiatul Adawiyah.

- IBADAH (23 jam)
Solat, Tilawah Al Quran, Qiyamullail, Ziarah sanak saudara dan rakan kuliah, Mathurat.
 - RIADHAH (8.5 jam)
Radhah harian, Gym.
 - INTELEKTUAL (78 jam)
Membaca, Belajar, Kelas, Blogging, Kelas tambahan , Facebook dan berita.
 - SYARIKAT (39 jam)
Kerja tetap, email, social network
 - TIDUR (35 jam)
5 jam sehari sahaja, apa-apa program flexible pada awal bulan, boleh masuk mana-mana dalam jadual melainkan waktu belajar.

*Wajib guna paling minimum 14 jam seminggu dari waktu senggang untuk masa makan, minum, naik teksi dan main bola sepak

- DAKWAH (7 jam) Liqa' usrah, Liqa' majlis-majlis pengajian, Liqa' Tsulasa'. ..........

Lihat bagaimana jadual mingguan beliau dan bandingkan dengan jadual mingguan kita. Nak impikan syahid bukan sekadar di mulut. Buktikan dahulu dalam kehidupan seharian! Muhasabah..


Jumaat, Januari 17, 2014

cuba jelah!

kalau kita asyik fikir nak buat ke tak, memang akan jadi malas! jadi....

"Cuba! itulah permulaan untuk apa sahaja kejayaan" - Irfan Khairi


Post by Irfan Khairi.



idea yang diusahakan

sebuah kisah benar bagaimana sekumpulan anak kecil yang mempunyai impian dan hanya dengan idea yang tiba-tiba datang, mereka terus melaksanakan idea itu, dan ternyata ia menjadi kenyataan.

waw!! satu idea yang kita ada jangan disia-siakan, kadangkala ia boleh terjadi jika diusahakan. insyaAllah aku boleh. bermula dengan kegigihan, kesabaran dan latihan yang bertubi-tubi.

This short video is based on a TRUE STORY, about a group of kids that did the IMPOSSIBLE! If you like this video as much as I do, please click SHARE.... ... because everyone could use some INSPIRATION... Make it a great weekend, Nisandeh

video klik [sini]



Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina!
semalam pergi kedai fotostat cina, Kim Tuan Photostat Centre di Seksyen 7, auntie tu dah kenal aku, jadi dia bagi limau. wah!! terharu, aku pun ucap Selamat Tahun Baru, auntie. seronok sebab susah nak dapat limau dari orang cina. Alhamdulillah, orang yang baik dan menghargai pelanggannya, kita kenalah balas dengan baik (kena datang selalu fotostat)...

menarik video perayaan ni, suka penjelasan Mustapha Ma, Presiden MACMA.

orang yang bijaksana

melihat kesilapan orang lain, benci dalam hati, jangan buat kesilapan yang sama. jangan kutuk orang lain.

"orang yang bijaksana, membetulkan kesilapan diri dengan melihat kesilapan orang lain" - ibn sina