Ahad, Januari 12, 2014

Rickshaw Run

tak sangka ada program sebegini. program yang melatih kita untuk mencari dana bantuan (charity) dan menerokai tempat baru bagi kita (India) dengan cara kita sendiri. wah... jom buat kat Malaysia?

introduction on Rickshaw Run 
[A 3,500km pan-Indian adventure in a 7 horsepower glorified lawnmower. The Rickshaw Run is easily the least sensible thing to do with two weeks. At each end of the Run is a party of earth shattering proportions but what is between them is all down to you. And luck - good or bad. No set route, no back-up, no way of knowing if you're going to make it. The only certainty is that you will get lost, you will get stuck and you will break down. It's just you and your mates in a wholly unsuitable vehicle traversing the subcontinent enduring whatever shit the road throws at you.]

sempat aku tengok video Jack & Harry di Youtube. terbayang kalau aku menyertai program ini, aku dapat bayangkan betapa bersyukurnya aku akan nikmat yang Allah berikan. setiap saat perjalanan yang kita tempuhi dapat melihat keindahan alam dan perbezaan bangsa agama. beruntungnya kita sebagai muslim dapat melihat kehebatan Allah di dunia ini!

 

kalau berminat boleh sertai di sini: klik >>sini

 

merasa rimas mendengar ayatul Quran?

apabila ayatul Quran dimainkan di tv atau radio, jika kita merasa rimas atau tidak selesa, itu disebabkan syaitan telah berjaya meresap dan mempengaruhi kita.
kita terlalu leka dengan muzik dan hiburan yang melekakan, sama ada melalui mp3, iphone, laptop, radio atau tv sekalipun, ia sedikit sebanyak telah menggelapkan hati kita.
muzik yang melekakan ini umpama audio pornografi yang asyik menceritakan tentang cinta manusia, perempuan dan harta. kita telah banyak menghabiskan masa dengan melihat video atau mendengar muzik ini.
ini termasuklah pembaziran masa kita terhadap facebook dan youtube, syaitan suka kita menghabiskan waktu begitu sahaja.

muhasabah diri.

kenapa semua ini menimpa aku?

Allah uji kita, sebab Allah nak lihat sejauh mana keimanan kita.
Maka ingatlah, semakin besar ujian yang menimpa kita, Allah nak uji kita. jika kita beriman dan bergantung pada Allah, insyaAllah semakin besar ganjaran buat kita.

usaha yang terbaik dan serahkan selebihnya kepada Allah.
kita hidup di dunia ini bukan untuk bersenang-lenang dan bersuka ria, dunia ini hanya sementara dan tempat ujian kita.

Isnin, Januari 06, 2014

menjelang tahun baru 2014 bhg.1

berat hati untuk aku keluar rumah malam ni. tugasan aku untuk hari terakhir buat tahun ni masih belum selesai iaitu memulangkan buku perpustakaan (ada enam buah buku tentang palinologi). esok perpustakaan tutup dan aku malas nak tunggu hari Khamis. nekad!

aku tiba di perpustakaan selepas solat Isyak, sempat mencari buku bacaan motivasi. tajuknya The Flipside mengkisahkan tentang setiap halangan pasti ada peluang yang tersembunyi. buku karya Adam JJackson. Malam tahun baru dengan azam baru, aku pergi ke Forum Tahun Baru di Bangi Gateway sebab ada Aiman Azlan. balik awal sebab terdetik rasa hati macam tak sedap.

Heliza Helmi, dan panel Dato' Fadzilah Kamsah dan Aiman Azlan

di simpang tiga berdekatan dengan Restoran Belauk dan sekolah rendah, aku nak masuk ke kanan, malam agak suram, kelihatan motorsikal dengan lampu yang agak terang, aku agak dia di bonggol dan agak jauh, terus masuk simpang. semasa masuk simpang, baru ku perasan motor tu rupanya sangat dekat, aku cuba mengelak, namun, motor itu terlanggar pintu belakang kiri kereta aku. terberhenti di tepi jalan dan terkejut. hati berdoa laju agar penunggang itu tidak apa-apa. aku keluar dalam keadaan takut-takut. penunggang itu datang dengan gaya marah-marah. aku macam terpinga-pinga, aku terus ke motor dia. tengok keadaan motor dia dan tanya dia, "abg tak apa-apa ke?" dan aku minta maaf berkali-kali.

kelihatan tangan kiri beliau macam berdarah sikit dan tangan kanan nya paut tangan tu, seolah sakit. aku cemas. orang yang nampak kejadian itu, turut berada di situ. aku blur... sebab aku teringat masa aku jadi mangsa kemalangan dulu. kali ini aku pulak yang bersalah. terus aku tanya orang kat situ, apa patut aku buat, mereka cakap hantar kat klinik. motor tu letak kat depan Restoran Belauk. aku cakap dengan abg yang kena langgar tu baik-baik dan ajak dia naik kereta aku. aku nampak Hospital Kajang je, tapi banyak sangat bonggol, dia mengaduh sakit. aku bertambah cemas, terus aku ubah haluan ke Hospital Serdang.

Isnin, Disember 16, 2013

sampah di laman sosial

teringat slot ICT di Bernama Radio24 pagi tadi. segar dalam ingatan kita akan teguran tetamu tersebut. hmm.. tapi ambil positif la ye. jangan kait politik plak hal ni.

"kita sibuk nak print screen kalau ada orang buat silap melalui status, gambar, atau video pastu share di Facebook. sampai jadi viral. tujuannya kata nak beri kesedaran. pastu cakap kerajaan tak buat kerja tapis iklan lucah dan ubat kuat lelaki di Facebook. padahal dia yang duduk sebar sampai jadi viral.

kita kena ingat ini laman sosial, jadi menjadi tanggungjawab kita untuk memanfaatkan laman komuniti ini. dekat sini tiada penguatkuasa untuk banteras. kerajaan pun takde kuasa, melainkan kalau kerajaan pergi California pejabat Facebook untuk delete dan tapis ataupun kerjaan haramkan Facebook terus di Malaysia. nanti kata pulak kerajaan jahat. jadi kat Facebook ada ruang untuk kita jalankan tanggungjawab kita untuk tapis benda yang dirasakan negatif dan lucah. klik kat kanan status ada ruang report. laporkan kat situ. takperlu nak print screen dan sebarkan, itu bukan nak mencegah tapi mencari masalah. Facebook akan beri amaran pada owner iklan/status tu, jika owner masih buat hal yang sama hasil amaran tu (berdasarkan report yang diklik), Facebook akan block akaun selama 30 hari.

jadi ini tanggungjawab kita dalam laman sosial ini. zaman dulu kita bersihkan sampah yang ada ditengah jalan, tetapi sekarang kita bersihkan sampah dalam laman sosial kita." 

Ahad, Disember 15, 2013

malasnya tidak terperi

susah hidup dalam keselesaan yang melampau.
terasa selesa pabila semua disekeliling sudah lengkap dan tak mendesak aku untuk berbuat apa-apa.
payah bila berada dalam keadaan ini.
tetapan visi sudah diletak, namun tiada pemangkin untuk mencapai.
apakah aku perlukan sesuatu peristiwa yang menyakitkan atau mendukacitakan untuk aku berubah?
malasnya tidak terperi.
berubahlah wahai diri.
emas itu tidak bernilai, bila kita tak mengenalinya.
masa itu tidak berharga, bila kita tidak mengetahui nilainya.
apabila emas itu hilang dan masa itu pun berlalu, kita tersedar dan baru mengetahuinya, ia sudah pergi dan tidak akan kembali.
peluang itu hanya datang sekali.
ia tidak akan datang kembali.
Allah itu sayang kita, peluang tetap diberi, dugaan datang sebagai tanda memperingatkan.
ayuh... buang malas yang tidak terperi itu!
buang jauh-jauh... JAUH JAUH!!!



Selasa, Disember 10, 2013

Allah bersama orang yang sabar

"sangat terasa tertekan pada masa sekarang ini.
terlalu banyak perkara yang dahulunya aku rasa boleh siap segera, rupanya mengambil masa yang lama."

Seorang senior berkata kepada aku, "niat kita kena betul, ikhlaskan kerana Allah, insyaAllah kerja kita ini akan dipermudahkan." Senior ini meminta bantuan untuk aku terlibat dalam sebuah program islamik mega di Bandar Baru Bangi. Mesyuarat yang aku jangka pertemuan santai telah menjadi suatu bebanan untuk aku pikul dalam tempoh tiga bulan ini. Beberapa kali suara hati jahat mengatakan, "kenapa perlu terlibat? tesis kau tak siap lagi? tugas ini sangat berat dan akan mengambil banyak masa kau. bukannya dapat duit." Namun, suara hati baik cuba memurnikan, "ingatlah mungkin gerak kerja yang akan kau lakukan jika diniatkan kerana Allah, Allah akan hapuskan dosa-dosa kita yang lalu. mungkin dengan gerak kerja ini akan mudahkan aku untuk siapkan tesis. pasal duit? Allah kan berjanji akan berikan rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka? yakinlah dengan Allah."

Abi sakit dan perlu dirujuk kepada hospital. Mungkin terlalu banyak tekanan dan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan beliau jadi sedemikian. Sebelum ini masuk wad kerana hipertensi, umi sangatlah risau. Ahad lalu, Abi pergi ke Hospital Serdang diagnos kemungkinan ada penyakit pada hati (hati bengkak), mungkin esok baru akan tahu keputusan. Umi seharian risau dan asyik bertanya abi tentang kesihatannya. Umi bertanya pada aku, "boleh tak temankan abi esok di hospital ambil keputusan, kesian abi sorang-sorang nanti". Suara hati yang jahat memberontak, "mesti lama kat hospital, malasnya. nanti banyak masa habis kat hospital. kerja mesti tak siap." sekali lagi hati baik menasihati aku, "ingat, kamu sekarang muda lagi, kalau kamu dah tua jadi macam ni jugak, apa perasaan kalau anak kamu taknak jaga kamu dalam keadaan sakit? bila lagi nak berbakti pada orang tua. hal tesis tu, cuba cari masa untuk dimanfaatkan. menolong ibu bapa ada keberkatannya."

Umi mengeluh pasal aku asyik meminjam duit daripadanya. Hutang lama masih tak bayar dan umi masih tak tahu aku ada pinjam daripada orang lain sebab aku tak sampai hati meyusahkan beliau. Persepsi orang lain, "anak sorang mak bapak boleh tanggung, balik rumah setiap hari makan minum dah tak payah risau". Mendengar reaksi persepsi orang lain, aku hanya senyum. malas nak layan dan menyemakkan minda. Harapan umi, aku cepat habis dan kerja. Umur aku dah 25 tahun, memang sepatutnya, aku yang menyara mereka, bukannya mereka menyara aku. Suara hati jahat memberitahu aku, "sepatutnya kau tak sambung belajar dulu, ko sepatutnya kerja dulu. belajar tinggi-tinggi buat apa? tengok berapa ribu dah habis? sekarang dah lebih RM5K kau berhutang dengan orang. camne ko nak bayar?" bila kenang balik pasti kita rasa nak patah balik ke masa lalu. Alhamdulillah, suara hati yang baik menyedarkan aku, "Allah bersama orang yang sabar, sabarlah Arrabe' siapkan tesis kamu dengan baik. siapkan itu dulu cepat-cepat. jangan fikir masa depan. apa yang tak selesai hari ini, selesaikan hari ini. tak payah fikir masa esok. Sebab apa yang bakal berlaku esok, kita tak pasti. jadi, tak payah semakkan fikiran kau. teruskan bergantung pada Allah, minta Allah permudahkan."



Dalam diri kita akan ada suara hati jahat dan baik. pastilah suara hati jahat itu, "syaitan yang sedang membisik dan menghasut kita". suara baik itu datangnya daripada iman kita. Alhamdulillah, aku masih punyai iman yang membantu aku untuk terus bersabar. Andai iman ini semakin tipis dan lemah, bisikan syaitan akan membelenggu aku. Andai tersilap langkah, maka jalan yang kita pilih bakal menjerumuskan kita ke lembah kehinaan atau neraka.

p/s: hal hari ini, selesaikan semuanya hari ini. hal esok, uruskan selepas hal hari ini siap.