Rabu, Oktober 17, 2012

erti syukur

seringkali kita terlupa untuk bersyukur. mungkin ada sahaja yang mengucapkan alhamdulillah setiap masa namun, apakah kita merasakan erti syukur itu? syukur itu bagaimana rasanya?


teringat ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

  1. sihat sebelum sakit
  2. muda sebelum tua
  3. kaya sebelum miskin
  4. lapang sebelum sempit
  5. hidup sebelum mati

sungguh mendalam maksud setiap satu. selalunya pabila kita sihat, kita seringkali lupa untuk bersyukur atas kuniaan sihat itu. apabila sakit termasuklah demam atau selsema sehari dua pun, kita dah rasa mengeluh dan penat dengan dugaan ini. sebab itu Allah uji kita adakah kita masih ingat Allah dalam setiap perkara dan setiap keadaan kita.

Allah itu tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia. pasti ada sebab dan hikmah untuk kita ambil pelajaran.
Syukur kepadaMu, Allah.

Isnin, Oktober 15, 2012

reflect on the past!


muhasabah diri dan rombakan secara besar-besaran perlu buat diriku setelah hampir masuk ke suku abad. Ini adalah ucapan terawal daripada Abg Nizal Mohammad memberi peringatan dan sokongan buat diriku untuk merenung kembali dan mengatur hidup dengan lebih rapi dan terperinci untuk menghadapi sisa usia di dunia ini. moga Allah berkati kita semua. InsyaAllah tiada apa yang istimewa dengan ulangtahun ini melainkan ingatan dan doa daripada sekalian sahabat dan anda.

  1. lepas - merenung kembali masa yang lalu 
  2. semasa - bersyukur dengan usia yang Allah berikan
  3. akan datang - merancang masa hadapan 


Ahad, Oktober 14, 2012

trans-form-ation

"tugas mendengar adalah berat tetapi penting"

pengalaman berharga telah aku perolehi dalam kursus transformasi kepimpinan eko-relawan. kursus yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan & Alam Sekitar (LESTARI) UKM telah disertai 25 orang termasuk aku (bersama dua lagi pimpinan Kelab Rakan Taman), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perhutanan dan pelajar UKM. Kursus bermula 13 Oktober sehingga 14 Oktober 2012 berlangsung di Kolej Keris Mas UKM.



berikut adalah sedikit ilmu yang diperoleh daripada Dr. Shaker Mustafa:

  1. transformasi. apakah beza in-form-ation dan trans-form-ation
  2. jangan label orang (dont judge people), "orang lain tak tahu, kita sahaja yang serba tahu"
  3. beza data dan pengetahuan.
  4. you not telling about me, but you are telling about yourself.
  5. bahasa menunjukkan identiti kita dan pemikiran kita.
  6. mendengar adalah tugas paling berat
  7. kita sama sebab itu kita berbeza
  8. melihat botol daripada pelbagai perspektif
  9. 4 classes of thought forms capture the world complexity
  10. kalau putus silaturrahim, putus rezeki.
  11. ada limitasi dalam minda kita akan sesuatu.
  12. the power of absence.
  13. kena hormati apa yang orang lain cakap
  14. fokus penyelesaian, the solutions focus. SIMPLE
  15. solution building vs problem solving
  16. action plan



apa yang tertulis di atas sangat bererti. bukan sekadar untuk organisasi eko-relawan tetapi juga penerapan dalam kehidupan seharianku jua. akan dikongsikan kepada kalian sedikit demi sedikit. InsyaAllah.



Isnin, Oktober 08, 2012

turun naik iman

[terkesan dengan nasihat seorang akhi]


turun naik iman itu sentiasa terjadi. sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan dosa. ye! itu bukan alasan untuk menjadikan diri kita lemah dan terus lemah. kita bukan selemah ini, bila memikirkan dosa kita akan rasa sangat putus asa. seolah-olah kita tak layak masuk ke syurga. tidak! Allah itu pengampun dan penyayang. Allah sayang kita, kita pun kena sayang Allah. jom taubat dan berazam untuk kembali berubah sangat perlu setiap hari. muhasabah diri bersama.

Sabtu, Oktober 06, 2012

is it painful?

"apa perasaan anda apabila baca status di bawah ini?"


terkejut aku baca status seorang kawan di Facebook. bagi aku seorang guru (ustazah) ini tidak berlapik dalam pengajarannya. sangat terbuka kepada murid sekolah rendah. aku terbayang pada masa akan datang, perkara seks ini akan menjadi perkara biasa dan umum. 

atau adakah aku tergolong dalam cikgu tua yang tertutup dan sangat sensitif? tak pandai dalam menjawab isu ini. memang payah seorang cikgu agama (ustazah) untuk mendepani anak muda zaman kini. apatah lagi bab pembiakan dalam pelajaran sains dan biologi.

aku rasa cikgu lelaki agak terbuka berbanding cikgu perempuan dan pelajar lelaki agak bersemangat dalam hal-hal begini. bagaimana jika ada subjek pendidikan seks di sekolah? hmm... aku tak dapat nak fikir bagaimana hendak mengajar bab sebegini.

apabila baca semula status ni, aku rasa (jika aku ustazah ini) aku akan sentuh tentang tanggungjawab setelah baligh. sentuh tentang dosa dan pahala. mungkin sesi ini akan jadi panjang tetapi kita kena terangkan pada mereka bahawa menjadi baligh (keluar air mani) bukan untuk keseronokan semata-mata. ia sangatlah berkait rapat dengan dosa pahala. daripada situ, segala dosa pahala ini akan ditimbang dan menentukan kita masuk ke syurga atau neraka. tempat kita yang kekal abadi. 

semoga Allah berkati kita dan jauhkan kita dari belenggu dosa. semoga kita terlepas juga dari kesilapan dalam mendidik seseorang. 

p/s: aku takut murid ini akan fikir keseronokan semata-mata. lama-lama akan ketagih dan terjebak dalam dosa. semoga murid ini mendapat perlindungan Allah.



Isnin, September 24, 2012

tolong saya banyakkan sujud

"pujaan hatiku Muhammad SAW, tiada siapa berhak menghinanya!"

[petikan hadith daripada blog teknikmotivasi:
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Rabi'ah bin Ka'ab melaporkan, katanya: "Saya pernah tidur malam bersama dengan Rasulullah. Maka saya sediakan air untuk berwuduk dan keperluan lain untuk beliau. Lalu Rasulullah berkata kepada saya, 'Mintalah apa yang saudara mahu.' Saya menjawab, 'Saya mahu mendampingi tuan di syurga nanti, wahai Rasul Allah!' Rasulullah berkata lagi, 'Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?' Aku menjawab, 'Itu sahaja yang saya mahu.' Lalu Rasulullah berkata, 'Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.'" -- Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik oleh Imam Muslim]

alangkah indahnya hidup bersama Rasulullah dan pastinya tidak sama langsung jika dapat bersama dengan artis K-Pop (dan artis lain). artis hanya cantik dan hensem hanya di kaca TV, skrin laptop dan helaian akhbar, namun, di belakang kita apakah dia baik dan berakhlak mulia? mencari insan yang serupa Rasulullah dengan terserlah keperibadiannya dan akhlaknya itu pasti sukar.


seperti artis K-Pop (dan artis lain), andai tak dapat menjadi hensem dan cantik sepertinya, sekurang-kurangnya ikut gaya rambut, fesyen pakaiannya, cara jalannya. akhbar dikerat-kerat dan disimpan cantik dalam album peribadi. majalah berkaitan dibeli dan album dicari. Rasulullah itu lebih hebat dari mereka, tetapi nak kerat akhbar tak boleh, nak ikut fesyen tak pernah tengok mukanya.

tidak salah kita selawat ke atasnya lebih banyak daripada mengalun lagu-lagu K-pop (dan lagu lain) di bibir merah kita. nak tiru gaya, tiru akhlak Rasulullah? jom baca hadis atau buku tentang perlakuan Rasulullah. Rasulullah kan seperti Al-Quran yang berjalan. boleh juga kalau kita baca AlQuran setiap selepas solat dan ambil penghayatan di dalamnya. buat apa hendak percaya video karut dan tohmahan orang yang tak cinta dan kenal Rasulullah. kalau kita marah artis K-Pop (dan artis lain) yang kita suka dihina dan dikutuk, ini Rasulullah yang lebih agung dihina, bagaimana?

mereka mungkin tak kenal Rasulullah siapa, sebab dalam hati mereka tiada langsung ruang untuk Rasulullah. kita? tunjukkanlah akhlak dan keperibadian seperti Rasulullah kepada mereka.

ye, mereka (penerbit dan pengarah filem) itu di Amerika, tetapi mereka (penonton) ada di sekeliling kita. malah sebab ketidakfahaman mereka kepada Rasulullah, kita pun kutuk dan hina dia. bagaimana dia nak lihat Rasulullah dalam diri dan akhlak kita?

Allahu Rabbi... berbalik kepada hadith tadi, Rasulullah mohon kita untuk banyakkan bersujud (terutama dalam solat), jika kita mahu untuk berdamping dengan pujaan hati kita ini. Jom!

Selasa, September 04, 2012

semua orang punyai masalah

"kadangkala bila kita senang, kita lupa diri"


gambar hiasan tetapi realiti: sumber internet

kita tak pernah beringat dengan apa yang kita telah lakukan kesilapan. bila kena kat batang hidung sendiri, kita baru tersedar. bila kawan kita dalam kesusahan, kita selalu cakap sesuatu yang kita rasa 'penyedap ayat'.

tetapi bagi diri penanggung, 'penyedap ayat' hanya menyakitkan hati. penanggung akan merasa sia-sia mengadukan masalah yang menimpanya. ini berbeza dengan sahabat baik yang memahami diri kita.

beruntung bagi mereka yang sudah ada sahabat baik (ataupun suami/isteri sebagai tempat mengadu), bagi mereka yang tiada tempat mengadu? 

hanya Allah tempat dia bersujud dan menyembah. adukan segala masalahnya. biar Allah bukakan pintu hatinya, selesaikan masalahnya! AlQuran perlu jadi sahabatnya di dunia, peneman diri di mana sahaja.

p/s: nasihat buat diriku yang selalu lupa.