Sabtu, Januari 14, 2012

petanda kiamat

aku sangat berminat dengan hadis-hadis Rasulullah tentang akhir zaman.
minatku bukan bermaksud aku suka. tetapi aku teringin tahu untuk aku mempersiapkan diri dan meramal apa yang berlaku seterusnya.
benar, percaturan Allah adalah yang terbaik dan kita hanya tahu sedikit sahaja. sebab itulah, kita jangan taksub dengan ramalan kiamat pada tahun ini (2012), sebab itu hanya ramalan manusia, tetapi hanya Allah lebih tahu bila dan bagaimana.
hanya sedikit yang Allah tunjukkan petandaNya melalui Rasulullah (1400 tahun yang dulu, lebih kurang sezaman dengan nenek moyang kita yang ke 18 dulu) dan kita tahu pun melalui hadis-hadis Baginda Rasulullah.

aku tidak mahu mengulas mendalam, sebab aku bukan ahli dalam bidang tafsiran hadis dan analisa petanda. tetapi hanya perkongsian untuk kita semua, agar kita juga bersiap sedia (dengan amalan dan iman di dada). semoga dengan perkongsian akan menambah ilmu aku dan ilmu kamu. aku kutip catatan ini dalam buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi ZamZam) yang dicetak kali ketiga Mei 2007. Penyusun adalah dari Maahad Tarbiyah Islamiah, Derang, 06400, Pokok Sena, Kedah.

[daripada abi najih 'irbadh bin sariyah r.a. berkata: 
" telah menasihati kami oleh rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menistiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, 
"ya rasululah ! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. lalu baginda pun bersabda: 
"aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu seorang hamba. sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. 
maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa arrasyidin al mahyidin (khalifah-khalifah yang mengethaui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."] Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

1. membiasakan taqwa kepada Allah dengan mengerjakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
2. mentaati perintah pemimpin selagi mereka berpegang kepada AlQuran dan Sunnah.
3. berpegang teguh kepada sunnah Nabi dan sunnah khulafa ar-rasyidin
4. menjauhi perkara-perkara bida'ah dholalah iaitu fahaman atau amalan yang ditambah tanpa ada dalil atau asal dan contoh dari agama Islam itu sendiri.

sama-sama kita renungkan dan perbaiki diri agar kita bersedia sebelum Al-Masih Dajjal memunculkan diri.
petanda 1: taqwa kepada Allah dan perpaduan umat Islam adalah asas keselamatan kita hidup di akhir zaman.

klik sini - petanda 2: kenapa dunia islam menjadi sasaran pemusnahan?

emosional dalam penulisan

ada orang berkata aku ini sangat emosional dalam menulis blog.
mungkin benar, dan akibatnya, mungkin pandangan dana catatan di blogku ini sangat bias dan tidak terbuka.
ini sangat berbeza dengan penulisanku di zaman dahulu (macam aku pernah wujud di zaman Melaka).
aku akui dan ini sebenarnya atas kesibukan diri yang menyebabkan aku tidak mampu membuat pembacaan sekerap dahulu.
pembacaan lah yang menyebabkan aku lebih bijak mengawal emosi.
oleh itu hadirin sekalian, aku akan cuba kembali mewaraskan pemikiranku dan tidak terlalu emosi.
terima kasih juga atas teguran anda yang sangat membantu dalam penambahbaikan diri ini.
saya terima.

p/s: pernah menang "budak paling sensitif 2004" dalam kelas 4 aman.

Khamis, Januari 12, 2012

letak mak ayah di rumah orang tua?

terasa sakit hati dengan pandangan dari seorang pendengar radio Hot.fm tentang isu meletakkan ibu bapa di rumah kebajikan orang tua.
bagi aku, penyataan wanita itu sangat kurang ajar.
tetapi aku tidak pasti dengan anda, mungkin pengalaman hidup kita berbeza. jadi ini hanya pandangan aku bahawa penyataan wanita itu sangat melampau dan Hot.fm mengulang-ulang siaran itu. motif diulang berkali-kali?

ayat wanita ini (lebih kurang):
"tidak salah kita nak meletakkan  ibu bapa di rumah kebajikan orang tua, sebab tiada siapa nak menjaga mereka di rumah, sekarang ini kerapkali berlaku kes rompakan dan pecah rumah, jadi lebih selamat meletakkan mereka di sana. lagipun, sama seperti kita menghantar anak di pusat jagaan kanak-kanak, hantar pagi, ambil petang. sebab masing-masing dah berkerja. anak-anak takde komen apa-apa bila kita hantar ke sana. jadi, sama juga dengan ibu bapa kena faham situasi kami, tiada masa sebab kami bekerja. lagipun, di sana, ibu bapa ada kawan untuk berbual dan ada orang jaga. bila balik kerja, kami ambil mereka. saya rasa rumah kebajikan orang tua perlu diperbanyakkan lagi"

tergamam aku dengar dan sangat kurang ajar. ada kah patut dia membandingkan ibu bapa kita dengan hantar anak-anak ke taska? kalau aku jadi mak ayah, dengar anak cakap camni, hancur luluh hati aku. melampau!

bagi aku seorang anak, sesibuk mana pun dia, seharusnya ada perasaan terhutang budi dengan ibu ayah mereka. jagalah mereka, korbankanlah diri untuk kebahagiaan mereka. aku tak sanggup letak orang tuaku di sana. selagi mereka hidup, aku berhutang banyak dengan mereka. 

mungkin juga sebab mereka tak pernah hantar aku ke pusat jagaan kanak-kanak (aku tak pasti anda), mereka menjaga aku setiap saat, masa dan tahun. sehinggalah aku besar ini. kini mereka sudah tua, siapa nak bantu dan jaga mereka? kita.... apatah lagi aku yang anak seorang ini, siapa lagi yang mereka harapkan.

p/s: meskipun siaran ini untuk sesi luahan rasa Hot.fm tapi waras lah. aku jadi tekanan pula dengar Hot.fm. dengar Ikim.fm banyak iklan plak.

Isnin, Januari 09, 2012

pembebasan dari tuduhan

aku melihat daripada aspek impak pada masa akan datang.
adakah dengan pembebasan ini akan memberi kesan mendalam pada politik negara?
sekaligus merubah segala sistem di Malaysia?
sistem pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain?

masih takut dengan sikap pemecah belah dan si 'baling batu sembunyi tangan'.
Ya Allah, berkatilah bumi Malaysia daripada bala dan pertelingkahan.
jauhkanlah kami daripada sikap mudah lupa, dengki mendengki dan dendam.
bahagiakanlah kami dan berkatilah kami dan Malaysia.

Sabtu, Januari 07, 2012

shoutmix was remove

aku merasakan tidak perlu untuk letak shoutmix (ruang untuk bual) sebab ia tidak mendatangkan faedah selain meninggalkan "salam ziarah" dan yang lain semua adalah spam. jadi atas fikiran dan pemerhatian, saya telah membuang gajet ini dan memohon sahabat-sahabat yang ingin berbual atau menyapa saya, boleh melalui FanPage (poyo je kan?) atau pun tinggalkan komen dalam blog ini.

p/s: bercadang nak kongsi siri kisah persediaan menjadi seorang suami, tetapi rasa macam segan je. tak perlu kot. ada cadangan lain tak.

p/s2: ops.. jangan salah faham. tak tahu lagi siapa bakal pasanganku ini, tapi pastilah kita kena buat persediaan awal kan... mungkin sahabat-sahabat di blog ada pengalaman, boleh la kongsi nanti.

Rabu, Januari 04, 2012

doa selepas salam kedua

sentiasa selepas solat, (salam kedua), biasanya ramai akan toleh-toleh ke belakang.
panas punggung dan terus bangun pabila nampak ruang.
rasanya aku juga begitu.
sejenak muhasabah diri, boleh tak aku duduk 2 minit untuk menadah tangan dan memohon doa?
mampu tak kita selepas salam, duduk istighfar sedikit dan mohon doa.
bahasa melayu pun takpe, asalkan ada meskipun pendek.
agar kita tak sombong dan merasa indah permohonan doa kepada Allah.
semoga Allah perkenankan doa kita....

p/s: syaitan jahat dengan mengacau kita semasa solat agar tidak khusyuk dan bergegas keluar tanpa doa. jahat kan!

Isnin, Januari 02, 2012

bahana email palsu bank

suatu fakta dan kisah benar yang perlu anda tahu "abaikan email palsu perbankan!"
setiap orang yang melayari internet pasti ada membuka email. setiap hari, setiap minggu, setiap sebulan atau setahun sekali pun, hari ini anda wajib untuk 'mark as spam' atau 'delete forever' email yang ada meminta anda menyemak akaun bank online atas faktor penambahbaikan atau masalah teknikal. jangan layan dengan email ini. ini contoh email palsu daripada Maybank2u.

email palsu daripada Maybank2u.
[klik gambar ini untuk lihat lebih jelas]
aku pernah kerap kali terima email daripada CIMBClicks dan Maybank2u (meskipun aku tak pernah buka akaun Maybank2u) malahan email daripada World Bank. sangat mengarut. aku kerapkali mendengar kes penipuan sebegini dan aku selalu abaikan. namun, aku menjadi celik apabila penipuan ini berlaku pada seseorang yang aku kenal. Allah telah takdirkan ini berlaku (dengan meyakini pasti ada petunjuk dan hikmah di sebalik kejadian ini). mungkin kita selalu 'spam' tetapi entah bagaimana kita terleka dan alpa, kita ditakdirkan untuk melayan email ini. Allah Maha Bijaksana dalam pengaturan hidup hambaNya.

jika anda dapat lihat dalam email tersebut, Maybank2u meminta untuk klik link di bawah atas masalah yang berlaku dalam akaun. seseorang yang ku kenal (Encik A) telah mengikut arahan pada email itu dan muncul akaun Maybank2u palsu (sebijik sama! dengan akaun Maybank2u sebenar.). ini akaun palsu.


akaun Maybank2u palsu

ini akaun sebenar Maybank2u:

akaun Maybank2u sebenar
seperti biasalah, kita masuk akaun kita. ada:
username: Encik A
password: ******

lepas tu dia minta nombor TAC yang diterima dalam handphone kita. lantas Encik A taip dalam:
TAC: *******

urusan selesai. lantas, Encik A menerima SMS daripada Maybank2u (sebenar), bahawa Encik A membuat transfer kredit RM >1K. lantas, berlakulah kisah dukacita atas mangsa rompakan siber ini. kita sudah berjaga dan berhati-hati dengan diri dan harta kita, namun, kadangkala kuasa Allah segalanya. Sedarlah kita, adanya insan kejam dan tamak harta, sanggup dia menyusahkan dan menindas orang yang sangat memerlukan sumber kewangan ini untuk keluarganya, hutangnya dan dirinya. 

Oleh itu, sahabat-sahabatku, janganlah kita menindas orang-orang (susah, kaya, sederhana atau sesiapa sahaja), janganlah cuba menindas! syukuri dengan nikmat yang ada. jangan mencari duit haram untuk kepuasan nafsu sendiri! takutlah Allah dan bertaubatlah segera! semoga Allah mengampuni dosa kita dan semoga Allah melapangkan hati dan rezeki Encik A di dunia dan di akhirat!

macamana nak tahu akaun maybank2u palsu atau tidak? atau perbankan lain? 
1. Bank tak pernah hantar email kepada pelanggannya.
2. lihat URL yang anda buka, adakah sama dengan akaun bank online sebenar?


URL Maybank2u perompak

URL Maybank2u sebenar sah di Malaysia.
Ya Allah lindungilah kami daripada pemimpin, kumpulan dan individu penindas! selamatkan kami dunia akhirat.