Sabtu, September 06, 2008

menarik blog pulasari ni..


Ingin saya berkongsikan pengalaman saya ketika dalam solat Tarawih semalam. Saya betul-betul hendak naik marah sebab, di manakah rasionalnya, saya ingin merapatkan saf, namun saya pula yang ditolak ke tepi. Ketika itu, hati saya sudah nak meletup sahaja dengan pakcik tu, hummm sabar-sabar Reza, semua itu ujian dari Allah. Tentang tuntutan menyempurnakan saf, Rasulullah saw pernah bersabda kepada para sahabatnya, yang bermaksud :

“Tidakkah kamu mahu berbaris (saf) sebagaimana berbarisnya Malaikat disisi Tuhannya?
Maka kami bertanya : "Bagaimana (cara) berbarisnya Malaikat di sisi Tuhannya?" Lalu dijawab oleh Rasulullah saw: "Menyempurnakan saf yang awal dan menyusun (menyamakan) saf (barisan).” (HR Muslim : 430 )

-blog pulasari-

my comment:

subhanallah... 

susah kalo kita selalu menuding jari ke arah orang. kalo asik berdoa je tanpa usaha pun susah...  

kita yakin islam kembali bersinar. 

yakinkanlah diri, bila kita berkahwin kelak, pilih isteri yang memahami kita. 

bila ada anak, didik sebaiknye dengan islam. 

bila kita da keje, amalkan islam dalam budaya kerja. bila kita jadi ketua masyarakat, budayakan islam. 

bila kita jadi perdana menteri, terapkan nilai islam dalam pemerintahan. tak mustahilkan?? 

meskipun lambat lagi... sedikit sebanyak kita berusaha ke arah itu... insyaallah

kalau kita tengok, sebenarnya kes2 rogol jenayah dll, semua benda kita boleh salahkan...

kita boleh salahkan kerajaan sebab tak terap nilai islam. kita boleh tuduh keluarga salah. kita boleh juga cakap cikgu salah. semua menjadi faktor.. tapi adakah dengan tudingan kita tu, diorang akan berubah?

kalo contoh hasil asignment kita terkena kopi (tumpah)... adalah lebih baik kita buat yang baru..

paham tak??hehe..

kalau contoh zaman sekang ni da rosak.. kita mulakan yang baru.. bermula dari diri kita dulu.. kan??

jamku hilang

"sesungguhnya allah tu maha menyempitkan rezki (al qabid)"

kerna faktor manusia itu cepat lupa, aku kehilangan jam tanganku.
setahu aku, aku tak pernah tanggal jam (kalo tak pakai, mesti letak dalam poket)
rezki (jam tanganku) tu ditarik balik. subhanallah..
maha besar allah. 
puas mencari satu rumah, satu bilik di kolej..
aku masih berdoa... 
mungkin aku tertinggal di masjid. 
insyallah aku ketemu kelak.. 
amin..

"sesungguhnya allah tu maha pemberi nikmat"

Sabtu, Ogos 30, 2008

setelah lama tak bersenam

alhamdulillah.. dah lama pendam perasaan untuk bersenam..
setelah 4 bulan, teringin dan rindu nak joging dan bersenam di petang hari..
bila pagi pun begitu juga..
entah kenapa malas sangat hati ni...
tangguh dan tangguh...
hari minggu pun camtu...
paham paham jela.. bila tengok buku, fuh, risaunya...
baca la buku.. tak jadi bersenam..
lepas tu banyak pula aktiviti waktu petang..
mesyuarat pesatuan la..
aduhai..
sudahla naik motor tiap2 ari... jarang berjalan jauh..
badan pun tak 'tuff'.. badan pun selalu sengal2...

syukur allah masih bagi peluang aku bersenam (joging) pagi tadi..
lagi 2 hari nak puasa... ish3.. bulan puasa da susah lagi nak joging..
takpe.. harap jogathon di sekolah pagi tadi menjadi pemula untuk seterusnya..
tak kisahla bulan puasa atau tidak..
kita tak patut lemah... nabi pun leh berperang dalam perang badar (berpuasa jugak)
inikan aku...
jom kengkawan kita bersenam !! untuk minda dan kesihatan yang baik...

Rabu, Ogos 27, 2008

resah gelisah

mungkin ini kecuaian diri sendiri..
terlalu sibuk dengan tanggungjawab sampingan hingga lupa tanggungjawab sebenar.
sebulan yang lalu, dr nooraini da beritahu exam 26ogos..
oh lama lagi.. rileks...
banyak pulak aktiviti datang...
nak tolak, tapi macam diugut sertai program tu..
nak taknak terpaksa jugak..
entahlah diri ni macam sukar menolak pelawaan orang..

sekarang lagi 3 hari baru kelam kabut.
aku baru minta nota dari dr.
muka dr. dah masam...
serba salah aku... yela, pelajar kesayangan..
meskipun exam ni 20% je tapi....
penting jugak.. mana boleh buat main..
tapi aku yakin boleh... !!
tapi??
hmmm... gelisah betul hati ni..
last minit punya keje...
dari dulu lagi aku da sedar.. jangan studi las minit..
degilnye aku !!!
astaghfirullah.. ya allah selamatkan hambamu ni dari tegolong dikalangan orang yang sesat.

Selasa, Ogos 26, 2008

kursus asas fasilitator ogos 2008

bismillahirrahmanirrahim..
rindu rasanya nak menaip..
banyak idea nak tulis tapi masa membataskannya..
pada 23hb ogos 2008..
secara rasmi aku dilantik menjadi fasi untuk kursus KAF.
kali pertama jadi fasi sepanjang jadi ahli UPSM..
asalnya aku pegang teknikal dengan muadz dan abg othman.
alhamdulillah dilantik jugak jadi fasi aka co pilot kepada akak jai..

petang tu, aku sibuk dnegan muadz cari barang keperluan untuk KAF ni.
banyak lagi tak setel... sebab ketua teknikal cabuttt lari..
mahu mengamuk si muadz.. sian kat dia...
dia teringin nak jadi fasi... tapi tak terpilih..
petang tu pulak hujan..
alhamdulillah aku sempat sampai kat tasik kejuruteraan pada masanya.
ttg LDK aku dapat peserta yang baik dan boleh la dikatakan sporting.
ada jugak yang pendiam dan ada jugak yang hiperaktif.
tapi bagi aku seronok dengan diorang.
ttg modul?? hmm. malas nak cerita panjang sangat nanti.
kejap lagi kuliah ni... aduh..
hmmm... takpe2.. peserta yang aktif - amir dan hafiz (half)
yang senyap.. asyraf, n pompuan not really senyap..
sorang dari FPI (status akak) tapi kalo ikut senioriti i cant call her as akak.. but nvm..
zarifah, cheetah, kak lin, awin, dan ....su..
alkisah hari kedua... asyraf balik... ada hal kat kris mas..
hmm.. aku yang bawa dia gi keris mas...
tgk budak2 ni cam penat je. mungkin sebab opersi burung hantu semalam.. hoho.. aku tdo..
tapi pagi tu aku bagi tazkirah.. kena tego ngan senior, mana penah buat tazkirah lepas aktiviti malam!! huhu.. sedih aku.. takpela.. len kali k.. sabo jela...
tak sempat nak cerita lagi.. nanti k.. salam...

Isnin, Julai 07, 2008

MLM syariah??

HPA = herba penawar alwahida...
sebuah syarikat 100%muslim..
pusatnya di perlis.. alhamdulillah semua pekerja orang islam..
dan sentiasa berwuduk...
untuk dapat keberkatan.. ana difahamkan mereka akan solat duha untuk mohon rezki dari allah..
ana dulu tak kenal HPA ni apa..
ana mulai kenal bila ana jumpa sorang pakcik ni untuk berbekam..
pakcik ramly nama dia..
dia tgk tangan dan mata aku.. dia nampak sakit aku..
dia bagi ubat herba tuju angin..
sebab dalam badan aku banyak angin..
bila aku minum.. subhanallah aku rasa sesuatu..
angin asik nak keluar je..
aku cuba tahan kentut.. tapi pakcik tau, dan suruh aku lepas kan je..
aku agak seganla..
tapi memang dari situ aku yakin dengan dia dan alhamdulillah lepas bekam tu...
dia ajak ana jadi ahli hpa..
bayar rm30 (fail+buku katalog dan kad ahli).. sebab ana kalo boleh nak berguru ngan dia..
pastu dia ajak PBC (program bijak cemerlang) di nilai..
rm190 (temasuk penginapan+makanan+fail+ilmu)
program tu dia mengajar diagnos tangan dan pekenal ttg produk herba..
2hari 1 malam.. di situ juga ana dipekenal dengan MLMs - multi level marketing syariah..
dari sini dia berbeza dengan MLM yang lain..
kita di samping dapat duit tiap2 bulan hasil jualan..
kita juga boleh menimba ilmu perubatan dan banyak lagi..

alhamdulillah ana da 4 bulan sertai MLMs ni..
dan ana berusaha untuk jual produk HPA.. ana banyak belajar cara berniaga..
berurusan dengan orang..
berkomunikasi dengan baik...
dan syukur.. meskipun tak banyak dapat setiap bulan, tapi ana rasa seronok keje dengan HPA sebagai pengedar produk..
ana dapat RM50 setiap bulan + keuntungan jualan produk..
insyaallah kalo ana dapat ajak beberapa kawan ana boleh dapat banyak lagi duit..
tapi ana tak kisah sangat pasal duit..
sebab apa yang HPA tekankan, kita jihad dalam bidang peniagaan..
dan yang penting kita perlu sedar bahawa kita ada produk orang islam.. jadi kita membantu memperkenal ekonomi orang islam kepada masyarakat..
insyaallah..

Rabu, Julai 02, 2008

tajamnye lidah..

orang kata kerna pulut santan binasa,
kerna mulut badan binasa..
mulanya tak paham..
teringat nabi menyuruh kita berdakwah dengan berhikmah..
aku tak paham dulu..
tapi sekang aku tau hakikat kepentingannya.
rupenya lidah lebih tajam daripada pisau...
maaf kawan2 kalo saya ada menyakiti hati kalian selama ni..
kadang saya tak sedar.. maafkan saya..
jangan kerna mulut ku ini menyakiti hati kalian,
menyebabkan ku tersungkur di pintu neraka..
maafkan saya =(