Ahad, Februari 26, 2012

spoil the mood

hidup kan tenang tanpa sentimen kepartian politik?
huru-hara bila seseorang itu asyiklah nak mengaitkan semua dengan sentimen sebegini.
jika salah sedikit, pasti nak dikaitkan dengan salah parti itu.
lain pula hal dengan sesetengah orang, suka nak menghentam bila ada peluang untuk lepaskannya.

"spoil.."
alkisah bila perbualan biasa yang hanya untuk dengar keluh kesah beliau.
tak semena-mena, dia sebut "ini semua salah 'parti' ini"
aku menyelit, "takde kaitan lah dengan 'parti'...."
terus aku dilepaskan segala-galanya luahan hatinya.

bukan nak kata aku sokong 'parti' tu.
tapi kenapa semua salah tu nak diletakkan pada 'parti' itu hanya kerana dia kuasa baru di negeri ini.

lagi satu alkisah tentang penyokong sebaliknya.
punyalah yakin pasti menang kali ini, semua perkara nak dilabel.
warna baju, warna trafik lite semua lah nak dikaitkan dengan pihak dia.

ada pula yang kata aku SB dan lain-lain.
ish3... pantang nampak orang nak ambil tahu, terus dilabel kita itu dan ini.

bukan aku ini anti politik, tapi aku sayang dengan orang macam ni.
sayang melihat mereka yang sentiasa tertekan.
tertekan sebab.... "benci dengan..."
benci itu, benci ini.
aku yang masih dalam pencarian, jadi malas nak cerita bab macam ini.
spoil the mood.

aku hanya pendengar dan pemerhati.
aku akan analisis apa aku dengar dan apa aku perhati.
sebab itu akan menjadi saksi untuk diri ini di mahsyar nanti.
tak mahu hentam atau benci orang lagi.
cukuplah sekadar aku memilih pemimpin yang benar dan adil.
tak mahu hentam dan menanam kebencian orang terhadap orang lain.


Tiada ulasan: