Khamis, Julai 18, 2013

anak angkat jaga ibu

masa pulang semalam daripada UKM jam 4.30 petang sambil mendengar Radio Bernama ada slot bersama Tok Guru (Saffron marketing) ada Ustaz Shauqi Othman (UPM), ada seorang pemanggil menelefon dan mengadu (lebih kurang ayat):

"saya ada 2 orang anak angkat memang saya jaga dengan baik, saya hantar dia ke sekolah agama, sebab saya bukannya pandai agama. tetapi dia beritahu ustaz kat sekolah tu cakap, "mak kamu bukan mak kandung, jadi kamu tak perlu ikut cakap mak angkat kamu", bila dia balik, dia dah berubah, dia melawan cakap saya, dia tak sayang adik dia, keluar lewat malam, hisap rokok. betulkah ustaz (sambil menangis). saya pernah dengar, apabila kita mati, antara amalan yang akan sampaikan kita, doa anak-anak tapi saya takde anak dan ibu tunggal.  siapa lagi yang saya ada, ustaz"

masa dengar ni, rasa nak menitis air mata. apalah anak ini, tergamak buat mak dia camni.

ustaz Shauqi menjawab:
1. terkejut juga ada ustaz yang beritahu macam ni, tak pasti betul ke tidak atau rekaan anak itu. ustaz memberitahu tidak benar. meskipun dia bukan ibu kandung, kita tetap kena jaga hati mak kita. malahan orang lain yang takde kaitan pun kita tak boleh nak bertindak kasar dan kurang ajar.
2. doa daripada orang yang bersungguh-sungguh meskipun takde kaitan dengan kita pun insyaAllah akan sampai pada kita nanti.

Didik anak dengan kebaikan

Semalam sementara nak tunggu berbuka, melayan depan TV sambil mencari rancangan menarik. pelik semua cerita cinta di bulan mulia Ramadan. dengan tema perempuan terdesak mencari lelaki. mungkin akhir Ramadhan nanti, dia insaf dan bertaubat. kesimpulan, terus buka TV hijrah, rancangan Khawater Shabab siri kedua. oh menarik.

beliau bercerita tentang cara didikan anak-anak yang terdedah bermain games yang melalaikan. pendekatannya, beliau berbual dengan kanak-kanak yang bermain games, Sughairi (pengacara) bertanya sedang main apa? kanak-kanak itu berkata nak cari pembunuh mak hero. agar dia dapat balas dendam. Sughairi bertanya membunuh sahaja? "juga mencuri", beliau bertanya lagi, ada minum arak? "kalau singgah di bar, boleh minum", tapi tiada melibatkan perempuan? "ada juga, dia naik sekali dalam kereta yang sama. singgah minum dan tukar baju" Sughairi mengulang lagi hero dalam games ini membunuh dan mencuri yang ditegah dalam syariah islam. ditambah lagi dengan minum arak dan bersama perempuan ye?. kanak-kanak itu menggangguk!

kemudian, Sughairi menjelaskan kepada penonton (tempat lain), beliau memberitahu larangan bukanlah jalan terbaik untuk menegur anak-anak, mungkin mereka akan mengikut kawan dan boleh buat diluar pengetahuan kita. bersembanglah dan berilah penjelasan kepada anak kita kenapa tak boleh agar dia timbul kesedaran sendiri. beliau mengulas lagi satu ayat (tak pasti ayat penuh): "Allah merahmati keluarga yang mendidik anak-anaknya dengan perkara kebaikan."



http://www.arabnews.com/node/303918

Khamis, Julai 11, 2013

ajarkanku agama?

selepas menunaikan solat sunat terawih, aku bertemu dengan sahabat lama ku semasa zaman kanak-kanak. dia sangat berbeza  dan dia memintaku sesuatu "boleh ajar aku agama?"

aku perhati dari jauh, ada seorang jejaka sedang bersandar di dinding sebuah masjid. melihat di sebelahnya ada buku tebal. fikirku dia ni mesti penjual buku. mana ada orang datang masjid bawa buku. aku saja meletakkan botol air berdekatan dengannya dan cuba bergerak pergi ke saf hadapan. dia menegurku.
"bushra?"
"eh, saya bukan bushra. arrabe"
"oh, robe', ko kenal aku?" dia bertanya dalam keadaan takut-takut.
aku tergamam. dan beliau beritahu namanya.

terus aku teringat beliau dan aku lihat fizikal berubah dari gemuk kepada kurus. seorang yang ceria kepada seorang yang macam muram. soalan lazim ku,
"ko kerja dah?" dia geleng kepala
"oh, ko belajar lagi ye?"
"aku berhenti separuh jalan" wajah muram.
lidah aku gatal tanya, "kenapa?"
dia pandang aku lama... mungkin tengah fikir sesuatu.
"oh, ada masalah ye..." aku senyap. tukar topik.
aku teruskan perbualan biasa dan aku cuba akhiri dengan
"boleh minta nombor telefon, nanti senang kita contact"
"tapi nombor aku tak leh SMS" sambil dia tunjuk skrin pecah.
"takpe, nanti aku call."

aku cuba bangun.
"boleh ko ajar aku pasal agama?"
aku tersentak. aku duduk semula dan cuba rapat dengan beliau.
masa tu kaki aku mula buat hal. sakit sebab duduk lama. sambil muka tahan sakit dan bertanya kepada dia.

"aku rasa sunyi sejak mak aku meninggal 10 tahun dulu"
bermula lah cerita beliau.
bagi aku, terlalu banyak perkara yang dia telah terjebak.
"aku takde kawan, yang ada kawan semua yang macam perli aku nak belajar agama"
"aku ada jumpa seorang ustaz, beliau suruh aku pergi masjid ini, sebab masjid ni banyak pengisian."
"ayah aku pun bukannya bagi semangat, malah dia jatuhkan aku"



aku teringat kisah nabi Muhammad SAW yang didatangi oleh orang yang nak tahu/ belajar tentang islam, namun, nabi berpaling darinya kerana baginda sedang menyampaikan dakwah kepada pembesar Makkah. kemudian, Allah tegur Baginda menerusi firmannya dalam surah Abasa ayat 1- 11.

apakah yang patut aku mulakan? sahabat sekalian berikan aku pandangan.

suaminya curiga

mendengarkan kisah rumahtangga seorang kawanku, aku rasa memang beliau bersalah, mujur, suaminya bijak dalam mengawal emosi.

aku kenal beliau sebagai seorang isteri yang sangat solehah dan baik. mempunyai 2 cahaya mata yang sangat baik, pertuturan katanya juga sangat teratur. satu hari semasa di tempat kerja, aku melihat dia sangat gembira, hendak pergi ke satu tempat bersama rakan perempuanku yang lain.
aku tanya mereka "hendak ke mana?",
mereka beritahu aku "rahsia".
terdengar beliau berkata kepada rakanku itu,
"kita pergi sekejap je kan, tak perlulah beritahu suami akak".
aku berasa tidak sedap hati.

hari kedua, pagi itu aku bertemu dengan suami beliau di kedai roti yang sangat aku suka. berbual santai dan aku tak ingat langsung akan kes semalam. suaminya pun tak bertanya apa-apa. setibanya aku di tempat kerja, aku beritahu beliau,
"akak, saya jumpa suami akak tadi."
"oh, di mana?"
"ada kamu beritahu akak pergi mana semalam?"
"eh tidaklah akak"
"jangan beritahu ya! itu rahsia"

hari ketiga, aku masuk tempat kerja, aku melihat kakak dan tegurnya,
"apa perasaan akak hari ini?"
entah kenapa aku tanya soalan itu, tetapi aku hanya mahu bergurau dengan beliau.
lantas dia bertanya "kamu ada beritahu pape pada suami akak ke?".
aku tergamam. "eh, takdelah akak. kenapa?"
"dia sudah tahu..."

lantas dia bercerita bagaimana suaminya dengan penuh santun bertanya isterinya tanpa memarahi. beliau selidik dulu, sampai terbukti memang akak itu yang bersalah. kakak itu terus minta maaf dan suaminya tidak mahu beliau mengulanginya lagi.

"jangan biarkan tipu itu membelit dirimu", kata suaminya.


aku rasa sangat takut dan aku tak pasti jika aku berhadapan situasi sama, apakah reaksi aku. ya, sebagai seorang suami, aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan ambil tahu ke mana sahaja isteriku lakukan dan ke mana. pastilah, aku akan marah jika aku ditipu. kisah ini aku sedar, menjadi seorang suami tidak boleh terus menghukum. kita harus selidik, bijaksanalah, sayangilah isteri sebaik mungkin dan nasihatkanlah dengan sebaiknya.

p/s: suaminya menggunakan maxis finder. mungkin dia sudah tahu pada hari pertama, tapi sengaja dia senyap 24 jam. dan hari kedua baru ditanya isterinya.

Khamis, Julai 04, 2013

Facebook terkena SPAM

musibah, bagiku ini musibah yang besar.
melihat status seseorang yang aku hormat, beliau tag nama aku, jadi aku klik link tersebut. mungkin ada perkara penting beliau ingin beritahu. tak ku duga. ini hanya kerja SPAM.

mulai marah dan menyesal. sebelum sempat aku bagi amaran kat kawan-kawan di FB, laptop jadi lembap, status pun tak boleh sebab ada seseorang sedang menyebarkan SPAM, dan FB bagi amaran dan aku akan disekat selama 2 hari. aku teringat Twitter aku bersambungan dengan FB. hanya Twitter menyelamatkan keadaan.

ingat dah selesai, teringat aku akan "dosa yang berterusan". pabila orang lain klik, orang lain akan sumpah seranah, dan ia pasti bermula dari aku. aku telah menyebarkan kemarahan, akhirnya dosa aku bertambah2.

segera aku tukar kata laluan, klik aktiviti log, punya banyak SPAM yang dibuat pada grup yang aku sertai. aku tak dapat nak cari mana SPAM yang tag nama rakan-rakan aku. hanya aku nampak Pn. Lini Ukm telah terkena musibah dek aku. terus aku bantu dia untuk beritahu jangan klik.

aktiviti log lain, klik gambar budak lelaki remaja. hensem lagi. bangsa turki. entah lah dia. selamat takde video atau gambar porno. yang ada dia like/follow grup musik dan pakaian. kalau porno, bertambah lagi dosa aku! mentang2 nak Ramadhan, kalau boleh biarlah dosa aku sikit sebelum masuk Ramadhan. leh tambah pahala2. zaman sekarang ni teruk!





sempat google translate "Çok uğraştım arkadaşlar izler misiniz ?" = Do you watch friends tried so hard?.. aku tak faham, tapi macam sian dia. nak kawan kot.

Ya Allah lindungi kami... kurang ajar kau Syaitan, berani kau hasut aku untuk buat kejahatan, tengoklah aku akan balas dendam, aku jadi insan yang lebih bertaqwa!!

rasa nak menangis dengan dugaan sekecil ini.
banyak dosa agaknya. musibah seketika.