
pernah berkali-kali ku melihat langit yang biru.
tidak jemu-jemu aku memerhati langit itu.
ku cuba capai, tetapi entah mengapa ia tidak berhasil.
aku merasakan langit itu tinggi
mengapakah tanganku sependek ini.
tidak termampu untuk menjulang tinggi.
menggenggam sesuatu yang ku impi.
ia masih tinggi tidak pernah turun merendah.
oh langit yang biru.
ku perhati tidak ku sentuhi.
tinggimu tidak serendahku.
kerna aku kerdil tidak sebesar PenciptaMu.
oh langit yang biru.
aku merindui PenciptaMu.
tetapi aku tahu dia juga memerhatikanku.
merasa kasih sayang dariNya melalui dirimu.
aku terima kasih dariMu, Tuhanku.
alhamdulillah, masih kerdil diri ini agar tidak membongkak diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sumbangkanlah apa sahaja komen/pandangan tentang artikel ku ini. diharap, apa yang dipapar, tidak menyakitkan hati mana2 pihak. TERIMA KASIH kerana memberi maklumbalas. selalulah lawat blogku ini.