Direktori

Selasa, April 07, 2009

teristimewa tentang bapa

"aku selalu je ronda2 dengan motor aku. sekali aku nampak seseorang..."

Hamba Allah yang mulia iaitu seorang bapa.
Jasanya sering kita tak Nampak sangat.
Sewaktu aku menunggang motor dengan kelajuan yang tidak melebihi 60km/j.
Aku berhenti di lampu isyarat yang hampir kuning.
Menunggu… datang satu motor di sebelahku.
Alamak hai, sampai 3orang satu motor.Tak pakai helmet. Pemandu je pakai.
Lampu dah merah. Tapi kereta di bahagian hijau, takde.
Aku terfikir, kenapalah pakcik ni taknak jalan.
Yela… dahla tak patuhi etika jalan raya.
Lampu hijau. Aku pun gerak dengan dia.
Aku sejenak berfikir. Apalah teruk prasangkaku.
Lihat baju pakcik tu. Hijau.
Baju pekerja kilang.
Anak yang ditengah terhimpit, perempuan berkain biru pekat.
Aku yakin mesti yang terhimpit itu sekolah rendah.
Dan kakaknya yang duduk dibelakang berkain biru langit.Pasti pakcik ni nak hantar anaknya ke sekolah.
Baru aku mengerti… jam tanganku pukul 12.45 tengah hari.
Pasti pakcik ni menghabiskan masa rehatnya untuk menghantar anak ke sekolah.
Mungkin tiap2 hari. Sempat ke dia makan.
Aduhai.. sayu hati aku.
Besar pengorbanan bapa ini.
Menatang kedua2 anak perempuannya dengan gigih.
Apakah anaknya sedar akan ini?

Apakah kita sedar?

[jom sayang bapa kita.. doakan untuk dia.]

2 ulasan:

  1. my MOMMA my ANGEL, my BOBBA my GUARDIAN !!!

    (^_^)v
    smile in peace!

    BalasPadam
  2. tanpa mereka siapalah kita. meskipun kita dah besar

    BalasPadam

sumbangkanlah apa sahaja komen/pandangan tentang artikel ku ini. diharap, apa yang dipapar, tidak menyakitkan hati mana2 pihak. TERIMA KASIH kerana memberi maklumbalas. selalulah lawat blogku ini.