Direktori

Isnin, Mac 23, 2009

ketenangan kepada ketekananan.

"baru balik dari percutian di pulau tinggi"

percutian??
hehe.. bukan lah. 
kami (pelajar biologi tumbuhan tahun 2) melayari bot ke pulau tinggi sabtu lepas.
21hb kami tiba di jeti tanjung leman.
bayangkan kajian kami di sana amat santai dan menyeronokkan.
sehingga lupa segala masalah dan tekanan di universiti.
kami mengkaji alga, lumut dan pakis dengan seronok sekali.
melihat alam ciptaan Allah yang begitu indah, membuatkan hatiku tenang dan sayu.
sayu kerna..
betapa hebat kuasaNya, sehingga kita kadang tak reti bersyukur kepadaNya.
sayu sayu dan sayu.
sayu inilah yang membakar semangatku untuk menghargai dan menghayati ciptaanNya.
23hb kami pulang ke UKM.
meninggalkan pulau tinggi. amat membimbangkan kami.
terutama aku.
aku yakin, ketenangan aku pasti dirobek.
pasti termusnah dengan asigment yang melanda.
wah.. bila jejak ke UKM.
jam 7 malam. terus aku berlari ke dewan kuliah. 
sempat juga hadir untuk 10 minit.
asignment biometri hantar minggu depan.
buka emel, ada asignment persekitaran dan kesihatan kena hantar esok.
jumaat ni kena bentang subjek bebas.
esok petang (24hb) kena pergi herbarium untuk labeling tumbuhan di pulau tinggi.
dan banyak lagi.
ketenangan kepada ketekananan.
moga Allah kuatkan diriku.
aku boleh !!

[pengalaman di pulau tinggi aku akan kongsi kemudian. setelah aku free.. aku cuba.]

3 ulasan:

  1. tekanan tu kita kena hadapi dengan gembira.
    meskipun perit untuk senyum dalam tekanan..
    huhu..
    achimedes achimedes.. hehe

    BalasPadam
  2. ptt la barisan depan kat lect hall biomet tgl danny j.hoho~ingt semue da ilang kene culik :p

    BalasPadam
  3. bak kata pepatah,

    ALLAH menarik kecerahan sang mentari
    diberinya mendung hujan dan petir
    kerna di pengakhirannya
    diberikan pula keindahan pelangi

    :)

    herbarium?
    emmm
    mesti deal dengan pak din kan?
    hehehe
    sape ajar kamu subjek tu?
    prof J?~

    BalasPadam

sumbangkanlah apa sahaja komen/pandangan tentang artikel ku ini. diharap, apa yang dipapar, tidak menyakitkan hati mana2 pihak. TERIMA KASIH kerana memberi maklumbalas. selalulah lawat blogku ini.